CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Komitmen Punca Noh & Geng Hujan Renggang

14-11-2013 01:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4004| Komen: 14

Description: Sementara Itu, Jelas Noh, Penglibatannya Bersama Dalam Kumpulan Da Vagabonds Adalah Sebagai Projek Sampingan Semata-Mata Dan Tidak Menjejaskan Perjalanan Kumpulan Hujan.


PETALING JAYA: Vokalis Kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh mengakui komitmen terhadap keluarga dan studio rakaman yang baharu dibuka agak membatasi aktivitinya bersama kumpulan tersebut.


Noh, 29, berkata, namun perkara tersebut tidak mengganggu perjalanan kumpulan tersebut terutamanya dalam persiapan mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 2 Disember depan.


"Aktiviti Hujan agak kurang kerana kami masing-masing ada komitmen sendiri. Macam saya sudah berkeluarga dan baru buka sebuah studio. Memang agak sibuk sedikit.

"Begitu juga yang lain-lain ada projek sendiri, namun kami masih lagi bersama lebih-lebih lagi untuk konsert di DFP dan tumpuan kepada album kompilasi Hujan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online.


Noh berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan anggota kumpulan tersebut tidak sehaluan dan akan berpecah.

Sementara itu, jelas Noh, penglibatannya bersama dalam kumpulan Da Vagabonds adalah sebagai projek sampingan semata-mata dan tidak menjejaskan perjalanan kumpulan Hujan.


"Kami masing-masing ada projek kumpulan lain namun ia bukanlah keutamaan, bukan saya sahaja, malah AG Coco dan Izat juga ada komitmen dan kumpulan mereka sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh berkata peluang mengadakan konsert di DFP merupakan satu penghargaan buat Hujan sebagai artis berkumpulan pertama yang akan beraksi di pentas tersebut.

"Kami mohon untuk buat konsert di sana sejak 2011 lagi tapi baru sekarang dapat dan ia merupakan satu peluang yang akan kami gunakan sebaik mungkin.

"Hujan merupakan kumpulan pertama yang dibawa ke pentas DFP itu dan saya rasa sangat berbangga," ujarnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dadadi 13-11-2013 08:10 AM
aku x minat sgt pun hujan ni....
Quote ais_kosong 13-11-2013 08:36 AM
saya juga xberminat ngan hujan nih..
Quote tomet05 13-11-2013 08:44 AM
gogo noh hujn
Quote shysari 13-11-2013 08:22 PM
Suka tengok noh n isteri semakin lama beralih kearah kebaikan dan keagamaan ...
Quote mitnick 13-11-2013 08:40 PM
nk buat camne, msg2 ade komitmen sndri...
Quote adelea 13-11-2013 08:54 PM
shysari posted on 13-11-2013 08:22 PM
Suka tengok noh n isteri semakin lama beralih kearah kebaikan dan keagamaan ...

One of my brother ada band .... and dia slalu la gi buat show and jumpa band2 underground ... and hujan pon dia penah jumpa

dia kata... noh ni dr dulu mmg bagus org nya.... mulut dia mmg laju sikit ... tapi takkan teragak2 nak buang team dia yang tak solat....

si aizat tu jadi makin bagus sejak kawan ngan noh ni la...

bapak dia keje mnc company and ada side bisnes kat sarawak... kawan2 bapak dia yg kenal noh ni .. mmg syg kat dia ... busak baik dia ni..
Quote nekjah 13-11-2013 09:50 PM
adelea posted on 13-11-2013 08:54 PM
One of my brother ada band .... and dia slalu la gi buat show and jumpa band2 underground ... and  ...

kalo betul bagus la. cume molot die je kurg insurance sket...awak busuk..awak busuk..
Quote Kassim_Patalon 13-11-2013 09:53 PM
saya pun tak minat hujan ni
Quote apan 13-11-2013 09:57 PM
Adalah tu......mungkin dia berubah secara perlahan2 ke arah islamik
Quote caprut 14-11-2013 12:18 AM
tringt zman dlu2
Quote blythes 14-11-2013 01:24 AM
adelea posted on 13-11-2013 08:54 PM
One of my brother ada band .... and dia slalu la gi buat show and jumpa band2 underground ... and  ...

sukanya dengar cerita cani
Quote anash 14-11-2013 03:06 AM
ingt lg masa izat ni baru2 masuk hujan..

ya allah pening dok main musik kuat nk mamps..

naik bising 1 tmn perumahan tu

dr ptg smpi mlm xhengat maghrib ke ape...

Quote adelea 14-11-2013 07:13 AM
nekjah posted on 13-11-2013 09:50 PM
kalo betul bagus la. cume molot die je kurg insurance sket...awak busuk..awak busuk..

Hahaha...kan dah ckp mulut dia mmg laju sikit... tapi mmg patut pon budak tu kena ... kot2 dia mmg busuk... hahaha

noh tak suka pompuam gedik ...
Quote mrsLucky 14-11-2013 07:29 AM
Sorry ler sebut hujan...i kenal Noh jer..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.287447 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top