CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lori Barang Dah Tak Penuh, Mampukah Kurier Ini Dapat Balik Kepercayaan Pengguna?

16-2-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14116| Komen: 112

Description: Baru-baru ini kecoh apabila pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang mogok serta membaling parcel pembelian secara online di tempat pengumpulan syarikat tersebut.
Baru-baru ini kecoh apabila pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang mogok serta membaling parcel pembelian secara online di tempat pengumpulan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pekerja-pekerja terlibat sudah pun memohon maaf dan difahamkan tindakan itu berlaku berpunca daripada peningkatan beban kerja dan pemberian bonus.

Selepas kejadian itu, seorang pengguna TikTok yang juga pekerja J&T berkongsikan keadaan sekarang dimana barangan yang dihantar oleh pelanggan sudah berkurang.


Foto: Gulapop

Menurutnya, jika sebelum ini dia menghantar 100 hingga 150 barangan sehari sehingga penuh satu lori, kini hanya 20 hingga 30 barangan sahaja. Pemuda itu turut meminta mendoakan untuk J&T Ekspress dan keadaan akan pulih seperti sediakala.


Melihatkan situasi tersebut, mampukah syarikat kurier berkenaan dapat mengembalikan kepercayaan pengguna?

Diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan mengatakan patutlah barangan mereka cepat sahaja sampai, rupanya J&T sudah kurang pelanggan.




Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kasihan disebabkan beberapa orang pekerja terlibat dengan kejadian itu, ramai penghantar lain menjadi mangsa.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka tidak lagi percaya dengan J&T berikutan kejadian yang berlaku dan lebih sanggup menggunakan kurier lain meskipun barangan akan lambat tiba tetapi selamat. -CARI

Sumber: Gulapop
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 16-2-2021 01:37 AM
alahh.. nnt buat balik campak brg customer
Quote tumpanglalu74 16-2-2021 01:46 AM
Aku sapot je J&T.  

Now ni usah salahkan kulibatak.  Management la yang fail tempohari.  Cube korang pulak rase bos korang tetibe nak potong gaji korang banyak2.  Boleh sabor ke?
Quote supernaturalee 16-2-2021 01:47 AM
Tu lh
Campak lg


Tp mcm tweet ats tu
Org msia ni mdh lupa
Sok2 ok lh tu

Quote mosti 16-2-2021 01:49 AM
Drama je ni..tipu aar
Quote MissVixen 16-2-2021 02:17 AM
Kejap je ni. nanti banyak je balik
Quote matchstick 16-2-2021 02:19 AM
Aku still support j&t..dh try poslaju. Pos dari Kedah ke Selangor seminggu baru sampai hari ni. Sama sampai dgn barang aku order dari Hong Kong. Barang yg dihantar guna j&t hari Raya cina ritu dh sampai. Skrg barang kurang mgkn sbb shopee hantar mesej kt semua customer last week to avoid pilih j&t. Aku pun ikut la pesanan shopee tu kecuali 1 barang tu mmg seller tak bagi option selain j&t. Tup2 barang tu la yg sampai paling awal walaupun order paling last aku buat minggu lepas.
Skrg baucer free shipping rm15 dh abis tunggu bulan depan la pulak yer adik2 j&t
Quote notM 16-2-2021 02:38 AM
Pos laju pun sweet je abg delivery tu


Adik J&T pun baik

Tak tahu nak guna servis mana
Quote lattehazelnut 16-2-2021 04:03 AM
Huhu mcm serik sbb seminggu gak brg i nak sampai..
Quote freakazoid 16-2-2021 04:26 AM
ramai yg fedup pasal brg byk kena rembat bila smpi customer, parcel koyak / hilang. Sampai Shopee pun kasi info elakkan guna J&T ni. bukan psl kes mogok tu je yg buat org hilang trust.

Quote vespa_oren 16-2-2021 04:46 AM
tempat aku pos laju dri semenanjung ke sabah, belum sampai seminggu sampai depan rumah
J&T last choice untuk aku pilih
Quote dudaberhias 16-2-2021 04:47 AM
iols still guna servis jnt lepas berita tu pun kuang3..
cuma still iols tak puas hati rega pos jnt mahal kot untuk walk in customer... why perlu potong gaji staf2... kalau sebab shopee bagi murah sangat pos... tolong lah negotiate dengan shopee... ecommerce2 ni untung atas angin.. takkan tak boleh bertimbang rasa... dah la sekat rezeki2 peniaga tempatan dengan memperkenalkan peniaga china direct kilang yang boleh offer harga tahap untung sekadar 10 sen...
Quote alieyrina 16-2-2021 06:32 AM
Jnt tempat aku ok ja. Perasan lani kt shopee seller guna kurier lain dah
Quote umbut 16-2-2021 08:03 AM
Takpa... aku setia ngan jnt... so far xda problem.. brg dapat ok dan cepat... dari poslaju yg x laju pastu sibuk nak no ic nama bagai... koserrr.. just confirm nama dahlah.. tu aku punya baranggg
Quote Boomibulat 16-2-2021 08:46 AM
Sy sentiasa support JDT..
Quote genUmi 16-2-2021 08:50 AM
boikot kejap je


cth plg epik


mcD
Quote lil_honey 16-2-2021 08:51 AM
masa problem J&T hari tu memang brg aku stuck lama dekat hub. and dekat branch.
bila nak ambik sendiri, dia tak bagi, dia kata brg byk sgt nak p cari.
so buat masa ni aku opt ninja van dengan pos laju je la. sorry J&T. tunggu kerja2 uols mantol dulu, baru iols beli barang balik on9 guna J&T
Quote Suchi 16-2-2021 08:54 AM
Takda maknanya barang iols ada je lagi tak sampai ni.
Eloklaah tak byk supaya korang ada masa nak clearkan hat yg menimbun tu.

18hb ni start balik sale kat shopee utk 3.3 punya, haaa menimbun laa balik sampai la raya ni.
Nasihat iols sapa2 nak beli brg tuk kegunaan raya better beli je skrg sbb percayalaa jap lagi terkandas lagi laa parcel korang.
Quote Suchi 16-2-2021 08:56 AM
dudaberhias replied at 16-2-2021 04:47 AM
iols still guna servis jnt lepas berita tu pun kuang3..
cuma still iols tak puas hati rega pos jnt  ...

Walk in berapa ya harga? Iols dah tak igt berapa harga kos postage.
Iols ada byk brg nk letgo ni nampaknya kena beli plastik prabayar yg pos laju laa nampaknya.
Quote raihaneem 16-2-2021 08:58 AM
Poslaju....setakat ni laju ja..hihi..mgkin tgk kwsn.

Aritu hntr brg ke sepupu di kepala batas...pos 4.30 ptg ..esok tu sepupu ckp brg dah smpai...terkejut kot

Mgkin tgk kwsn la..n management cwgn tu


J&t jarang guna..selalu lazada ja..

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061990 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top