CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Nak Buang Tatu, Kali Ini Ikhlas Mahu Berubah Jadi Lebih Baik

20-4-2021 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18003| Komen: 83

Description: Perkongsian penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang ingin mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu di Instagram baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Perkongsian penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang ingin mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu di Instagram baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Aliff atau nama sebenar Muhammad Aliff Aziz, 30, berkata, tindakan untuk membuang tatu itu bukan untuk membuktikan kepada sesiapa pun sebaliknya ia datang daripada hatinya sendiri.

Tambahnya, perkara itu juga dilakukan secara ikhlas terutama dalam usaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik.


Foto: IG
"Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.

"Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan... tak perlu.

"Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa. Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa keikhlasan itu," katanya.

Suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sebelum ini, Aliff memuat naik status di Instastory meminta pertolongan daripada netizen untuk mencadangkan klinik bagi rawatan membuang tatu.

Kredit foto:  IG


Sekitar Januari tahun lalu, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.

Hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna di Malaysia pada Disember lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan semenjak berada di Kuala Lumpur.




"Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya. Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media," ujarnya.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Coklatpanas 20-4-2021 04:00 PM
Quote CARI-MRO 20-4-2021 04:03 PM
Perkongsian penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang ingin mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu di Instagram baru-baru ini menarik perhatian netizen.


Aliff atau nama sebenar Muhammad Aliff Aziz, 30, berkata, tindakan untuk membuang tatu itu bukan untuk membuktikan kepada sesiapa pun sebaliknya ia datang daripada hatinya sendiri.


Tambahnya, perkara itu juga dilakukan secara ikhlas terutama dalam usaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik.




Foto: IG


"Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.


"Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan... tak perlu.


"Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa. Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa keikhlasan itu," katanya.


Suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.


Sebelum ini, Aliff memuat naik status di Instastory meminta pertolongan daripada netizen untuk mencadangkan klinik bagi rawatan membuang tatu.


Kredit foto:  IG





Sekitar Januari tahun lalu, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.


Hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna di Malaysia pada Disember lalu.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan semenjak berada di Kuala Lumpur.




[ig]https://www.instagram.com/p/CNjy9GcAXJN/[/ig]



[ig]https://www.instagram.com/p/CNugo2PgZWG/[/ig]



"Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya. Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media," ujarnya.


Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.


Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah. -CARI


Sumber: mStar Online
Quote AshkieLa 20-4-2021 04:05 PM
pi la dok Spore sana bawak anak bini ko...
Quote miszclassique 20-4-2021 04:17 PM
AshkieLa replied at 20-4-2021 04:05 PM
pi la dok Spore sana bawak anak bini ko...

Kat SG mana la heol ni mampooo, mahal oo
Quote shernazz 20-4-2021 04:22 PM
Nak sponser lettewww
Quote Capoicapoi 20-4-2021 04:24 PM
Ikhlas tu simpan jelah.. tak payah nak kabo2..  bila berubah baik.. org lain akan perasan..
Tp aku tetap doakan yang baik2
Quote Boomibulat 20-4-2021 04:26 PM
Masa nak buat pandai pulak pgi cari..org ckp tekap dgn seterika panas pun boleh..
Quote ReginaBeauty 20-4-2021 04:26 PM
Baru tau dia ada tatu
Quote Carcosa 20-4-2021 04:30 PM
What. Everrrrrrrr.
Quote friedfishsoup 20-4-2021 04:31 PM
Dah ada thread

https://mforum.cari.com.my/forum ... 247882&mobile=2
Quote Suchi 20-4-2021 05:13 PM
Macam lain dah muka dia maybe dah start muka abah2 kot.
Sblm ni nampak bbnu dan agak kurus.
Quote sleepandream 20-4-2021 05:50 PM
tanya kurex semua tempat tattoo heols boleh ilangkan
Quote riyadhK 20-4-2021 06:10 PM
Aummmm sangat
Quote kivio 20-4-2021 07:01 PM
Erm. Previous seploh kali pun iklas iklas iklas
Quote Qatrunnadaain 20-4-2021 08:59 PM
Kenapa dia nampak lain sangat... macam glen sikit2.. or marcell.. iras2 la..
Quote 3chanceno 20-4-2021 09:18 PM
shernazz replied at 20-4-2021 04:22 PM
Nak sponser lettewww

Hahaha...bila meols baca pun terpikir yg sama hahaha..mahal nak buang tatoo nie..kalau warna warni lagik sukar...tak mungkin Bella atau kawan2 dia takde contact klinik yg bagus di kl
Quote sfrnna 20-4-2021 09:22 PM
Sejak dah berjambang ni nampak cam zain ruffedge versi kurus and muda
Quote shernazz 20-4-2021 09:25 PM
3chanceno replied at 20-4-2021 09:18 PM
Hahaha...bila meols baca pun terpikir yg sama hahaha..mahal nak buang tatoo nie..kalau warna warni ...

Khen...
Sebab guna laser
Iols tengok omputih buat tu..ngeri.plak.iols rasa..
Sebab bunyi cam.letup.letup gitu
Quote dudaberhias 20-4-2021 09:30 PM
see iols dah kata kan...
lelaki boleh berubah dik...
kecuali shuk dan tauke jambu...
yang tu kalau dia kata nak berubah pun jangan uols percaya sesekali pun...
mungkin nak bawak keluar produk baru la tu...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047897 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top