CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Syirik Dijadikan Mainan" - Ijam Petra Disihir Kawan Baik

9-7-2021 06:25 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4958| Komen: 16|Original author: Oleh: LilRose

Description: Dua minggu 'hilang' selebriti TikTok, Ijam Petra tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai.
Dua minggu 'hilang' selebriti TikTok, Ijam Petra tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Menerusi hantaran itu, Ijam mendedahkan dirinya kini berdepan sakit misteri. Biarpun keadaannya kian pulih, dia katanya masih meneruskan rawatan.



Kredit foto: IG

Selain berterima kasih atas doa yang diberikan, Ijam turut meminta maaf sekiranya ada menyakiti hati sesiapa.

"Assalamualaikum, terima kasih atas doa kalian pada saya. Saya di sini ingin memohon seribu kemaafan jika ada kekhilafan diri saya pada kalian di luar sana.

"Saya manusia biasa yang penuh dosa dan pastinya ini ujian yang Allah beri pada saya. Saya reda.

"Bukan nak menunding jari pada siapa-siapa cuma saya berdoa agar Allah buka pintu hati mereka dan permudahkan segala urusan mereka dunia akhirat.

"Alhamdulillah saya semakin pulih dan semoga semuanya kembali sedia kala," tulisnya.




Walaupun enggan menuduh sesiapa, seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar perbualannya dengan Ijam yang mengaku ia berpunca daripada kawan baiknya sendiri.



"Bila hasad mula menyelubungi diri, maka segala yang syirik dijadikan mainan," katanya.


Kredit foto: Twitter

Menurut Gempak, Ijam sebelum ini terkenal di TikTok sering memberi nasihat berunsur komedi.

Apalah yang marah atau dengki sangat dengan Ijam sampai sanggup buat kawan sendiri macam tu? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mxsssgi81 9-7-2021 06:52 PM
Who is this?
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 07:35 PM
Kannn. Selalunya yang dekat kuat dengki.
Quote kiah_mai_pulak 9-7-2021 07:48 PM
eekkkk sapa je nk sihir mamat ni?
Quote kivio 9-7-2021 07:56 PM
Aik? Igt org pemes je kene. Org tak pemes pun kene sihir jgk ke?
Quote LadyCarefree 9-7-2021 08:40 PM
Kenapa these meleis xsihir yahudi kat israel sana?
Quote doubleharmonic 9-7-2021 09:02 PM
LadyCarefree replied at 9-7-2021 12:40 PM
Kenapa these meleis xsihir yahudi kat israel sana?

sebab indon dah buat?

Bomoh Indonesia Hantar Santau, Roket Ghaib Serang Israel

Quote Adrif 9-7-2021 09:29 PM
alang2 dah topik gini

soalan serius, kat mana nak cari ustaz yang boleh tolong rawat orang kena sihir waktu PKP ni?
sebab kawan kita, beberapa bulan lepas dia ada story, dia kata nampak macam kelibat orang berjalan-jalan dalam rumah beliau. walhal takda sapa.
bila dia bergerak, bayang pun ada, tapi takda sapa pun kat situ. tapi dia ignore ja sebab nak bagi diri berani kononnya.

alih-alih, beberapa minggu lepas, dia mengadu,
tak tau kenapa satu family dia bergaduh tak berhenti. ada ja yang tak kena. kalau dekat, semua hati panas. sampai ada ke tahap nak lari keluar rumah, sanggup tido kat kebun sorang-sorang. ada tu sampai nak bunuh diri, sebab tak mampu handle stress tengok keluarga sendiri. sampai nak bertikam pun ada. menangis-nangis dia cerita, sedih dengan family sendiri.

mula2 dia ingat effect mental sebab PKP,
tapi sekarang bila dia faktorkan beberapa isu lain, besar kemungkinan disihir.
mak bapak umo dekat 70 tahun pun sanggup nak bercerai, tak boleh dekat langsung.
dia sendiri kata, kalau dia dekat dengan adik-adik dia, rasa nak marah, maki, nak pukul semua ada. tapi bila jauh, rasa sedih sangat. rindu dengan keluarga depan mata.
bila dekat je, terus rasa nak bergaduh.

kita mana la kenal sapa-sapa hal macam ni.
kalau sakit boleh la suruh pi klinik..
kes camni, nasihat yang mampu, suh galakkan lagi solat, mengaji qur'an dengan zikir je la.
wudhuk jangan tinggal.

mana nak cari ustaz mengubat waktu pkp ni?
Quote Tinot7 9-7-2021 09:56 PM
kivio replied at 9-7-2021 07:56 PM
Aik? Igt org pemes je kene. Org tak pemes pun kene sihir jgk ke?

Bkn retis pon ada jahh org buat..

