CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bahaya, Penduduk Semporna Sendiri Dedah Ebit Lew Boleh Diculik Sekelip Mata

4-2-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9204| Komen: 59

Description: Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL) terpaksa menghentikan misi bantuan ke kepada penduduk di Semporna, Sabah.
Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL) terpaksa menghentikan misi bantuan ke kepada penduduk di Semporna, Sabah. 


Kredit foto: FB

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, pihak mereka tidak melarang untuk Ebit menganjurkan aktiviti kebajikan itu, namun haruslah dimaklumkan kepada pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi keselamatan.

Terbaru, seorang individu di Twitter berkongsi mengenai ‘bahaya’ yang mungkin boleh dihadapi Ebit jika meneruskan misi kemanusian tersebut. Malah, kenyataannya turut disokong penduduk Semporna yang lain. 



Menurut individu dipercayai penduduk di sana, kegiatan menculik di sempadan Malaysia-Filipina itu bukanlah perkara baru kerana terdapat beberapa kes sebelum ini yang melibatkan kumpulan Abu Sayyaf yang menyerang penduduk di situ.



Tambahnya, kumpulan perompak itu kemungkinan mempunyai pemberi maklumat dari dalam yang mungkin boleh mengakibatkan Ebit dalam bahaya, lebih-lebih lagi semua tahu beliau membawa banyak bantuan. 




Dalam pada itu, seorang individu yang juga merupakan penduduk Sabah turut berkongsi pengalaman pernah bertembung dengan kumpulan ini. 

Apa yang hebatnya, kumpulan ini dilihat seperti orang tempatan dan boleh bertutur bahasa Sabah dengan baik sehingga tidak dapat kenal pasti sama ada mereka orang Filipina atau bukan.


Kredit foto: Twitter

Manakala seorang lagi memberitahu kemungkinan tinggi untuk diculik adalah sangat tinggi. Walaupun ada polis mungkin akan memberi bantuan namun kumpulan tersebut sangat handal boleh menculik dalam beberapa saat sahaja menggunakan ‘pumpboat’.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 4-2-2021 04:55 PM
So EL pegi dikelilingi polis ada mission lain lain la ya
Quote pinksarah 4-2-2021 05:04 PM
Penduduk belah Semporna lg tau keadaan tmpt dorang berbanding netizens yg some of them jejak Sabah pon x pernah..

I yg baca pengalaman twitterians ni pon takut..

Nak buat charity/dakwah boleh..

Tp dlm agama pon x membenarkan andai sesuatu keadaan tu mengancam nyawa..

Cari psl nama nya..
Quote EvieWanKenobi 4-2-2021 05:14 PM
semoga info memberi manfaat kepada yang
tertanya2..
Quote LadyCarefree 4-2-2021 05:23 PM
Edited by LadyCarefree at 4-2-2021 09:22 PM
pinksarah replied at 4-2-2021 04:04 PM
Penduduk belah Semporna lg tau keadaan tmpt dorang berbanding netizens yg some of them jejak Sabah p ...


Kalau nyawa dia sekor xpe juga tp melibatkan orng lain, melibatkan penyelamat, melibatkan polis apa semua malah negara. Tp ada yg cakap Allah lindungi ebit. Apa nak takut. Allah ada

Apapun harap dia teruskan bantu sana sini dgn telus dn xyah kontroversi.
Quote mamajawie 4-2-2021 05:26 PM
biar la si abit lewd tu gi sna..yang korang trigger sangat nak halang dia kenapa?dia kan pandai bercakap insha Allah org2 geng Abu Sayap insof dan kembali bertaubat..sayu tau hati ni ostad abit xdapat menabur bakti kat semporna
Quote seri_mawr 4-2-2021 05:27 PM
lol...awat UEL x explain kenapa dia di halang dari pegi sana...takkan la police or penguatkuasa tak terangkan pada dia knp dia x boleh pi sana.....

UEL punya pos  dekat media social buat org pandag serong ...buat org fikir kerajaan halang nak buat perkara baik... aiihh...x boleh ke cerita detail kenapa di halang......dari cerita nnti kena penjara and kena denda 100k..agak2 la ustaz pun...sabor jek la....

dah x pasal2 nitizen membawang bukan2...


Quote CiliPadiSedap 4-2-2021 05:54 PM
ha betul sbb tu kaka kalau pergi semporna makan lobster sambil buka utube semporna pulau. tak berani pg pulau2 takut jumpa balan2 dan hantu vokuru mahupun abu sayaf
Quote nolya 4-2-2021 06:21 PM
Satu info yg sangat baik  untuk dimaklumi oleh EL dn semua yg berkaitan dlm misi  memberi bantuan.   Apakah sebelumnya EL tidak diberi penerangan secukupnya ttng  keselamatan  jika beliau  terus  memasuki ke kawasan  yg  bahaya dn gawat begitu.   Apa jua usaha kebaikan/ibadah yg hendak dilakukan, jika ia merbahaya maka 'berundur' adalah sebaik2nya.  Sama dgn diumpamakan mereka yg nak pegi haji wajib,  bila  keadaan  tidak mengizinkan,  maka gugur hukum wajibnya shnga keadaan kembali aman.

