CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas tinggal di Malaysia, dalang kumpulan konspirasi ditahan sejurus tiba di Perancis

16-6-2021 08:46 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2888| Komen: 6

Description: Paris: Polis Perancis berjaya menahan dalang kumpulan konspirasi yang dikehendaki kerana menculik kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
REMY Daillet di Perancis pada 2009. FOTO AFP



Paris: Polis Perancis berjaya menahan dalang kumpulan konspirasi yang dikehendaki kerana menculik kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Lelaki berkenaan tiba di negara terbabit melalui penerbangan dari Singapura selepas tinggal di Malaysia.

Remy Daillet, yang terbang menggunakan pesawat Air France bersama pasangan dan tiga kanak-kanak, ditahan sejurus tiba di lapangan terbang Paris Charles de Gaulle, kata sumber dari lapangan terbang.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Mia itu diculik beberapa lelaki dipercayai diupah oleh ibu kandungnya sekitar pertengahan April di kediaman neneknya di Perancis.


Penyiasat percaya penculikan itu dirancang aktivis pelampau diketua Daillet.

Daillet kini direman dan akan dipindahkan ke Nancy untuk soal siasat atas dakwaan penculikan.

Laporan sebelum ini menyebut, selepas penculikan itu, Daillet menyiarkan video dan mengatakan bahawa organisasinya 'mengembalikan anak yang diculik kepada ibu bapa, atas permintaan mereka'.

Malah, dalam videonya sebelum ini, dia dengan lantang menyokong idea kudeta selain menentang pelaksanaan cukai, vaksin, 5G dan pemakaian pelitup muka.


Kredit : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 16-6-2021 10:05 PM
huntongla duduk malaysia boleh borong ubat cacing banyak2. EU tak approve dtg Malaysia borong. jahat tau nanti org malaysia banyak cacing lepas ni.
Quote airfilterkotor 16-6-2021 11:13 PM
Penganut kultus bumi rata?
Quote rastaf 17-6-2021 12:56 AM
kusemangat...ada iras laki cikta
Quote makcun14 17-6-2021 04:39 AM
rastaf: kusemangat...ada iras laki cikta

Kann chuols. Sekali pandang memang ada iras, ingatkan kawan tu pakai contact lense padahal orang lain
Quote Kurex 17-6-2021 08:11 AM
Muka mcm laki cikta, misai macam fazleyna kek batik
Quote noor2 17-6-2021 08:29 AM
rastaf replied at 17-6-2021 12:56 AM
kusemangat...ada iras laki cikta

...terhibur akak pagi ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.043876 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top