Rambut sama hitam, hati lain2.. tak voley tau apa dlm hati org2 jahat..
Quote nowhite 9-7-2021 10:29 PM
Adrif replied at 9-7-2021 09:29 PM
alang2 dah topik gini

soalan serius, kat mana nak cari ustaz yang boleh tolong rawat orang kena s ...

Time pkp ustad mana nak dtg rumah..yang boleh kwn uols dgn family dia buat sekarang ni dekatkan diri dengan tuhan ja la..lawan dengan cara sembahyang..bykkan baca al quran..dalam hati sentiasa ingat Allah..pastu sentiasa pasang ayat al quran lagi2 surah al baqarah dalam rumah..ni kalau kwn uols tu islam la..kalau agama lain iols xtau. Benda2 macam ni selain minta tlg ustad diri sendiri pun kena kuat juga nak lawan..apa pun minta tlg dengan Allah
Quote ladybugz 10-7-2021 06:57 AM
Edited by ladybugz at 10-7-2021 06:59 AM
nowhite replied at 9-7-2021 10:29 PM
Time pkp ustad mana nak dtg rumah..yang boleh kwn uols dgn family dia buat sekarang ni dekatkan di ...


setuju. serahkan la bulat2 pada Allah. easier said than done sbnrnya. tawakkal padaNya. lgpun byk yg diluar sana, ckp je ustaz atau pengamal perubatan islam tp sbnrnya syirik n khurafat. bukan semua tp ramai mcm tu. so kene sgt2 hati2. i ni mmg ada history terkena gangguan ni, Allah shj yg tahu betapa peritnya. apepun bykkan baca ayatul qursi dan maknanya sekali. cuba baca dgn ikut bacaan yg betul. dan igtla Allah. mengadu pada Dia utk tunjukkan jalan keluar atau sembuhkan segala penyakit yg zahir atau yg batin. semoga semuanya makin pulih.
ataupun boleh juga minta imam/ustaz tolong bacakan ayatul qursi tu melalui telefon dan boleh dengat bacaan tu utk perubatan.
Quote Adrif 10-7-2021 09:22 AM
nowhite replied at 9-7-2021 10:29 PM
Time pkp ustad mana nak dtg rumah..yang boleh kwn uols dgn family dia buat sekarang ni dekatkan di ...

kan. saya pun cakap benda sama kat dia haritu.
PKP ni mana boleh orang datang rumah suka-suka. kena ikut SOP. kang tak pepasal semua kena kompaun.
saya suruh dia bukak bacaan Al-Qur'an kuat-kuat. kalau ada speaker, bagi high volume punya, bergegor rumah pun ok.
jangan bukak lagu-lagu
Quote fealefea 10-7-2021 10:37 AM
nowhite: Time pkp ustad mana nak dtg rumah..yang boleh kwn uols dgn family dia buat sekarang ni dekatkan diri dengan tuhan ja la..lawan dengan cara sembahyang. ...

Yoo, sebijik drama utusan cinta buat adam. Baca je Al Quran hari2. Smyg jgn tinggal. Tu je.
Quote haifawehbe 11-7-2021 04:11 AM
Adrif replied at 9-7-2021 09:29 PM
alang2 dah topik gini

soalan serius, kat mana nak cari ustaz yang boleh tolong rawat orang kena s ...

chuols dok mana?
iols pun pegi berubat dekat masjid time pkp ni..
ustaz ni byk bg ayat al quran suruh amalkan..
lagi 1 suruh kwn chuols cari daun bidara buat mandi 1 family.. sebab daun ni jin takut..
iols amalkan mandi air daun bidara beberapa hari ni terus masuk mimpi benda tu marah iols..
apa2 pun pendinding kene kuat selalu amalkan selawat nabi, ayat kursi, al fatihah setiap hari jgn stop .
Quote CikYaYaYa 11-7-2021 02:16 PM
aku sorang je ke xkenal sapa mamat nie..??
Quote suka2 29-7-2021 07:58 PM
Mcm mana dia tau kawan baik yg buat ? Kalau betul gi perawat islam dorg takkan bgtau sapa yg hantar gasak la mcm mana pun dorg takkan bgtau. Tp kalau gi perawat claim rawatan islam tp guna jin setan tu ada kebarangkalian dorg bgtau sapa pelaku.
Quote miss_perfect 5-8-2021 02:06 AM
Adrif replied at 9-7-2021 09:29 PM
alang2 dah topik gini

soalan serius, kat mana nak cari ustaz yang boleh tolong rawat orang kena s ...


Kesiannya baca...

Banyakkan tahajud, solat taubat dan doa pada Allah byk2. Harap your friend bersabar dan tak jemu  berdoa.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055956 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top