View: 1371|Reply: 7
|
Budak 10 Tahun Ditembak Senjata Renjat 50,000 Voltan
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikatakan menjadi individu termuda di Britain ditembak senjata renjat oleh pihak polis baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.
Menurut laporan, pegawai polis merenjat kanak-kanak itu dengan 50,000 voltan elektrik menggunakan senjata renjat di rumahnya sendiri.
Kredit foto: PA ress Association
Pihak berkuasa terdahulu tiba di kediamannya selepas menerima laporan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut sedang mengancam keselamatan ibunya menggunakan pemotong dahan dan penukul.
Satu sumber berkata: “Pihak polis berhadapan dengan kanak-kanak yang memegang senjata dan berada dalam keadaan gelisah.
“Seorang anggota polis menjerit kepada kanak-kanak itu agar meletakkan senjata dan apabila ia tidak dipatuhi, dia direnjat,” katanya.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Aduan telah dilakukan berkenaan insiden tersebut dan ia kini sedang disiasat pihak berkuasa.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah, mesti tak pernah kena lepuk budak tu, kalau iols mak budak tu, iols rampas pistol tu dari polis tu dan tembak sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]3SSzuDZ58z0[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
hhahhaha.. ni lawak. libas dengan hanger lepas budak tu da sedar balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam situasi kecemasan pihak berkuasa kena bertindak pantas untuk elak kemalangan. Budak umur 10 tahun kat sana selalunya agak besar saiz badannya ala budak remaja kadang. Bukan macam saiz budak 10 tahun disini. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 10-3-2021 11:54 AM
Selayaknyalah, mesti tak pernah kena lepuk budak tu, kalau iols mak budak tu, iols rampas pistol tu ...
Kehkeh tersembur Teh C Kluang Station meols |
|
|
|
|
|
|
|
kan... western parenting tak marah2 anak. tapi bila anak out of control pandai pula nak panggil polis. dah tu bila kena tazer ngan polis tu pun kecoh lagi. menyusahkan orang tak habis2... dapat kat mak bapak asia, sekejap je settle
|
|
|
|
|
|
|
| |
|