CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Saya Rasa Tercabar – Kamal Adli

12-11-2013 04:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16621| Komen: 104

Description: Perkahwinan Fizo Ni Lebih Kurang Macam Panggilanlah Untuk Saya. Saya Sebenarnya Tercabar Tengok Dia Kahwin Dulu. Insya-Allah Kalau Ada Rezeki, Saya Juga Akan Berkahwin. Tapi Bukan Dalam Masa Terdekat ...


Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Kamal Adli dan Fizo Omar sememangnya sudah lama berkawan rapat sejak mereka mula menceburkan diri di dalam industri hiburan ini.

Justeru apabila Fizo mendirikan rumahtangga pada hari Ahad lepas, Kamal sedikit sebanyak rasa tercabar dengan keputusan kawan baiknya itu.

Walaupun Kamal terlebih dahulu menyulam cinta dengan kekasihnya, Intan Ladyana, tetapi Fizo lebih pantas membuat keputusan untuk berkahwin meskipun baru sahaja mengenali gadis pilihan hatinya.

Bagaimanapun, aktor terkenal ini turut menyimpan hasrat untuk berkahwin selewat-lewatnya dua tahun dari sekarang.

Perkahwinan Fizo ni lebih kurang macam panggilanlah untuk saya. Saya sebenarnya tercabar tengok dia kahwin dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Tapi bukan dalam masa terdekat ni.

Menurut Kamal, dia kini sedang bekerja keras untuk memberi kehidupan yang selesa buat Intan apabila mereka sudah berkahwin nanti.

Saya sebenarnya beri diri saya masa dua tahun untuk mempersiapkan diri dan melengkapkan apa yang sepatutnya sebelum menjadi seorang suami. Saya baru 27 tahun dan saya faham usia Intan yang lebih tua adakalanya membuatkan orang menyuruh kami mempercepatkan perkahwinan. Tapi bagi saya usia tak penting, sebaliknya persediaan untuk menjadi isteri dan suami itu yang sepatutnya diambil kira.

Dalam masa yang sama, Kamal turut mengucapkan tahniah kepada Fizo dan berharap semoga Mawar dapat menjaga suaminya itu sebaik mungkin.



Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 12-11-2013 11:14 AM
intan ni napela gi break dgn kevin dulu kan...sayang sgt
Quote Kassim_Patalon 12-11-2013 11:15 AM
bebird kamal adli apa cerita? ori tak ori? kecil? besar? teruna?
Quote ais_kosong 12-11-2013 11:18 AM
Kassim_Patalon posted on 12-11-2013 11:15 AM
bebird kamal adli apa cerita? ori tak ori? kecil? besar? teruna?

hang nih..


Quote vv2005 12-11-2013 11:19 AM
SUKA KAMAL ADLI..lepas FAHRIN AHMAD

Quote AshkieLa 12-11-2013 11:24 AM
ntah kenapa cuma bagi mata aku.. dia ni nampak mcm kusut atau dengan kata lain macam tak mandi walaupun pakai ape2 pakaian formal yg kalo org lain pakai nmpak fresh n smart... oppss
Quote syafiq79 12-11-2013 11:26 AM
Kawn je kamal...tgu apa lg..suit dh ada...calin. Pun dh ada...apa lg yg nk ditggu..tkt nk pikul tggjawab sbg somi ke....
Quote Kassim_Patalon 12-11-2013 11:27 AM
ais_kosong posted on 12-11-2013 11:18 AM
hang nih..

sekarang ni musim bebird kak
Quote tapibukanaku 12-11-2013 11:28 AM
berusjamban posted on 12-11-2013 11:14 AM
intan ni napela gi break dgn kevin dulu kan...sayang sgt

dulu masa keluar gusip kamal dan intan. cam pelik gak. sbb intan kan urban gitu
tetiba taste pada kamal
Quote ais_kosong 12-11-2013 11:30 AM
Kassim_Patalon posted on 12-11-2013 11:27 AM
sekarang ni musim bebird kak

bebird pun bermusim noh
Quote nekjah 12-11-2013 11:32 AM
Kassim_Patalon posted on 12-11-2013 11:15 AM
bebird kamal adli apa cerita? ori tak ori? kecil? besar? teruna?
sape2 nak buat pengakuan ke pe baik ckp skg
t org dh kawen sebok lak kuarkn cite bebird..



Last edited by nekjah on 12-11-2013 11:38 AM

Quote azman888 12-11-2013 11:36 AM
bebird kamal ok... asli punya ala2 hitam daki gitew..... hehehhehe
Quote prettyuglybabe 12-11-2013 11:46 AM
kesian intan. sabar betul menunggu
Quote cikatilia 12-11-2013 11:46 AM
tercabar tengok dia kahwin dulu.


mcm bodo jew
mcm bodo jew
Quote nuryakmal 12-11-2013 11:47 AM
perlula kan cakap saya faham usia Intan yang lebih tua adakalanya membuatkan orang menyuruh kami mempercepatkan perkahwinan.
Quote lepapilon 12-11-2013 11:50 AM
Kassim_Patalon posted on 12-11-2013 11:27 AM
sekarang ni musim bebird kak

kassim ni yg dlu slalu spam pic farhan abby kan3? multinick ek sama je gaya
Quote nurfariezza 12-11-2013 11:52 AM
ais_kosong posted on 12-11-2013 11:30 AM
bebird pun bermusim noh

tahun ni tahun bebird je....



Quote ais_kosong 12-11-2013 11:54 AM
nurfariezza posted on 12-11-2013 11:52 AM
tahun ni tahun bebird je....

nanti leh buka benang senarai bebird 2013 khen
Quote annezghaff 12-11-2013 11:55 AM
intan macam iolls. i feel what u feel intan ..
Quote nurfariezza 12-11-2013 11:56 AM
ais_kosong posted on 12-11-2013 11:54 AM
nanti leh buka benang senarai bebird 2013 khen

kan...tp i t'tgu2 plak psl bebird fahrin ahmad...xde ke?

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059499 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top