CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak bantu beli produk makanan artis yang terjejas, tindakan Fizz Fairuz dan Almy Nadia dipuji

23-6-2021 12:29 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3599| Komen: 15

Description: Disaat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) ketika ini, pasti ramai yang terjejas pendapatan kerana kebanyakannya ada yang tidak dapat berkerja apatah lagi apabila PKP disambung lagi 2 minggu ...



Disaat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) ketika ini, pasti ramai yang terjejas pendapatan kerana kebanyakannya ada yang tidak dapat berkerja apatah lagi apabila PKP disambung lagi 2 minggu.

Tidak terkecuali, golongan artis juga antara yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat berlakon ataupun menyanyi.

Mengambil inisiatif membantu rakan artis yang terjejas ketika ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia menerusi video di Instagram memberitahu hajat mereka ingin membantu golongan artis yang berniaga produk makanan supaya menghubungi mereka.

"Kami mencari rakan-rakan artis yang berniaga atau membuat perniagaan secara dalam talian. Saya memerlukan makanan anda untuk disumbangkan.


"Kami akan ambil dalam kuantiti yang banyak juga. Jadi, kepada rakan-rakan artis tak kira artis baru, lama atau ada sesiapa yang mengenali mana-mana artis yang berniaga, sampaikan kepada mereka," katanya.


Menurut Almy pula, ini adalah salah satu cara untuk membantu sesama artis dalam situasi terhimpit ini.

"Kami beli daripada anda dan kami sumbangkan kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim dan petugas barisan hadapan.

"Kami boleh bantu rakan-rakan artis dengan membeli makanan (jualan) anda. Janji sedap, ikhlas dan puas hati untuk kami beli dan sumbangkan," katanya.

Tambah Almy lagi, aktiviti membeli dan menyumbangkan makanan ini akan dilakukan seminggu sekali pada setiap Jumaat.

"Kami cuba bantu rakan-rakan yang tak boleh berniaga dan tak ada pulangan akibat PKP. Jadi, kami akan buat aktiviti ini seminggu sekali pada setiap Jumaat," katanya.

Video berdurasi dua minit tujuh saat itu mendapat lebih 160,000 tontonan dan turut menerima pujian dari warganet.



Alhamdulillah, bagus pasangan pelakon ini tolong rakan-rakan yang terjejas kemudian sumbangkan pula pada yang memerlukan. Semoga menjadi contoh kepada kita semua untuk saling membantu dan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan. - CARI 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joyahPPR 23-6-2021 12:45 AM
beli lah sekali laksa makcik senawang tu, dia tak ada follower harus dibantu juga
Quote ciklahcuteII 23-6-2021 12:46 AM
bgus la.. dua dua belah dapat..
Quote ekselen 23-6-2021 01:00 AM
Harap2 yg tukang masak.pun jgn la main masak cincai2 je. Masak dgn seikhlas hati sbb nak bg org mkn kan... Alang2 ada yg nk tolong tu jgn amik kesempatan plk..
Quote Cik_jantung 23-6-2021 01:02 AM
Almy.. boleh tak diet.. takut sgt klu org pempuan sakit .. nasehat ni..
Quote jargon 23-6-2021 01:12 AM
Tgk tinminyak,tinyah dan melvin bini cendawan mcm ada persamaan gitew..btw eloklah korang support je sesame korang ye sbb produk korang bukan murmur wlupunnnnn…kat kedai minisoo pon boleh dpt
Quote Mopiko 23-6-2021 01:20 AM
rasanya elok utama kan artis veteran yang tak ada socmed.. kena telefon lah dorang. contoh macam roslan saleh jual daging dendeng kat melaka,netizen yang tolong promote dia. lepas beli pos gambar kat socmed masing2
Quote ImpianSeroja 23-6-2021 07:06 AM
Baguslah bantu membantu..now ramai yg terkesan
Quote bulalof 23-6-2021 10:25 AM
hidup biarlah sederhana. hidup mengikut keperluan yg perlu di dlm meneruskan kehidupan.

tak mustahil, lebih ramai "artis" akan jatuh miskin di kala pandemik kerana lifestyle di social media yg kerap menunjuk2 betapa vass dan stylishnya hidup mereka.

hrp pasni dah terduduk post kat social media jugak mcmana rupa kalian ya.
Quote Nenasketum 23-6-2021 04:34 PM
Line laki si chucky kah dapat duit bebanyak tu, cuci laundery? Ahakn, nanya jer
Quote Nenasketum 23-6-2021 04:34 PM
Line laki si chucky kah dapat duit bebanyak tu, cuci laundery? Ahaks nanya jer
Quote aduh2sayang 24-6-2021 05:22 AM
almy preknan lagi ke
Quote jiwarasa 24-6-2021 07:57 AM
Bila lah nak habis pkp ni. Tak kan 3 bulan macam pkp 1.0 kot.. Kesian wei ramai terjejas. Yg hilang kerja ntah berapa ramai la kali ni
Quote BungaTepiMeja 24-6-2021 08:18 AM
Nenasketum replied at 23-6-2021 04:34 PM
Line laki si chucky kah dapat duit bebanyak tu, cuci laundery? Ahaks nanya jer

Chucky tu bini choib ke chuols.. Motiff?? kejam tau
Quote Cleocatra 24-6-2021 08:24 AM
Cik_jantung replied at 23-6-2021 01:02 AM
Almy.. boleh tak diet.. takut sgt klu org pempuan sakit .. nasehat ni..

Nak diet kau cakap
Tengok dia makan pun macam orang membela hantu
Aku pulak rasa tercekik bila tengok cara dia makan
Datin tak bole bawak masuk majlis
Mau satu meja bulat dia bole habis makan
Quote misz_sanggul 24-6-2021 10:41 AM

yess dh 15 mgu katenya ms sambut fathers day fizz

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058263 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top