CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Anak Deejay Lin Lulus Cemerlang Dalam Upsr

15-11-2013 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8595| Komen: 62

Description: Petaling Jaya: Anak Sulung Penyampai Radio Suria Fm, Deejay Lin Iaitu Nureen Areesye Ali, 12, Mendapat Keputusan Cemerlang 5a Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Upsr) Yang Diumumkan Pada Khamis.


PETALING JAYA: Anak sulung penyampai radio Suria FM, Deejay Lin iaitu Nureen Areesye Ali, 12, mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada Khamis.

Nureen merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, dekat sini.

Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 37, berkata, dia berasa gembira dengan kejayaan Nureen dan menyifatkan kejayaan itu adalah atas kerja keras anaknya yang sentiasa mengulang kaji pelajaran.

Lima subjek yang diambil Nureen termasuklah Bahasa Malaysia satu dan dua, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

"Alhamdulillah, anak saya mendapat keputusan cemerlang kerana usaha yang dilakukan. Kalau nak diikutkan saya tidak mempunyai banyak masa untuk bersamanya memandangkan saya berada di studio pada waktu malam.

"Untuk menemani dia belajar memang sangat susah. Dia juga tidak mengambil sebarang kelas tambahan. Saya hanya mampu mengingatkan dia setiap masa untuk belajar. Selebihnya, ia atas usahanya sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud pada Khamis berkata, keputusan UPSR 2013 yang diumumkan di seluruh negara merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.

Seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran iaitu peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu

Selain itu Nureen yang juga pelajar di Sekolah Agama Ibnu Al-Qayyim, Sentul dekat sini pada sesi petang turut menunjukkan pencapaian luar biasa apabila mendapat 7A, Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Ia membabitkan subjek Sirah, Tajwid, Fikah, Bahasa Arab, Tauhid, Akhlak dan Al-Quran.

Lin yang juga ibu tunggal berkata, memandangkan Nureen mendapat keputusan yang cemerlang dalam kesemua peperiksaan, dia berhasrat untuk menghantar anaknya itu ke sekolah menengah berasrama penuh iaitu Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Lin juga membawa Nureen bercuti ke Korea Selatan bersama-sama seorang lagi anaknya iaitu Nazreen Asyran, 10, pada hujung tahun ini.

"Kalau nak tahu, anak saya antara peminat fanatik K-Pop di mana dia boleh menulis dan fasih berbahasa Korea. Tambah pula, semua perkembangan dunia hiburan Korea dia tahu. Jadi, pemberian hadiah ke Korea pasti bermakna buat Nureen," ujarnya.

Sementara itu, Lin meluahkan hasratnya ingin melihat Nureen bergelar doktor yang dapat membantu masyarakat suatu hari nanti.

Bagaimanapun dia belum berbincang mengenai perkara itu apabila melihat Nureen lebih berminat ke arah muzik.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 14-11-2013 02:52 PM

Deejay Lin (tengah) bersama dua orang anaknya Nureen (kiri) dan Nazreen

Quote lepapilon 14-11-2013 02:53 PM
citra cinta
Quote siti_kus 14-11-2013 02:55 PM
tahniah.. mesti bangga mak dia.
Quote hanezzafirah 14-11-2013 02:58 PM
sekolah mek...bangga mek
Quote vv2005 14-11-2013 02:58 PM
bangga makbapak kalo anak lulus UPSR..itu blum SPM lagi tu
Quote rosasa 14-11-2013 03:00 PM
tahniah

tapi tu baru upsr.... bertabah la utk exam lain..semoga terus maju jaya , pesanan dr ai, bff pida
Quote ohsemmm 14-11-2013 03:00 PM
me rasa UPSR tu biasa2 je tapi yg ni me memang kagum lah

Selain itu Nureen yang juga pelajar di Sekolah Agama Ibnu Al-Qayyim, Sentul dekat sini pada sesi petang turut menunjukkan pencapaian luar biasa apabila mendapat 7A, Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Ia membabitkan subjek Sirah, Tajwid, Fikah, Bahasa Arab, Tauhid, Akhlak dan Al-Quran.
Quote AdamBillionaire 14-11-2013 03:07 PM
urm upsr dh pg korea. aku dulu upsr dpt hadiah komik je... mak pak sekarang loaded2 betul...
Quote tokcu 14-11-2013 03:19 PM
waahhh tanhniah!!
Quote Hana_Hirokawa 14-11-2013 03:26 PM
berjaya ilmu dunia akhirat.. alhamdulillah.. moga diteruskan... tahniah kak lin n anak ..
Quote atikah2013 14-11-2013 03:27 PM
tahniah. jd anak yg baik gak
Quote nurfariezza 14-11-2013 04:25 PM
ttbe t'ngiang2 plak cara dj ni ckp..heehhe
Quote shysari 14-11-2013 04:39 PM
Untung dpt pergi korea
Quote MYADEN 14-11-2013 04:39 PM
Alhamdulillah tahniah...perasaan bangga srg ibu amat bermakna pastinya
Quote jaketbiru 14-11-2013 04:48 PM
tahniahh...next
Quote tomet05 14-11-2013 04:50 PM
x kenal lka minha nih
Quote drlinda08 14-11-2013 04:55 PM
tahniah la..
pandainye anak dia..
Quote purpledesire 14-11-2013 04:55 PM
wahhh..pandainya..tahniah utk anak beliau..
Quote prettyuglybabe 14-11-2013 05:08 PM
aku dulu hadiah upsr adalah dihantar gi sekolah asrama. kecik hati.. tak dapat nak bermanja dengan nenek lagi

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.220904 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top