CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pengalaman Shaheizy Sam Ditanam Hidup-Hidup

18-11-2013 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3831| Komen: 17

Description: Dalam Filem Arahan Brando Lee Ini, Sam Memegang Watak Sebagai Remy, Seorang Paramedik Yang Pendiam, Pemalu Dan Sentiasa Dibuli Oleh Rakan Sekerjanya. Namun Satu Insiden Berlaku Lantas Merubah Hidup R ...
Pengalaman Shaheizy Sam Ditanam Hidup-Hidup



Kita semua akan mati. Cuma tak tahu bila giliran kita. Bagi pelakon Shaheizy Sam, pengalaman dikambus dalam lubang kubur adalah satu pengalaman yang cukup menginsafkan dirinya. Walaupun hanya beberapa minit, apa yang dilaluinya itu tak akan dilupa sampai bila-bila.

Dikambus dalam lubang kubur dalam keadaan hujan lebat. Dengan tanah merah berlumpur. Cabaran itu disahut Sam bagi menjayakan salah satu babak dalam filem terbarunya, Kisah Paling Gangster.


"Satu pengalaman baru bagi saya. Ia menguji mental dan sangat menguji kesabaran. Masa saya kena kambus tu macam-macam yang saya fikirkan. Rasa takut dan macam-macam lah yang ada dalam kepala ni. Dalam keadaan hujan pula tu, basah dan berlengas.

"Saya rasa masa tu seksi saya dah hilang. Saya macam nak balik rumah cepat nak mandi", kongsi Sam sambil sempat bergurau, ketika ditemui pada malam previu Kisah Paling Gangster bertempat di GSC One Utama, baru-baru ini.

Dalam filem arahan Brando Lee ini, Sam memegang watak sebagai Remy, seorang paramedik yang pendiam, pemalu dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya.
Namun satu insiden berlaku lantas merubah hidup Remy apabila dia akhirnya terjebak dengan kumpulan gangster. Sejak menyertai kumpulan itu Remy bukan lagi lelaki yang lembik dan dia dikehendaki melakukan kerja kotor dunia gelap itu selepas dilatih oleh ketuanya, Megat.

Kisah Paling Gangster bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 November ini.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sokmogitu 18-11-2013 10:51 AM
ah kecoh je ..pengalaman ditanam hidup2 masa shooting bukan dia je yg pernah kena... Umi aida 10 tahun dulu dah kena tanam hidup2 (dengan anak rosyam nor skali) ...filem gangster jugak.

sorang lagi si Zamarul Hisham kan? dalam drama apa ntah 3 , 4 thun lepas.

ke ada lagi ?
Quote tomet05 18-11-2013 01:07 PM
ahahaha .. kena tanam pokok pisang x kua sokaba lak
Quote -electrifying- 18-11-2013 01:37 PM
sokmogitu: ah kecoh je ..pengalaman ditanam hidup2 masa shooting bukan dia je yg pernah kena... Umi aida 10 tahun dulu dah kena tanam hidup2 (dengan anak rosyam  ...


amboi emosional nya . hehe
Quote leader79 18-11-2013 02:04 PM
dia nie pun sajer nak cari publisiti murah..
Quote annehuda 18-11-2013 02:06 PM
"Saya rasa masa tu seksi saya dah hilang. Saya macam nak balik rumah cepat nak mandi",


errrr selama ni ko seksi kah shaheizy sam???? tak tau plak aku
Quote mitnick 18-11-2013 02:17 PM
lps nie nak tanam ape pula?
Quote ais_kosong 18-11-2013 02:22 PM
sam sexy angat?
kah kah kah
Quote BellExOra 18-11-2013 06:13 PM
seksi.. perlu ke bg taw.. hihihi sikit la
Quote famri7 18-11-2013 06:19 PM
Kisah paling gengster my ass.......xabis lagi ke gangstet shits?...buat la theme lain sikit pls.aku kadang2 nk tgk film mulayu..tapi..most of em berstatus najis..
Quote ZaraPalarae 18-11-2013 06:24 PM
josiah hogan dlm what if pn kene tanam idup2
lagi real
what if u're buried alive
Quote salimrock 18-11-2013 09:06 PM
famri7 posted on 18-11-2013 06:19 PM
Kisah paling gengster my ass.......xabis lagi ke gangstet shits?...buat la theme lain sikit pls.aku  ...

apa kata buat kisah paling fonen plak........

wa rasa kisah paling genster ialah KL genster2 la......

Quote Ecahcah 18-11-2013 09:06 PM
serem makkkk
Quote famri7 18-11-2013 09:09 PM
salimrock posted on 18-11-2013 09:06 PM
apa kata buat kisah paling fonen plak........

wa rasa kisah paling genster ialah KL genster2 la ...

Mohon producer buat..tringin gak aku nk tngk.musti menarik.
Quote putehkundor 18-11-2013 09:56 PM
Filem gangster lagik?
Quote yayah8989 19-11-2013 12:23 PM
ok laturrr xde citer kut
Quote siti_kus 19-11-2013 12:26 PM
maksud dia seksi tu "tuttt" dia kot..

hbs tu sam kau insaf x skrg?
Quote kiki8398 19-11-2013 12:46 PM
OMG!!!!  Seksi?????

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066358 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top