CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempat Yang Sama! Gadis Nyaris Jadi Mangsa Lelaki Gila Seks Di Kelantan

30-4-2021 12:20 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 15166| Komen: 100

Description: Kamera litar tertutup di Lorong Limau Manis, Kota Bharu, Kelantan, sekali lagi berjaya merakam perbuatan seorang lelaki yang cuba melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.


Kamera litar tertutup di Lorong Limau Manis, Kota Bharu, Kelantan, sekali lagi berjaya merakam perbuatan seorang lelaki yang cuba melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita. 

Video mengenainya dikongsi seorang pengguna Facebook. Dalam kejadian yang berlaku pada pagi 27 April 2021, video berdurasi empat minit itu menunjukkan suspek berbasikal berulang alik di lorong tersebut untuk mencari mangsanya. 


Usai mendapati kehadiran seorang wanita di kawasan itu, suspek mula mendekati kereta mangsa. Menyangkakan suspek meminta duit, mangsa lalu menghulurkan wang kertas RM1. 

Suspek mengambil wang tersebut dan sesekali cuba membuka zip seluarnya membuatkan mangsa terkejut.

Kredit Foto - Sinar Harian

Mangsa yang turun dari kereta tiba-tiba dikejar oleh suspek sehingga ke simpang tiga namun kehadiran sebuah kereta Perodua MyVi yang membuka tingkap bahagian pemandu menyelamatkan mangsa daripada kejadian lebih teruk.


Kredit Foto - Sinar Harian

Pemandu itu terus menjerkah, "Ooi! Nok buat gapo tuh?!" membuatkan suspek terus melakukan pusingan U dan beredar dari lokasi kejadian. 

Terdahulu, lokasi kejadian sama dengan kes kejadian lelaki bermotosikal berbaju coklat yang mencabul wanita dengan memegang punggung mangsa. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 27-4-2021 11:56 PM
Edited by miszclassique at 27-4-2021 11:57 PM

Jijik nya perangai banyak sgt tengok blue ke haperrrr
Tapi quality cctv jelas betul

OT sikit, cctv i boleh sampai 4K jenama hikvision tapi malang nya screen pakai monitor buruk sajorkk so tak dapat lah tengok 4K punya quality. No plat motor lalu lalang pun samar2 jahhh. Kalau perompak tau tu mesti dia flip hair je
Quote ~boolean 27-4-2021 11:57 PM
sudahnya penghujung bideo perempuan yang kena tarbiyah..kaum perempuan dinasihatkan ambil iktibar blablablah..

patutnya kita tarbiyahkan jantan laknat punde tu...
Quote clara_nur 28-4-2021 12:17 AM

mak aihhh serammnyaaa..
tp kenapa pompuan tu keluar dr keta eh??
kalo me, terus on enjin pecut keta..
mujur situ ada jgk keta lalu-lalang..
kalo tak, abiss org tu dok kejar pompuan tuu
Quote Rogue98 28-4-2021 12:18 AM
Camni lah org perempuan kena face selalu. Lelaki yg jahat tapi perempuan jugak yg kena sound. Tu perempuan tu dah pakai sopan tutup aurat tu masih kena gak. Kat Kelantan lelaki2 sana gian dah ke tak dapat cross border ke Siam tu yg jadi camtu.
Quote sekngucing 28-4-2021 12:21 AM
~boolean replied at 27-4-2021 11:57 PM
sudahnya penghujung bideo perempuan yang kena tarbiyah..kaum perempuan dinasihatkan ambil iktibar bl ...

aku membesar area situ

tahun 70an dan 80an..situ area pelacuran

dan area pondan

lepas pas dtg dan musnahkan kawasan tu.. dia pindah ke seberang(kg limau manis)

ada kes pondan cari makan di area tu berapa tahun lepas
mungkin lelaki ni salah satu yg tgah 'mencari'
Quote any42 28-4-2021 12:27 AM
Kenapa pmpuan tu keluar dr kete. patut trus keluar park tmpt lain la. Xpun btalkn urusan dtg hri lain bteman.  Buatnya si celaka tu dok tnggu pmpuan tu balik ke kete nnti takutnya jd bnda xdiingini.

