CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Soto 30 Sen Je, Kalau Nak Isi Tambahan Bayar Dengan Doa

6-4-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2042| Komen: 4

Description: Tular gerai soto di Dusun Boloh, Jawa Tengah selepas menjual hidangan itu dengan harga 1,000 rupiah (30sen) semangkuk.
Tular gerai soto di Dusun Boloh, Jawa Tengah selepas menjual hidangan itu dengan harga 1,000 rupiah (30sen) semangkuk.

Sudahlah murah, diberi pula teh ais percuma.

Pemiliknya, Sri Wahyuni seperti dilaporkan TribunNews berbuat demikian sebagai sedekah kepada pelanggan yang datang.



Kredit foto: Kompas

“Saya niat ingin bersedekah, dahulu saya sering sedekahkan hidangan ini di masjid.

“Sekarang, sudah ada gerai jadi saya mulakan jualan soto 30 sen,” katanya kepada Kompas TV seperti dipetik Kosmo.

Dia yang mesra disapa Yuni berkata, gerai sotonya sering dipenuhi pelanggan walaupun baru saja dibuka sebulan lalu.

Yuni juga bermurah hati memberi isian tambahan sehingga lima mangkuk seorang dengan harga sama pada setiap pelanggannya yang berkunjung pada hari Jumaat.

Syaratnya, mereka perlu makan di kedainya itu.


“Bayaran bagi isian tambahan adalah doa-doa yang ikhlas,” ujarnya.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-4-2021 11:31 AM
Baru dibuka sebulan lalu.
Kita tgklah brp lama bertahan. Dgn pe'rl caprut Yindon2 sana. Di belasah nya makan situ sepanjang hayat
Quote CiliPadiSedap 6-4-2021 12:21 PM
ni bukan bisnes ni badan kebajikan.

bisnes yang betul mampu untung konsisten dan mampu besarkan bisnes.

tengok donut viral muallaf kalau xsilap kaka, jual murah2, sekadar viral sahaja. esok lusa orang lupakan tetap pergi ke dunkin donut or bakeri.

semua orang boleh jual murah tapi tak semua orang boleh marketing dan jual produk pada harga premium. bila jual harga premium bisnes kekal hidup cashflow hidup.

tengok kt shopee fikir dia murah sekali datang supplier china jual lg murah ternganga player shopee
Quote Artemesiaa 6-4-2021 01:00 PM
Pandai buat promosi gerai.  Bila pelanggan dah  biasa makan disitu pasti dia akan dapat pelanggan berulang.
Quote Belibis 6-4-2021 01:08 PM
Artemesiaa: Pandai buat promosi gerai.  Bila pelanggan dah  biasa makan disitu pasti dia akan dapat pelanggan berulang.

Bila dah mula dengan harga murah,dah payah nak naikkan harga.nanti pelanggan lari.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.052446 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top