CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Internet- Malaysia Ranking Pertama

25-4-2014 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9142| Komen: 55

Description: Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Jailani Johari Berkata Pengiktirafan Itu Dikeluarkan Dalam Laporan Oleh A For A One, Iaitu Alliance For Affordable Internet Bertarikh 8 November Tahun ...



KUALA LUMPUR - Malaysia kini berada di ranking pertama dalam capaian Internet mampu milik dalam kalangan ekonomi negara membangun dunia, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
   
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pengiktirafan itu dikeluarkan dalam laporan oleh A For A One, iaitu Alliance for Affordable Internet bertarikh 8 November tahun lepas.
   
"Pencapaian dan pengiktirafan ini tercapai hasil usaha berterusan kerajaan menambah baik liputan dan capaian Internet menerusi pelbagai program yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
   
Beliau berkata, komitmen kerajaan untuk meningkatkan capaian Internet di negara ini diteruskan apabila perdana menteri mengumumkan pelbagai program tahun ini melibatkan peruntukan hampir RM5.8 bilion.
   
Beliau berkata dalam pelaksanaan projek tambahan itu nanti, spesifikasi liputan dan capaian Internet akan ditambah mengikut kesesuaian dan keperluan teknologi.

Dalam perkembangan lain, Jailani mengakui kesukaran yang dihadapi kementerian untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang diguna untuk membuat pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap individu lain.
   
Bagaimanapun katanya individu yang dikesan berbuat demikian akan berdepan tindakan tegas dari segi undang-undang.
   
Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati bersalah terutama mereka yang menggunakan akaun palsu atau menyamar menggunakan nama individu lain untuk memburukkan orang lain yang semakin berleluasa sekarang, katanya.
   
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang ingin tahu tindakan kementerian terhadap pemilik akaun media sosial palsu yang aktif menyebar fitnah dan pelbagai lagi terhadap pihak lain.
   
Sementara itu beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman sesawang yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan pelbagai undang-undang lain.

Jailani berkata, kerajaan turut melancarkan kempen 'Klik dengan Bijak' bagi mendidik dan memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat supaya lebih bertanggungjawab, beretika dan mengutamakan keselamatan ketika melayari Internet.
   
Kepada soalan asal Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu usaha komprehensif kementerian untuk mempertingkat kelajuan Internet, beliau berkata kerajaan melalui SKMM sentiasa berusaha menambah baik prasarana komunikasi dari semasa ke semasa.
   
Beliau berkata kementerian telah merangka Pelan Jalur Lebar Kebangsaan 2010 yang merupakan pelan komprehensif bertujuan meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar.
   
"Melalui pelan itu, SKMM berjaya melonjakkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah kepada 67.3 peratus berbanding 55.6 peratus pada 2010," katanya. 

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 24-4-2014 11:50 PM
Mampu milik? Mampu milik taik engko adalah. Dah la cekik darah
Quote perang_candu 25-4-2014 12:03 AM
hanakikan posted on 24-4-2014 11:50 PM
Mampu milik? Mampu milik taik engko adalah. Dah la cekik darah

harap jangan sampai gadai seluar baju, semata mata nak main internet. tu dah kategori tak mampu milik.



Last edited by perang_candu on 25-4-2014 02:30 PM

Quote najib888 25-4-2014 12:10 AM
Akai nak penaik charge la tu kot..
Paling mampu milik compare dgn apa? Bangla ka indon?
Quote cmf_herrhughie 25-4-2014 12:20 AM
Mampu milik? Cuba bahagikan berapa harga per Mbps....u Akan tau betapa mahal Internet Malaysia

ini semcm developer kata unit soho Lebih "mampu milik" drp sebuah landed property...

siapa yg suggest mampu milik tu mmg kuat kencing... Last edited by cmf_herrhughie on 25-4-2014 12:22 AM

Quote pyropura 25-4-2014 12:40 AM

aikkk...kan ke tahun 2010 aritu dah jadi nugara maju? suda downgrade kaa..??


KUALA LUMPUR - Malaysia kini berada di ranking pertama dalam capaian Internet mampu milik dalam kalangan ekonomi negara membangun dunia, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini....




Quote matchstick 25-4-2014 12:43 AM
kepala hangguk dia mampu milik.
Quote lavamilotabur 25-4-2014 12:43 AM
pyropura posted on 25-4-2014 12:40 AM
aikkk...kan ke tahun 2010 aritu dah jadi nugara maju? suda downgrade kaa..??

nak maju camner...

ada ada rakyat nyer fiskal dgn erpot tax pun tak tahu beza lagi...





Quote perang_candu 25-4-2014 01:05 AM
pyropura posted on 25-4-2014 12:40 AM
aikkk...kan ke tahun 2010 aritu dah jadi nugara maju? suda downgrade kaa..??

Negara melaka memang negara maju la..

Quote wiseguy 25-4-2014 01:34 AM
Ini dikata bodoh tapi tak mengaku, lagi bagus menteri indon mengaku diorang rank ke 118 dunia.


Baca artikel ni, tak ada maknya malaysia no 1

http://tekno.kompas.com/read/201 ... &utm_campaign=Ktkwp
Last edited by wiseguy on 25-4-2014 01:39 AM

Quote wiseguy 25-4-2014 01:47 AM
Kalau ikut ookla speedtest result lagi teruk malaysia dibelakang vietnam.


Quote Tok_Batin 25-4-2014 04:41 AM
Pak Menteri maksudkan di atas berdasarkan :

1. Luas coverage (termasuklah skim Kampung Tanpa Wawar KTW tu kot), bukan berdasarkan speed

2. Negara Membangun (tidak termasuk negara kategori maju spt Korea Selatan, Jepun dsbg)
Quote orang_letrik 25-4-2014 05:02 AM
Pak Menteri masih dibuai mimpi2 indah.. harapan serupa mimpi.
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2014 05:35 AM
memang mampu milik pun
Quote ika_ivy 25-4-2014 05:37 AM
Internet Malaysia mahal... dah la slow... Macam mana boleh kata mampu milik? Aku kat UK skg pakai internet paling basic, bayar £14 je sebulan, speed 30Mb... Ni pakej basic... Macam ni baru boleh kata mampu milik...
Quote yipun_78 25-4-2014 07:11 AM
perang_candu posted on 25-4-2014 12:03 AM
harap jangan sampai gadai seluar baju, semata mata nak main internet. tu dah kategori tak mampu mi ...



bang, delete pix ni plisss... ni kira fedofil laaaa. eksploit pix kanak2 dlm keadaan cani..
Quote pelukis.plan 25-4-2014 07:45 AM
entahla..
aku dah redha dan pasrah dgn Muleysia
bayar je la rm149/mth untuk unifi
Quote blackred99 25-4-2014 07:53 AM
mampu milik abah dia.
Quote pakweneelofa 25-4-2014 08:21 AM
mampu milik kepala hotak kau!
Quote gaara_X 25-4-2014 08:27 AM
puok mana ler yang nak membodek melampau nie....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.200727 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top