CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tular Peniaga Burger Dikompaun RM50k, Caprice Akan Lancar Tabung Kilat

27-4-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13269| Komen: 95

Description: Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang peniaga gerai burger yang didakwa telah dikompaun sebanyak RM50,000 gara-gara beroperasi melebihi had masa ketika tempoh Perin ...
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang peniaga gerai burger yang didakwa telah dikompaun sebanyak RM50,000 gara-gara beroperasi melebihi had masa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sedang dikuat kuasakan di Kelantan.


Memetik laporan BH Online, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya memaklumkan dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam.

Foto: IG

Katanya lagi, pada ketika itu, dia sebenarnya telah pun mula mengemas sambil menyiapkan tempahan burger daripada pekerja kilang.

“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.


“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang.

“Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik.



Perkhabaran tersebut kemudiannya tular lalu menerima yang reaksi yang pelbagai daripada warga net.

Prihatin akan yang nasib yang menimpa Faisal, rapper dan usahawan, Caprice telah pun menghubungi peniaga tersebut bagi meminta persetujuan sebelum melancarkan tabung kilat bagi meringankan beban Faisal untuk membayar kompaun.

“Alhamdulillah guys kita dapat contact abe Faisal, kalau esok abe kata ons, caprice akan buka tabung kitafund / a public tabung untuk bantu settle kompaun RM50k yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya).

“InsyaAllah! Kita jaga kita. #rapatkansaf2040,” tulisnya.



Rakaman panggilan video itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Takda Hal Bro itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Caprice selain ada yang turut berhajat untuk sama-sama menyumbang agar nilai itu dapat dicapai sebelum hari raya. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 27-4-2021 12:33 PM
Caprice.. Caprice.. Abam berger tu pun dulu penah kena denda 1k pastu buat lagi. Pastu denda ni boleh dikurangkan nanti ikut budi bicara nanti...
Quote tagas 27-4-2021 12:39 PM
Poyo la la lu kamprit
Quote zatiii 27-4-2021 12:41 PM
Edited by zatiii at 27-4-2021 12:42 PM

boleh tak lepas ni iols nk langgar sop pastu buat ayat kesian sikit pastu viral. nnti ada org tlg kumpul duit utk bayarkan

ios bkn la nak nganjing tp bila dh ada org tlg cmni lpas ni ramai la yg langgar sop pastu fikir mcm apa yg i tulis kt atas tu.
Quote downiey 27-4-2021 12:45 PM
zatiii replied at 27-4-2021 12:41 PM
boleh tak lepas ni iols nk langgar sop pastu buat ayat kesian sikit pastu viral. nnti ada org tlg ku ...

ye betol jugak. nak2 plak ni kesalahan ke2.. lpastu blom tau dpt brape diskaun kompounnye.. Abes, nti balance dr 50K nti nk bg sape plak..
Quote zatiii 27-4-2021 12:48 PM
downiey replied at 27-4-2021 12:45 PM
ye betol jugak. nak2 plak ni kesalahan ke2.. lpastu blom tau dpt brape diskaun kompounnye.. Abes,  ...

hahaha itu la. blm dpt diskaun lg dh kumpul duit hmmm lebih2 tu nnti kumpul utk next mangsa saman la kot hihi
Quote Belibis 27-4-2021 12:54 PM
downiey: ye betol jugak. nak2 plak ni kesalahan ke2.. lpastu blom tau dpt brape diskaun kompounnye.. Abes, nti balance dr 50K nti nk bg sape plak..

Kepris bagi 50k..tup2 lepas rayuan 10k jer.dah tak payah niaga burger.
Quote Supersirap 27-4-2021 12:56 PM
X paham lah dengan orang yang beri kompaun tu, memang tiada budi bicara ka? bukan kah kedai makan sudah boleh beroperasi sehingga jam 12.00 tgh malam? Kelab malam punya kompaun pun cuma RM25K sahaja. Apa nak jadi dengan negara ku ini....
Quote TerataiMelur02 27-4-2021 12:58 PM
Adeiii.. Topinasi ni cer siasat dulu
Quote fair_iza 27-4-2021 01:07 PM
Supersirap replied at 27-4-2021 12:56 PM
X paham lah dengan orang yang beri kompaun tu, memang tiada budi bicara ka? bukan kah kedai makan su ...

Kelantan pkp dik.
Quote salmon-suki 27-4-2021 01:08 PM
Meanwhile,jahkobis buat kesalahan berulang tidak didenda rm50k utk kesalahan kedua.. bullshit sgt?

Baidewei,ai xsuka laa topinasi ni,setiap masa nak mencapub mcm2..produk ape je y dia ada skrg?bohsannnn~
Quote fair_iza 27-4-2021 01:11 PM
Kenapa nk buat crowd funding utk bantu org yg langgar undang2? Penjual burger ni anggap denda kali pertama rm1k celah gigi je. Sbb tu dia berani lg buat kesalahan yg sama. Kesalahan ke2 terus dpt kompoun maksimum.
Quote mdmy 27-4-2021 01:22 PM
fair_iza replied at 27-4-2021 01:11 PM
Kenapa nk buat crowd funding utk bantu org yg langgar undang2? Penjual burger ni anggap denda kali p ...

Setuju sangat.
mesti ada sebab kena saman sampai 50k. Rasanya degil tegar ni. Bila dah kena saman seribu dia fikir kacang jer , boleh settle. Buat lagi, bila dah kena 50k pandai pulak play victim
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:31 PM
Penguatkuasa yg double standard gila babi boleh pergi mampus.
Quote Meiizu 27-4-2021 01:36 PM
Edited by Meiizu at 27-4-2021 01:40 PM

Aku nak tau polis,/officer mana yg bodo takde empathy ni?Taklogik sampai 50k
Langgar org bagi mati dgr cite 10k (wpun tak relate sgt),Lopak pupu bebird pun kena 20k je tulagi covid spreader, bukak kelab musim covid pun berulang2 gak..takdepun sampai 50k

Quote helicornia 27-4-2021 01:40 PM
dia kt mana2 nk mencelah kan?
Quote Rogue98 27-4-2021 01:50 PM
Boleh rayu kan. Apasal zalim sangat kerajaan ni. Corvid malam2 jer datang ke....siang corvid tidur agaknye.
Quote Rotipitadaging 27-4-2021 02:00 PM
X blh tunggu rayuan dulu baru buat tabung kilat ke? Lorat nau konon2 nak bantu..
Quote Kurex 27-4-2021 02:02 PM
Nampak elok pulak topi nasik ni
Quote Carcosa 27-4-2021 03:35 PM
Eh jgn seboklah kau. Mcm bagus2. Poyo gila.
Kalau kau nak kasi duit kau sendiri, takpelah.
Ni gigih nak organise tabung kilat, Ujung2 pakai duit netizen. Pedulik apa aku abg burger tu? Dahla kesalahan kedua. Ada plk kata dia tgh kumpul duit utk deposit HELLFIRE. Eh pegi mamposlah kau sana. Kesah plk aku. Tak kuasa aku nak derma. Bagus siapa yg report. Lps ni report lagi

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074999 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top