CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhammad Sajjad Dipercayai Bersembunyi Di Thailand

6-4-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9408| Komen: 55

Description: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.


Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa, Sajat kini sedang bersembunyi di Thailand.


Foto:IG

Ditanya bagaimana dia lolos ke negara jiran itu, sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkannya.

Menjadi persoalan sama ada Sajat menggunakan laluan tikus untuk keluar dari Malaysia ke Thailand ataupun dia menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan bahawa Sajat kini sedang berada di negara jiran namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.

"Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah berkongsi maklumat berkaitan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat yang didakwa berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan mendedahkannya kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Muhammad Sajjad mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 6-4-2021 11:52 AM
wahhh.. abam jat hebat la...
dah kat oversea... boleh la flight ke lebonan kann jumpa husband gitu....
hihihi...
Quote CiliPadiSedap 6-4-2021 12:18 PM
no wonder jho low boleh tukar jadi beruang
Quote Jemahjemah 6-4-2021 12:34 PM
Kahkah. Dah agak dah. Kalau x xkan la xjumpe jumpe mamat selenge ni
Quote diss69 6-4-2021 12:40 PM
Pelik jugak cmna sajad boleh terlepas.. Kita nk rentas negeri bnyk kena soal jawap..
Quote ultra78 6-4-2021 12:42 PM
Pergi nak operate ke?
Quote renko 6-4-2021 12:43 PM
habis lah imi nk menjawab
hahahahaha
Quote Decaffeinated 6-4-2021 12:45 PM
diss69 replied at 6-4-2021 12:40 PM
Pelik jugak cmna sajad boleh terlepas.. Kita nk rentas negeri bnyk kena soal jawap..

Tu namanya cerdik. Patutlah dia millionaire.
Quote tompie 6-4-2021 12:52 PM
lama mana nak menyorok? bisnes dia ni sekarang still masyuk ke?
lama2 nanti still balik Malaysia dan menyerah, cepat atau lambat aje.
Teringat dulu masa lepas BN kalah Abam Jamal Jamban lari ke Yindon kan. pastu last2 balik gak.

Banyak mana duit pun lama2 jadik sikit, lagi lah hidup di perantauan, lainlah kalau ada sponsor.

Baliklah Bam Jat.. polis pun dah pujuk cara baik tu.
Ke Bam Jat nak mintak suaka politik mcm geng2 LGBT pergi ke negara Scandinavia? mereput la diorang kat sana.
Quote namieamuro 6-4-2021 12:53 PM
pakai alasan kerje ke tu
Quote fifie_olin 6-4-2021 12:56 PM
nak repair pe lagi tu
Quote aHoi83 6-4-2021 01:03 PM
Mudahkan lolos diri masuk n keluar malaysia. Tak malu betol badan berwajib
Quote Belibis 6-4-2021 01:03 PM
Pulis saja buat ayat macam tu,biar sajat rasa happy..jap lagi berangkut la..SB punya cara bukan macam drama gerak khas.
Quote ellejo 6-4-2021 01:20 PM
ada pas sempadan kaler biru tu ke heshe ni?
Quote Azharitubunga 6-4-2021 01:42 PM
Joo lok dah bermutasi jadi beruang
Bam jat mutasi jadi ape? Buaya?
Quote cicicumel 6-4-2021 01:44 PM
She pemegang kerakyatan 2 negara
Quote lavendernovella 6-4-2021 02:26 PM
Eloklah duduk sana terus permenantly. Sangat dialu-alukan.
Quote fido_dido 6-4-2021 02:36 PM
anak2 dia angkut sekali ke?
Quote sapeka 6-4-2021 02:38 PM
Dok thai la senang jad
Ramai geng kat situ
Quote Unagi 6-4-2021 03:35 PM
hebat....sajad memang hebat...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060878 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top