CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Kencing Pun Dalam Semak, 5 Beranak Duduk Dalam Stor Baja

9-7-2021 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4494| Komen: 29

Description: Kota Bharu: Lima beranak dari Kampung Pasir Tok Kambing di sini, sudah menjadikan stor baja yang tiada bekalan elektrik dan air sebagai kediaman sejak lebih setahun lalu.
Kota Bharu: Lima beranak dari Kampung Pasir Tok Kambing di sini, sudah menjadikan stor baja yang tiada bekalan elektrik dan air sebagai kediaman sejak lebih setahun lalu.

Stor itu dibahagi kepada dapur, bilik tidur dua anak perempuan dan ruang simpanan pakaian dengan jaring dipasang untuk menutup ruang terbuka di bahagian hadapan yang turut dijadikan tempat tidur R Monaliza R Berahim, 42, suaminya, Azlin Abdul Ghani, 46, dan anak lelaki mereka.

Menurut R Monaliza, suaminya adalah peserta program penanaman sayur di bawah Jabatan Pertanian Negeri dan mereka tinggal di stor milik agensi itu yang merupakan tempat menyimpan baja, racun dan pelbagai mesin.


Foto: Harian Metro

"Sudah hampir 10 tahun suami menanam sayur dan sebelum ini kami menumpang rumah saudara kerana mengusahakan tanaman di tapak yang lain.


"Sekarang kami berpindah ke kawasan ini untuk mengusahakan tanah yang disewa RM200 setahun, namun belum rezeki apabila tanaman tidak begitu menjadi bahkan dua tahun kebelakangan ini, belum ada pulangan lumayan, menyebabkan kami terduduk," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

R Monaliza berkata, ketika ini mereka menanam kunyit, mentimun dan jagung yang mana modal bagi tanaman itu menggunakan wang i-Sinar diperoleh suami.

Katanya, mereka juga memilih tinggal di stor itu bagi memudahkan kerja penanaman selain, enggan lagi menyusahkan saudara mara, tambahan pula tiga anak semakin membesar iaitu anak perempuan berusia 14 dan 16 tahun, manakala anak lelaki 11 tahun.

"Tiada bekalan elektrik dan tandas di stor ini jadi, kami terpaksa buang air di kawasan semak, manakala mandi pula menggunakan air perigi," katanya yang memberitahu mereka turut diancam haiwan berbisa berikutan persekitaran semak.

Keluarga itu tidak mampu untuk menyewa rumah lain dan berharap suatu hari nanti dapat membina rumah sendiri di tanah pusaka milik Azlin.

Terdahulu, lima beranak terbabit menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed yang hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan zakat.

Turut sama wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor iaitu Setiausaha DUN, Alam Solah Awang Lah yang memberi jaminan akan membaik pulih stor itu dengan kebenaran pihak berkaitan dan menyediakan keperluan lain. -CARI

Sumber:Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 9-7-2021 04:51 PM
ok yg ini boleh dibantu. suami ada usaha nak kerja, pandai kawal pembiakan anak tak ramai (bongsu pon dah besar), tak nak susahkan family lain.
Quote krustykrab 9-7-2021 05:37 PM
Kan aku dh ckp bukan sng nk suruh org menanam.. Menanam ni wpun sikit tak semudah yg org cakap..
Quote jahcomel 9-7-2021 05:46 PM
krustykrab replied at 9-7-2021 05:37 PM
Kan aku dh ckp bukan sng nk suruh org menanam.. Menanam ni wpun sikit tak semudah yg org cakap..

Beto..nk mnanam bkebun pn kna ade kmahiran jgk wlpn xmsuk ksus formal...susah kalu xtau cara
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 05:51 PM
harap ada yang bantu
Quote Artemesiaa 9-7-2021 05:51 PM
Buat kebun bukan mudah kalau kurang pandai dalam teknik setiap jenis tanaman tak menjadi juga.
Quote famri7 9-7-2021 05:52 PM
krustykrab replied at 9-7-2021 09:37 AM
Kan aku dh ckp bukan sng nk suruh org menanam.. Menanam ni wpun sikit tak semudah yg org cakap..

Menanam mcm buabg duit jah kalau ko duduk kawasan tanah xsubur..bazir duit
Quote Lula2 9-7-2021 06:59 PM
Kenapa adun nak membaik pulih stor tuuu bagi lah rumah sebiji kena kan sewa rendah..
Anak2 dara pulak tu
Quote little_sis 9-7-2021 07:43 PM
Nampak elok anak2 dia..
Quote kiah_mai_pulak 9-7-2021 07:47 PM
kesian {:cryrun
Quote Minami2013 9-7-2021 07:53 PM
Moga dipermudahkan urusan. Sedih baca berita mcm ni. Moga2 anak2 dia membesar dgn baik dan berusaha utk baiki ekonomi diri.
Quote I.K.A888990 9-7-2021 08:42 PM
bagus suami mak cik ni
kurang2 dia ada tunaikan tggjwb xde ddk mcm tu je
Quote supernaturalee 9-7-2021 09:35 PM
As usual mn tok lakinya

Quote Jitu 9-7-2021 09:53 PM
seksa hidup mcm ni
nak membuang kena pergi dlm semak dah mcm zaman dulu pulak
Quote malaysiaku123 9-7-2021 10:13 PM
Knp bapa tu xboleh cari keje lain ke?
Selain bercucuk tanam..
Tahla..I xleh hadam sampai nk berak pn p dkt semak.
Tp kakak i kata kita xtau ujian seseorang tu..tahla ehh
Quote n3ar 9-7-2021 10:22 PM
ntah, wakil Adun nak baikpuluh stor pulak..stor tu dah la takde kemudahan bilik air, toilet dan sebagainya..

ko cari la dia rumah utk sewa, takpun letak kt PPR ke, PPRT ke... cuba sel2 otak berhubung sikit wakil adun SSKJP ni
Quote naina 9-7-2021 10:41 PM
Kenapa tak buatkan rumah mesra rakyat je. Si suami kata ada tanah pusaka kan..kesian anak2 ESP anak dara. Bantu juga dari segi pertanian tu..semoga berjaya. Kenapa nak baik pulih stor tah. Nak jimat duit bantuan ke apa.
Quote Punat_button 9-7-2021 10:50 PM
OK ja modify stor bubuh dinding, bilik air, masuk api/air, duduk free.

Apa lagi nak.

Quote dua_chzy 10-7-2021 12:00 AM
Punat_button replied at 9-7-2021 10:50 PM
OK ja modify stor bubuh dinding, bilik air, masuk api/air, duduk free.

Apa lagi nak.

Stor baja busuk sis.
Quote whimsicalmusic 10-7-2021 12:26 AM
Lula2 replied at 9-7-2021 06:59 PM
Kenapa adun nak membaik pulih stor tuuu bagi lah rumah sebiji kena kan sewa rendah..
Anak2 dara pul ...

Aku pn terpikir benda sama..tmpt tu da la xde kemudahan, berbau baja n racun lak..baik la die binakn umah atas tanah pusaka atau tlg cr umah sewa je..xleh brain

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.290244 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top