CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Access Internet: Ramai Guna Smartphone Berbanding Notebook

14-11-2013 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7138| Komen: 59

Description: Kajian Tersebut Melibatkan Sejumlah 9,651 Orang Kanak-Kanak Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Di Seluruh Negara Daripada 26 April Hingga 12 Oktober 2013 Semasa Mereka Menghadiri Bengkel Cybersafe Di ...

Gambar hiasan



KUALA LUMPUR 14 Nov. - Telefon pintar menjadi pilihan utama kalangan pelajar di negara ini untuk melayari Internet berbanding komputer peribadi, demikian menurut Kajian Kebangsaan 2013 hari ini.

Menurut kajian mengenai keselamatan dalam dalam talian itu mendapati 29 peratus daripada pelajar yang terlibat dalam kajian itu menggunakan telefon pintar untuk melayari Internet, diikuti oleh tablet dan 23 perarus lagi menggunakan telefon mudah alih.

Kajiah yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan DiGi Telecommunications itu turut mendapati 60 peratus daripada mereka menggunakan omputer desktop dan peranti tablet untuk melayari Internet, manakala 34 peratus menggunakan komputer riba.



Kajian tersebut melibatkan sejumlah 9,651 orang kanak-kanak sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara daripada 26 April hingga 12 Oktober 2013 semasa mereka menghadiri Bengkel CyberSafe di sekolah.

Kajian itu mendapati lebih 50 peratus pelajar di Malaysia melayari Internet selama 8 jam seminggu dan 16 peratus melayari Internet selama 28 jam seminggu.
Mengekses laman sosial merupakan aktiviti utama pelajar semasa menggunakan Internet dengan 68 peratus melayari Facebook dan 51 peratus bermain mainan dalam talian (online games) dan 44 peratus menggunakannya untuk aktiviti pendidikan dan penyelidikan.

Separuh daripada mereka mempunyai pengalaman pertama menggunakan Internet bersama keluarga atau saudara mara.
Majoriti atau 80 peratus mengekses Internet dari rumah namun di Kuala Lumpur dan Kelantan kebanyakan mereka melayari Internet di pusat-pusat Internet.

Sementara separuh daripada mereka merasakan tidak selamat semasa melayari Internet dan kebanyakan mereka menyedari kepentingan keselamatan semasa melayari Internet tetapi tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri daripada pencerobohan data peribadi mereka di Internet.

8

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 14-11-2013 02:40 PM
kalo tak silap aritu Celcom macam nak sekat kelajuan/cas lebih pada user yg online pakai smartphone, agaknya kena hentam kaw2, terus dia tunda sampai ke sudah.
Quote gaara_X 14-11-2013 02:44 PM
but masih mahal lagi perkhidmatan kat malaysia nie.....walaupun sambutan baik...
Quote BurningTimes 14-11-2013 02:49 PM
Dah orang sekarang lebih mampu beli smartphone yang lebih mura dari notebook, tapi henfon slow nak mampos, baik guna laptop terus. Nak reply forum ini pun kadang-kadang tersekat.
Quote batman_2007 14-11-2013 02:54 PM
Senang smArtphone lg.
Quote sapp73 14-11-2013 02:58 PM
smartphone memang ramai guna sebab senang dibawa, senang nak access kat mana-mana, tapi bergantung jugak pakej yang diambil, kalau yang murah lembab nak mampus dan limited
Quote mdmyana 14-11-2013 03:03 PM

Budak KL layari internet dari pusat internet??

Macam tak caya je..
Quote AdamBillionaire 14-11-2013 03:11 PM
urm. buat pengetahuan kawan2. simkad 1 malaysia atau apa2 simcard konon unlimited tu semua PENIPU.. mula2 laju lepas tu slow2 gila.. asyik makan topup je..

bisnes mcm ni, dia org hype gila2 unlimited data, ramai orang beli bila dah capai target dia sekat bandwith .. lepas tu keluarkan produk simcard berukband lain..

selagi malaysia dimonopoli oleh mereka selagi tu penipuan berlaku..
Quote shernazz 14-11-2013 03:22 PM
aku rilek je guna laptop
sematpon semak hidup aku..asik2 nak belek..asik2 nak update status
Quote ais_kosong 14-11-2013 03:26 PM
AdamBillionaire posted on 14-11-2013 03:11 PM
urm. buat pengetahuan kawan2. simkad 1 malaysia atau apa2 simcard konon unlimited tu semua PENIPU..  ...

hat ni betui..
mcm cilake je..
Quote AbukRokok 14-11-2013 03:29 PM
mdmyana posted on 14-11-2013 03:03 PM
Budak KL layari internet dari pusat internet??

Macam tak caya je..

KL area Felda PPRT saja
Quote solstice 14-11-2013 03:30 PM
blackred99 posted on 14-11-2013 02:40 PM
kalo tak silap aritu Celcom macam nak sekat kelajuan/cas lebih pada user yg online pakai smartphone, ...

Kenapa sejak 2, 3 bulan ni signal celcom macam vavis?
Walhal aku dok kat bandar paling besar & urban di Msia ni
Quote purple^reign 14-11-2013 03:37 PM
notebook dah jarang guna. prefer smartphone saja sekarang ni, senang.
Quote kazaraf 14-11-2013 03:40 PM
ye.. dan ramai yg akses internet via smatfon utk benda2 "tak perlu" spt fb, utube, twitter dan media2 sosial selain main games
buang duit & masa..
Quote kazaraf 14-11-2013 03:45 PM
shernazz posted on 14-11-2013 03:22 PM
aku rilek je guna laptop
sematpon semak hidup aku..asik2 nak belek..asik2 nak update status

haha betul..  asik2 update status.

Quote blackred99 14-11-2013 03:53 PM
solstice posted on 14-11-2013 03:30 PM
Kenapa sejak 2, 3 bulan ni signal celcom macam vavis?
Walhal aku dok kat bandar paling besar & ur ...

duk umah flat kat wangsa maju tu, line celcom macam haram.. terpaksa beralih ke maxis.. tapi same je mane2 pun, time datang bangangnya, 2 kali 5 sajork..
Quote kuya 14-11-2013 03:56 PM
setakat nak browse/tweet geli2, poking-poking fb, boleh laa guna semakpong...
Quote skymania 14-11-2013 03:58 PM
sejak tenet umah aku problem.. dah nak dekat sebulan.. terpaksa lah aku hadap ngan data plan kt henpon aku yg kecik neh..

choiii gler... kekadang..aku meroyan.. tethering saja pi laptop.. baru puas hati.. besar skit..
Quote tagas 14-11-2013 04:03 PM
Via smartfon sambil baring leh update fb..sambil berak leh melayari forum..
Quote Bell 14-11-2013 04:05 PM
So kesimpulan - smart phone nie 80-90% kegunaannya utk hiburan sahaja....

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.084763 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top