View: 17210|Reply: 83
|
Aliff Aziz Sayangkan Keluarga , Tekad Buang Tatu
[Copy link]
|
|
Aliff Aziz , Tekad Buang Tatu..Kesal Dengan Kesilapan Lalu
Penyanyi dan juga pelakon Aliff Aziz baru-baru ada bertanyakan peminat mengenai mana-mana pusat perubatan yang menyediakan rawatan pembuangan tatu di Kuala Lumpur menerusi akaun Instagramnya.
Perkara itu telah dimuat naik Aliff menerusi siaran Instagram Story miliknya untuk mendapatkan respon daripada peminat serta pengikut media sosialnya.
Suami kepada pelakon Bella Astillah ini yang ditemui media menjelaskan bahawa dia tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai niatnya untuk membuang tatu yang dicacah di badannya itu.
Namun, ujar Aliff lagi, dia kini sedang berusaha untuk menjadi seorang umat Islan yang lebih baik dan usaha itu perlu datang daripada dirinya sendiri.
“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi, saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya. Jadi saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat.”
Meskipun dalam Islam perbuatan membuang tatu jika memudaratkan jatuh hukum tidak perlu dilakukan, Aliff menjelaskan bahawa dia hanya ingin berusaha untuk berhijrah dan tidak berniat untuk membuktikannya kepada sesiapa.
Tambah penyanyi lagu Sayang Sayang itu lagi, dia bersyukur kerana masih mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Perkembangan terkini, Aliff dan isteri, Bella Astillah dilaporkan telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan selepas membuka sebuah kedai makanan yang diberi nama Laksa Bah yang bertempat di Masok Foodcourt, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
SUMBER : Astro Gempak
https://beautifulnara.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aliff Aziz Nak Buang Tatu, Kali Ini Ikhlas Mahu Berubah Jadi Lebih Baik
Perkongsian penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang ingin mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu di Instagram baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Aliff atau nama sebenar Muhammad Aliff Aziz, 30, berkata, tindakan untuk membuang tatu itu bukan untuk membuktikan kepada sesiapa pun sebaliknya ia datang daripada hatinya sendiri.
Tambahnya, perkara itu juga dilakukan secara ikhlas terutama dalam usaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik.
Foto: IG
"Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.
"Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan... tak perlu.
"Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa. Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa keikhlasan itu," katanya.
Suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.
Sebelum ini, Aliff memuat naik status di Instastory meminta pertolongan daripada netizen untuk mencadangkan klinik bagi rawatan membuang tatu.
Kredit foto: IG
Sekitar Januari tahun lalu, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.
Hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna di Malaysia pada Disember lalu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan semenjak berada di Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya. Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media," ujarnya.
Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.
Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
pi la dok Spore sana bawak anak bini ko... |
|
|
|
|
|
|
|
AshkieLa replied at 20-4-2021 04:05 PM
pi la dok Spore sana bawak anak bini ko...
Kat SG mana la heol ni mampooo, mahal oo |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas tu simpan jelah.. tak payah nak kabo2.. bila berubah baik.. org lain akan perasan..
Tp aku tetap doakan yang baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Masa nak buat pandai pulak pgi cari..org ckp tekap dgn seterika panas pun boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam lain dah muka dia maybe dah start muka abah2 kot.
Sblm ni nampak bbnu dan agak kurus. |
|
|
|
|
|
|
|
tanya kurex semua tempat tattoo heols boleh ilangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Erm. Previous seploh kali pun iklas iklas iklas |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia nampak lain sangat... macam glen sikit2.. or marcell.. iras2 la.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 20-4-2021 04:22 PM
Nak sponser lettewww
Hahaha...bila meols baca pun terpikir yg sama hahaha..mahal nak buang tatoo nie..kalau warna warni lagik sukar...tak mungkin Bella atau kawan2 dia takde contact klinik yg bagus di kl |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dah berjambang ni nampak cam zain ruffedge versi kurus and muda |
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 20-4-2021 09:18 PM
Hahaha...bila meols baca pun terpikir yg sama hahaha..mahal nak buang tatoo nie..kalau warna warni ...
Khen...
Sebab guna laser
Iols tengok omputih buat tu..ngeri.plak.iols rasa..
Sebab bunyi cam.letup.letup gitu |
|
|
|
|
|
|
|
see iols dah kata kan...
lelaki boleh berubah dik...
kecuali shuk dan tauke jambu...
yang tu kalau dia kata nak berubah pun jangan uols percaya sesekali pun...
mungkin nak bawak keluar produk baru la tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|