Apa yg sudah dilakukan, EL berjaya  membri bantuan, walaupun hendak dikatakan separuh jalan, ttpi dgn info keselamatan drp warga  setempat, mereka yg lebih tau/arif tentangnya,  itu adalah peringatan keras  agar tidak ada  tanggapan  serong bila EL  diminta untuk  memberhentikan  misi bantuannya.  Wartawan2 yg melaporkan berita dn cerita,  semoga tidak memanipulasi  berita  shnga  menimbulkan prasangka.  Foto EL  yg sedang beraksi,  kalaupun tanpa kapsyen,  akan ditanggapi dgn pelbagai andaian , +ve atau -ve drp  para pembaca.  Alhamdulilah  EL  selamat , semoga  akan mengambil  peringatan dn lebih berhati2.  Barangkali, sebelum EL  masuk ke kawasan yg hendak diberi bantuan, hendaklah membuat kajian terlebih dahulu sejauh mane  warga  disitu adalah mereka yg patutnya ditolong.  Mudah2an  usaha EL tidak  dimanipulasikan dn tidak juga menjadi fitnah.  
Quote jayn2u 4-2-2021 07:21 PM
mamajawie replied at 4-2-2021 05:26 PM
biar la si abit lewd tu gi sna..yang korang trigger sangat nak halang dia kenapa?dia kan pandai berc ...

Kalau dia nangis terus tu Abu Sayyap lari... or bersyahahdah reramai..Ops.. kumpulan ini adalah group pemisah...yang kerajaan Philipine pun kejar...Memang Muslim...

Walhal.. dulu2 Philipine ni pun Kerajaan Islam....dikristiankan oleh Spain..

Tapi Ketrunan puak2 ni dari dahulu kala memamg king of the sea.... the most famous Pirates Of Borneo's
Quote KIM.K 4-2-2021 07:22 PM
seri_mawr replied at 4-2-2021 05:27 PM
lol...awat UEL x explain kenapa dia di halang dari pegi sana...takkan la police or penguatkuasa tak  ...

Kalau gitu polis mesti dah terangkan kat dia. Maybe ada sebab lain
Quote KIM.K 4-2-2021 07:23 PM
CiliPadiSedap replied at 4-2-2021 05:54 PM
ha betul sbb tu kaka kalau pergi semporna makan lobster sambil buka utube semporna pulau. tak berani ...

Masa iols duk sana, ada member Semporna bawak kawan2 pi rumah trngah laut tu..kemain gembira lagi
Tak pernah dengar cerita ni sampai la baca forum
Quote gigahertz 4-2-2021 07:31 PM
KIM.K replied at 4-2-2021 11:22 AM
Kalau gitu polis mesti dah terangkan kat dia. Maybe ada sebab lain


Abu sayyaf pun pandai pilih mangsa.
Kalau nak kena dah jadi mangsa at 1st place
Quote CiliPadiSedap 4-2-2021 07:33 PM
KIM.K replied at 4-2-2021 07:23 PM
Masa iols duk sana, ada member Semporna bawak kawan2 pi rumah trngah laut tu..kemain gembira lagi
...

tu lah sana cantikkan.tp fikir risiko abu sayaf culik tu ngeri. dan kaka rasa ngeri tu sejak perasan satu pattern. cuba kim k youtube or google cari mereka yang tidur di laut semporna lebih 1 malam. setakat kaka tengok channel utube semua vlogger tidur  1 malam, malam kedua tidur darat dan ulang alik naik bot pergi diving. ada kemungkinan takut keselamatan atau pun poket nya koyak dong. alif shukri punya anak (baem) dia kena sontot sotong kurita menangis kt chalet semporna. sotong tu mesti menangis kalau dengar lagu alif shukri. nasib baik dia tak naik ke darat. bobo di mana. bobo sama siapa.

pulang kat semenanjung yang bawah sikit dari semporna mungkin redang. pulau2 lain xboleh challenge semporna.
Quote domestobot 4-2-2021 07:40 PM
takpe la Filipin amik jelah EL, suruh dia buat amal jariah kat sana pulak. pastu tengok Malaysia ranap sebab EL takde nak bersedekah.
Quote jayn2u 4-2-2021 08:36 PM
gigahertz replied at 4-2-2021 07:31 PM
Abu sayyaf pun pandai pilih mangsa.
Kalau nak kena dah jadi mangsa at 1st place

teringat ada mangsa culik di Sandakan dulu... sedang makan di restoran tepi laut pun tetiba zooop...memang penculik pandai profiling.... mesti yang berpotensi bayar tebusan... mostly chinese or turis2.

And opkos ada insider! rakan subahat.
Quote lattehazelnut 4-2-2021 08:52 PM
Edited by lattehazelnut at 4-2-2021 08:54 PM

Kalau kena culik, diorg mintak ransom 20 juta pun kompem ramai nak donate..
Kalau takat rakyat marhain b40, menghabiskan beras dia je culik..
Quote Nesloping83 4-2-2021 09:49 PM
Aritu pun pelancong China pompuan kena culik. Berdua dgn kwnnya dlm bilik. Masuk ja si kawan g toilet mandi terus kena ambush yg sorg tu diculik. Kwn yg dlm toilet x sedar pun. Tgk2 kuar dah xda kwnnya. Xtau apa nasib pompuan tu. Siap diminta kan duit tebusan parentsnya.
Quote PEPPERMAN 4-2-2021 09:52 PM
seri_mawr replied at 4-2-2021 05:27 PM
lol...awat UEL x explain kenapa dia di halang dari pegi sana...takkan la police or penguatkuasa tak  ...

base on insiden yang sebelum ni, dia susah nak explain kasi jelas kenapa itu kenapa ini. Mungkin kerana terlalu sayu.

Quote makadek 4-2-2021 10:18 PM
Rezeki dia tk kena culik
Kalau tk sorang singgit rakyat malaysia kena derma kilat .... Tp end up jazad pn tk nampak...nauzubillah... Lps ni hati2lah
Laki aku,aku ajak g sabah mati hidup balik takmau..

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057369 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top