CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Sidang Dewan Rakyat 8 Mac ini - Timbalan Speaker Dewan Rakyat

1-3-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1604| Komen: 2

Description: Kuala Lumpur: Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 8 Mac ini seperti yang tertera di dalam takwim di laman web Parlimen Malaysia.



Kuala Lumpur: Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 8 Mac ini seperti yang tertera di dalam takwim di laman web Parlimen Malaysia.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, tarikh berkenaan berdasarkan takwim asal, sebelum ini.

Katanya, ia tidak akan berkuat kuasa sebaik Seksyen 12 (1) Ordinan Darurat 2021 dikuatkuasakan.

"Jika mahu parlimen dipanggil, ia perlu mengikut Seksyen 12(1)(b) iaitu Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog (gantung), bubar dan panggil parlimen pada tarikh difikirkan perlu oleh Seri Paduka Baginda.

"Maka suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi prorog dan memanggil Parlimen Penggal Keempat," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.


Beliau berkata, notis daripada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) kepada ahli parlimen juga perlu dikemukakan dalam tempoh 28 hari.

Pada Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik berkata, perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Beliau berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izwan_izi 1-3-2021 08:51 AM
Meroyan lagi laaaa YB-YB sekalian sebab tak boleh nak hangout di parlimen sambil selfie berhashtag "menjalankan tugas untuk demi kebajikan rakyat"...
Quote Normabaru 1-3-2021 09:10 AM
Bestnya lahai.. Jadi wakil rakyat time darurat ni.. Keje sikit gaji jalan.
Untung btol.pfffttt

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.270508 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top