Quote AyaqMeloSuam 28-4-2021 12:33 AM
Knp kuaq dr kreta ? Langgar aja jantan galak peleeer tu.. kasi cacat. Pueh ati.
Quote ajinomotonosuga 28-4-2021 12:37 AM
clara_nur replied at 28-4-2021 12:17 AM
mak aihhh serammnyaaa..
tp kenapa pompuan tu keluar dr keta eh??
kalo me, terus on enjin pecut k ...

Klo dia masuk kete tu haaa..naya

Tu dia kuo..cari orang...dpt rumah tuu

Ni psychopath sebenonya..mmg lam otak 24 jam nk cabul awek..

Tangkap..rendam dlm aisssss...bio sme kecuttt pastu kepala dia boh electrode..kasi karen..renjatttt bio terus jadi sayur haaaa
Quote highcastle 28-4-2021 12:38 AM
Terbaik lah CCTV ni, clear betul........ Mana hang nak lari, video clear betul tunjuk muka hang......
Quote ajinomotonosuga 28-4-2021 12:42 AM
Rogue98 replied at 28-4-2021 12:18 AM
Camni lah org perempuan kena face selalu. Lelaki yg jahat tapi perempuan jugak yg kena sound. Tu per ...

Tok lebai silap ceramah...patut otak jantan tuuu..maaacam mana nk bersihkan!!! Ni patut di ceramah

Porno ni bilo dia tgk..dlm otak build up chemical..bila longer nanti dia self activate..dia tgk adik akak pun tak aware dah depa tu darah daging..mmg psycho

Bukan soal aurat..jantan tadak misai kat Mesir pun teruk kne raba dek psycho sex..ni cite taun 70an  depa ada belly dancing..bleh la release stress porno lam otak

Mende tu di ujung jari..dia tengok lelama..dalam OTAK dia jadi bawahsedar..yg utama nk release..sampai puncak nk letop tuuu yg akak tido kaa adik mandi kaa dia pi intai..lelama cabul

Cite kat mak..malu kang oang kg tau so syhhhhhhh..diammm kan je. Bnyk camni..haruan mkn anak ..letih nk cite..ostad sme tu hatta si kazim mna de sentuh sme ni..blik blik ampu gomen..puih
Quote supernaturalee 28-4-2021 12:44 AM
Yup
I'm wondering too
Kenapa perempuan tu keluar kereta bila ada ancaman mcm tu

Pujian pd org yg berhenti dan tegur

Btw CCTV nmpk jelas muka pelaku
Tp bermask mcm ssh jgk nk cam orgnya
Maybe polis blh standby nyamar kt situ utk tangkap dia



Quote jazaa100 28-4-2021 12:48 AM
miszclassique replied at 27-4-2021 11:56 PM
Jijik nya perangai banyak sgt tengok blue ke haperrrr
Tapi quality cctv jelas betul


tak payah pasang cctv le klu mcm tu....
Quote sfrnna 28-4-2021 12:55 AM
Video sebelum ni kat area yang sama ada amoi kena cuit bontot dgn lelaki naik motor. Jelas gila muka lelaki tu. Tengok comment ada jantan yang dok melawak ckp kena cuit sikit jeee.. Etc.. Cam bab# je comment
Quote axl_bach 28-4-2021 01:50 AM
Apsal aku tgk mamat baju ijau tu nmpk mcm pelakon citer Mail Totey jer
Quote Perawankota 28-4-2021 03:45 AM
Bagus ada cctv kat jalan tu.. Harap ada byk lah cctv mcmtu kt KL ni..
Quote edee_91 28-4-2021 04:17 AM
miszclassique replied at 27-4-2021 11:56 PM
Jijik nya perangai banyak sgt tengok blue ke haperrrr
Tapi quality cctv jelas betul

beli monitor Full HD (1080p) je pun ok dah sis. untuk saiz 27 inci Baru 600 ringgit.
Quote edee_91 28-4-2021 04:37 AM
setelah aku mentelaah kat google map, mungkin nilah dia jenis cctv yang rakam kejadian tu.


Quote Belibis 28-4-2021 04:56 AM
highcastle replied at 28-4-2021 12:38 AM
Terbaik lah CCTV ni, clear betul........ Mana hang nak lari, video clear betul tunjuk muka hang..... ...

Video clear bukan penentu kepada tangkapan,apatah lagi pendakwaan.
Quote bakingsoda 28-4-2021 06:43 AM
area situ mmg bersepah cctv hd sekeliling taman, keluar simpang tu seberang jalan belah kanan kb mall sbb tu bnyk kete lalu lalang.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.105289 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top