CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Dituduh Ambil Dadah - Joe Jonas

6-11-2013 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4842| Komen: 5

Description: People Melaporkan Salah Seorang Ahli Kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas Dikatakan Mengalami Masalah Penyalahgunaan Dadah.


PEOPLE melaporkan salah seorang ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas dikatakan mengalami masalah penyalahgunaan dadah.

Malah, teman wanitanya yang juga seorang model, Blanda Eggenschwiler turut terkena tempias akan dakwaan yang tidak munasabah itu.

Bagaimanapun, Joe, 24, tampil menafikan khabar angin tersebut. “Ia mengarut! Kami telah lama berdiam diri selama beberapa minggu dan kini saya dikatakan seorang penagih dadah.

“Semestinya khabar angin itu tidak betul. Saya tidak pernah menyentuh dadah sepanjang hidup saya, begitu juga dengan kekasih saya.

“Ia kelakar, tetapi mengecewakan pada masa yang sama. Ia membuatkan saya marah lebih-lebih lagi apabila dakwaan tersebut dikaitkan dengan teman wanita dan saya sendiri,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Jonas Brothers yang turut dianggotai abangnya, Kevin, 25, dan adiknya, Nick, 21, sah berpecah selepas membuat kenyataan rasmi beberapa hari lalu.

Kemelut yang melanda kumpulan mereka hangat diperkatakan lebih-lebih lagi mengenai masa depan Jonas Brothers selepas ketiga beradik ini membatalkan 19 persembahan siri jelajah mereka awal Oktober lalu berikutan tidak sefahaman lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finasophie 4-11-2013 01:49 PM
biasalah artis kan.
Quote munchkin 7-11-2013 02:00 AM
family ni nampak cam baik2 je. mungkin rumours kot
Quote -electrifying- 8-11-2013 09:36 AM
aik adikbradik pon berpcah sbb tdak sefahaman? air dicincang takkan ptus. mgkin ade phak yg xske tgk dorg ni senang.
Quote larikesurga 10-11-2013 10:58 PM
joe jambol
Quote tinkiwinki 11-12-2013 10:45 AM
larikesurga posted on 10-11-2013 10:58 PM
joe jambol


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051320 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top