CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 10 Tahun Ditembak Senjata Renjat 50,000 Voltan

10-3-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2143| Komen: 7

Description: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikatakan menjadi individu termuda di Britain ditembak senjata renjat oleh pihak polis baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikatakan menjadi individu termuda di Britain ditembak senjata renjat oleh pihak polis baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.

Menurut laporan, pegawai polis merenjat kanak-kanak itu dengan 50,000 voltan elektrik menggunakan senjata renjat di rumahnya sendiri.



Kredit foto: PA:Press Association

Pihak berkuasa terdahulu tiba di kediamannya selepas menerima laporan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut sedang mengancam keselamatan ibunya menggunakan pemotong dahan dan penukul.

Satu sumber berkata: “Pihak polis berhadapan dengan kanak-kanak yang memegang senjata dan berada dalam keadaan gelisah.

“Seorang anggota polis menjerit kepada kanak-kanak itu agar meletakkan senjata dan apabila ia tidak dipatuhi, dia direnjat,” katanya.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Aduan telah dilakukan berkenaan insiden tersebut dan ia kini sedang disiasat pihak berkuasa. 


Sumber: Kosmo

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-3-2021 11:54 AM
Selayaknyalah, mesti tak pernah kena lepuk budak tu, kalau iols mak budak tu, iols rampas pistol tu dari polis tu dan tembak sekali lagi.
Quote Zaien 10-3-2021 12:36 PM
aiyo budak 10tahun??
Quote rajamoney 10-3-2021 12:40 PM
[youtube]3SSzuDZ58z0[/youtube]
Quote taji2906 10-3-2021 12:44 PM
dudaberhias replied at 10-3-2021 11:54 AM
Selayaknyalah, mesti tak pernah kena lepuk budak tu, kalau iols mak budak tu, iols rampas pistol tu  ...

hhahhaha.. ni lawak. libas dengan hanger lepas budak tu da sedar balik.
Quote Artemesiaa 10-3-2021 12:45 PM
Dalam situasi kecemasan pihak berkuasa kena bertindak pantas untuk elak kemalangan.  Budak umur 10 tahun kat sana selalunya agak besar saiz badannya ala budak remaja kadang.  Bukan macam saiz budak 10 tahun disini.
Quote Carcosa 10-3-2021 01:05 PM
dudaberhias replied at 10-3-2021 11:54 AM
Selayaknyalah, mesti tak pernah kena lepuk budak tu, kalau iols mak budak tu, iols rampas pistol tu  ...

Kehkeh tersembur Teh C Kluang Station meols
Quote arm_band 10-3-2021 01:18 PM
dudaberhias replied at 10-3-2021 11:54 AM
Selayaknyalah, mesti tak pernah kena lepuk budak tu, kalau iols mak budak tu, iols rampas pistol tu  ...

kan... western parenting tak marah2 anak. tapi bila anak out of control pandai pula nak panggil polis. dah tu bila kena tazer ngan polis tu pun kecoh lagi. menyusahkan orang tak habis2... dapat kat mak bapak asia, sekejap je settle

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.403759 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top