Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberi pendapat bahawa muka mereka berdua hampir sama lebih lagi di bahagian mata dan bibir kerana bentuk mata dan bibir mereka seakan sama. Di ruangan komen juga turut dihujani pujian kepada Kak Engku yang dilihat kekal awet muda ketika bergambar dengan anaknya yang berusia … tahun itu. Siap ada yang meminta petua dan rahsia kekal awet muda ya!
Sebelum ini, Kak Engku ada membuat satu perkongsian lagi mengenai anak bongsunya, Mia yang sebenarnya sudah mula ikuti jejak Kak Engku dan sekarang Mia sedang belajar di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur. Wah! Bukan sahaja muka seakan sama malah Mia juga berjiwa seni seperti ibunya.
Terdahulu, Kak Engku pernah berkongsi bahawa dia sangat mengambil berat tentang kesihatan diri walaupun sudah berusia dan memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim, dan Puteri Mia Maizurah. Difahamkan kini Kak Engku telah menjadikan bidang seni hanya sebagai hobi kerana sekarang beliau hanya mahu memberikan fokus lebih kepada keluarganya.
Sumber: Instagram Kak Engku