CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Azura Kongsi Gambar Bersama Anak, Ramai Kata Muka Sama

6-3-2021 01:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13120| Komen: 62|Original author: piao

Description: Raja Azura Kongsi Gambar Bersama Anak, Ramai Kata Muka Sama Perkongsian terbaru di laman Instagram YM Raja Azura atau lebih mesra Kak Engku bersama anak perempuannya, Engku Puteri Mia Maizura y ...



Perkongsian terbaru di laman Instagram YM Raja Azura atau lebih mesra Kak Engku bersama anak perempuannya, Engku Puteri Mia Maizura yang lebih dikenali dengan panggilan Mia telah mendapat perhatian warganet. Ciapan berbunyi bertanyaan sama ada muka dirinya dan anak sama atau tidak dihujani komen dari beberapa orang selebriti dan warganet yang menyatakan muka dua beranak itu sama.





Bak kata pepatah, mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi betul tak? Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat perkongsian gambar Kak Engku bersama Mia. Copy paste bak kata omputih.. Kalau dilihat sekali pandang teringat zaman Kak Engku muda-muda dulu. Manis sahaja!


Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberi pendapat bahawa muka mereka berdua hampir sama lebih lagi di bahagian mata dan bibir kerana bentuk mata dan bibir mereka seakan sama. Di ruangan komen juga turut dihujani pujian kepada Kak Engku yang dilihat kekal awet muda ketika bergambar dengan anaknya yang berusia … tahun itu. Siap ada yang meminta petua dan rahsia kekal awet muda ya!

Sebelum ini, Kak Engku ada membuat satu perkongsian lagi mengenai anak bongsunya, Mia yang sebenarnya sudah mula ikuti jejak Kak Engku dan sekarang Mia sedang belajar di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur. Wah! Bukan sahaja muka seakan sama malah Mia juga berjiwa seni seperti ibunya.


Terdahulu, Kak Engku pernah berkongsi bahawa dia sangat mengambil berat tentang kesihatan diri walaupun sudah berusia dan memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim, dan Puteri Mia Maizurah. Difahamkan kini Kak Engku telah menjadikan bidang seni hanya sebagai hobi kerana sekarang beliau hanya mahu memberikan fokus lebih kepada keluarganya.


Sumber: Instagram Kak Engku


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote woven11 4-3-2021 12:09 AM
Sebijik sejebon ikut muka omakk
Quote dudaberhias 4-3-2021 12:12 AM
sama macam muka mak... cantik pun ok cantik juga...
sape tag kak engku bagitahu suruh keluar dari masked singer season 2 sebagai juri dapat 10k...
tc applices gitturwhhh....
Quote babynina30 4-3-2021 12:57 AM
Nape dia pakai YM kt ig?
Keturunan mana ni?
Mmg boleh pakai?
Quote VespaSilbe 4-3-2021 02:00 AM
Aku nampak muka exMB Kedah
Quote lembumanis 4-3-2021 02:29 AM
pastu kalau sama pun kiteorg nak kena gelabah teks ke? aduh thread apo
Quote Perawankota 4-3-2021 04:09 AM
Rahsia awet muda? Duit kena Banyak la
Quote SalenaGomez 4-3-2021 06:56 AM
babynina30 replied at 4-3-2021 12:57 AM
Nape dia pakai YM kt ig?
Keturunan mana ni?
Mmg boleh pakai?

Selangor n perak kalau x silap...but mmg kerabat
Quote Redmyvi 4-3-2021 07:39 AM
muka masa muda2 dulu sgt.. cara senyum tu dan pipi tembam sikit2
Quote TomyamPuteh 4-3-2021 07:53 AM
Mmg sebijik tp emaknya lg cantik. Dlu dan skrg
Quote Lengkong 4-3-2021 08:02 AM
Muka sama sangat

Quote pcr13 4-3-2021 08:48 AM
SalenaGomez replied at 4-3-2021 06:56 AM
Selangor n perak kalau x silap...but mmg kerabat

Betul.. mmg kerabat
Quote juruterra 4-3-2021 09:09 AM
sejibik muka mak & apaknya
Quote Boomibulat 4-3-2021 09:11 AM
Kalau muka x sama baru jd berita...contoh muka mcm bekas jiran sebelah ke..contoh je..
Quote nanasno 4-3-2021 09:21 AM
sebijiii muka mak nya. cantik anak kak engku.
Quote BoongaKertas 4-3-2021 09:22 AM
ala serius lah komen iras aydajebat tu?
Quote tick 4-3-2021 09:25 AM
anak beranak cantikkkk....
Quote nowhite 4-3-2021 09:38 AM
Copy paste mak sangat ni
Quote stania83 4-3-2021 09:43 AM
Raja azura ni cantik disebabkan dia loud orang tak perasan kecantikan dia
Quote rajamoney 4-3-2021 10:34 AM
bdk ni la yg kamera fokus masa mak dia disingkirkan ramli ms dari gv

comel bdk ni

esk2 jadi heroin drama astro la

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.147899 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top