CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ini Anak Yang Dihasilkan Semasa PKP," -Mathni Razak Bakal Timang Anak Lagi

5-3-2021 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8477| Komen: 39

Description: Pelakon kacukan Melayu-Arab, Mathni Razak, 32, bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua apabila isteri, Azrin Zulkepli kini hamil tujuh bulan.
Pelakon kacukan Melayu-Arab, Mathni Razak, 32, bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua apabila isteri, Azrin Zulkepli kini hamil tujuh bulan.

Berita gembira itu dikongsi pelakon drama Nur itu menerusi laman Instagram (IG), kelmarin.

Mathni berkata, isterinya dijangka melahirkan cahaya mata perempuan pada Mei depan.


Foto: IG

"Saya akui, ini adalah anak yang dihasilkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ketika melakukan proses imbasan sebanyak dua kali memang nampak jantina perempuan. Alhamdulillah, cukup sepasang cahaya mata kami.

"Anak sulung, Abd Mateen Arjuna sudah berusia lima tahun. Sudah masanya Abd Mateen mempunyai adik untuk menemaninya," katanya kepada BH Online.




Pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Jin Notti pada 2009 itu berkata, dia dan isteri mulanya merancang untuk menambah zuriat selepas anak pertama masuk sekolah.

"Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan. Ada hikmah juga duduk di rumah, Allah beri rezeki anak kedua lebih awal.

"Saya dan isteri menerimanya dengan hati yang terbuka. Semoga anak PKP ini akan terus mengikat kasih sayang antara kami sekeluarga dan dikurniakan rezeki melimpah-ruah," katanya.

Dalam perkembangan lain, pengusaha perniagaan keropok lekor itu juga terus dilimpahi rezeki dengan tawaran berlakon.


"Saya percaya rezeki anak. Saya baru sahaja menyelesaikan penggambaran drama Madam E Wallet untuk TV3. Ini bersambung pula penggambaran drama Dear Cinta arahan Kyoll Hamzah," katanya.

Mathni dan Azrin mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 5-3-2021 01:56 PM
Whoaryussss cam banggali jual roti ni???
Quote miracle_forever 5-3-2021 02:01 PM
euwwwwww perlu ke mention anak pkp? btw who are yous sgt heols ni
Quote lanse 5-3-2021 02:06 PM
Ingat ingat lupa dia ni.
Quote cruz2 5-3-2021 02:09 PM
Dia berlakon cite Nur jd doktor suka kat kwn dia si lailer jekfer tunang ustaz adam gituh i tak ingat nama watak
And 1 lg yg iols ingat dia jugak berlakon iklan nk tampar bini.si bini tu now bini footballer jdt pon ada berlakon dlm Nur jd cucu makcik merry merangkap crush adik ustaz adam
Quote limau_lemon 5-3-2021 02:11 PM
Awat tak bgthu exact date terus bila time buat anak tu
Quote babynina30 5-3-2021 02:34 PM
Whoryus gila tak kenalll
Quote shaiy 5-3-2021 02:36 PM
perlu ke nk bgtau anak pkp? berlakon pun samar2 je muka kau..
Quote nowhite 5-3-2021 02:37 PM
Mmg setiap artis yg dapat baby time covid ni kena bagitau baby dihasilkan time pkp ka..aku yg baca pulak rasa malu
Quote mieymiey 5-3-2021 02:42 PM
Yerrrrrr weolls tau masa pkp chuols takder job, so chuols menghabiskan masa dengan berjimak kan??
Quote missbigrockstar 5-3-2021 02:43 PM
cruz2 replied at 5-3-2021 02:09 PM
Dia berlakon cite Nur jd doktor suka kat kwn dia si lailer jekfer tunang ustaz adam gituh i tak inga ...

Iklan tagline Pertahankan hak kita!
Quote tikusmontok 5-3-2021 02:43 PM
nak kena bagitau satu donia ka masa bila ko mengawan?? baidewei who ar yusss???
Quote AshkieLa 5-3-2021 02:44 PM
bangga plak nak bgtau org ko berjimak time pkp then lekat sampai jadi segumpal darah...
yihhhhhhhh
Quote jlo 5-3-2021 02:47 PM
sengal betui ayat dia
Quote exclusive_vvip 5-3-2021 05:51 PM
Baca komen2 forumers, lega sikit rasa.. sbb selama ni i rasa geli bila orang dok sebut baby PKP.. ingatkn i je yg rasa geli geleman..takyah la sebut baby/anak PKP..org tau la bila conceive..bukannya org x reti maths..lgpun dah nk masuk setahun PKP..setakat 6-7 months pregnant, mmg kat malaysia ni dok PKP pun..x kira la PKP ke PKPB ke PKPP ke...#donebebel
Quote FY08 5-3-2021 06:53 PM
Pelik btul.. org nak tau ke anak pkp..ka apa..xda org nk tau pun.. lain kali tulis novel trus proses2 tu...
Quote kiah_mai_pulak 5-3-2021 07:06 PM
dari sini dh bau busuk tgk gmbar ni... yekkkkk
Quote makcun14 5-3-2021 07:32 PM
Dah la kepam , bertan tan tambah kepam bila dia sebut baby pkp.
Macam dia je la laki bini kata malaysia ni yang tau berjimak
Pasangan lain tak reti
Quote slyfynx 5-3-2021 09:30 PM
Who TF are you?
Ko kene cite ke ko kongkek x pakai sarung mase PKP ni
Quote samshik 5-3-2021 10:22 PM
Another HIMbo... Sekian.. Asal dah makin banyak retis bile bukak molot terus terpancor aura kurang pandai ek?? ... Tu xkire lagi yg terkinja2 menari kat tiktok.. Choii

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060098 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top