CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Malas Basuh? Bekukan Je Jeans Dalam Peti Sejuk!

5-2-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4375| Komen: 12

Description: Seluar jeans adalah pakaian kegemaran terutamanya kepada golongan lelaki kerana ia bukan sahaja selesa, malah sesuai digayakan sama ada bersama kemeja atau pun baju T.
Seluar jeans adalah pakaian kegemaran terutamanya kepada golongan lelaki kerana ia bukan sahaja selesa, malah sesuai digayakan sama ada bersama kemeja atau pun baju T.

Ia bukan lagi dilihat sebagai gaya kasual malah jeans turut menjadi pilihan untuk acara tertentu termasuk ke pejabat.



Gambar hiasan

Tetapi yang tak sedapnya, ramai di antara kita yang kurang memberi penekanan terhadap kebersihan dan ada segelintir memakai jeans yang sama berminggu-minggu lamanya tanpa dibasuh sehingga berbau hapak!

Mode minggu ini mahu memberikan beberapa tip berguna tentang teknik menyuci jeans yang betul. Ya, membasuh jeans juga ada tekniknya kerana cara yang salah boleh menyebabkan seluar anda cepat rosak, selain warnanya lebih mudah pudar.


1. Terbalikkan jeans sebelum basuh

Gambar hiasan


Bagi memastikan warna asal jeans anda tidak mudah pudar, sebelum basuh terbalikkan dahulu kerana dengan cara ini ia boleh mengelakkan warna asalnya terhakis.


2. Jangan rendam dalam air panas

Gambar hiasan

Jika seluar anda tiada sebarang kekotoran degil yang melekat, elak merendam seluar dalam air suam atau panas sebaliknya guna air suhu biasa dengan bahan pencuci dalam kuantiti minima.


3. Rendam jeans dalam cuka

Gambar hiasan

Merendam jeans kesayangan anda dalam air akan menyebabkan warna seluar anda akan pudar dan penggunaan sabun pencuci akan mempercepatkan proses itu.

Apa kata cuba rendam seluar anda dalam air campuran cuka selama sejam. Jangan bimbang tentang baunya kerana ia akan hilang apabila seluar anda kering.

Teknik itu sebenarnya mampu mengekalkan warna jeans anda selain mengekalkan bentuknya daripada mengembang.


4. Pijak jeans guna kaki

Gambar hiasan

Bagi memastikan semua kekotoran terhapus, sebaiknya rendam jeans anda sekurang-kurangnya 45 minit sebelum dicuci. Jika rajin, gunakan kaki untuk memijak jeans yang direndam sebagai cara mengeluarkan kotoran.


5. Bekukan jeans dalam peti sejuk

Gambar hiasan

Jika anda malas sangat hendak basuh jeans anda, apa kata masukkan seluar anda dalam peti sejuk beku selama beberapa jam sebelum jemur. Ia dapat menghilangkan bau busuk yang melekat pada jeans kesayangan anda.


6. Sidai dalam posisi terbalik

Gambar hiasan

Ketika menyidai pastikan bahagian atas jeans berada dibahagian bawah dan hujung kaki seluar dia bahagian atas bagi mengelakkan jeans anda mengembang - sebaiknya jemur di bawah sinaran matahari.


Sumber: mStar
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 5-2-2021 10:47 AM
Nombor 5 tuh, mmg pengotor lah nk diamalkan dlm musim pandemik
Quote Adrif 5-2-2021 10:51 AM
pelik-pelik ja.. zaman virus ni, elok la basuh, sabun baju seluar, bila balik rumah. risiko
Quote ClassicMeow 5-2-2021 11:45 AM
Pemalas benor tak nak basuh letak dalam peti ais je..
Quote prettyuglybabe 5-2-2021 12:28 PM
jeans zaman ni basuh je la tiap kali pakai..
rosak beli je baru..
jeans zaman ni bukan macam jeans dulu-dulu tahan lasak..
dulu punya kain jeans tebal ya amat..
kalau basuh tangan menangis nak angkat nak perah..
Quote nanies 5-2-2021 04:21 PM
pengotor nya la haiii
Quote siputpepel 6-2-2021 08:02 AM
basuh ja. dah lusuh beli baru
Quote sleepandream 6-2-2021 09:32 AM
gigih sgt laa
Quote Rob07 6-2-2021 11:00 AM
Masuk dlm peti sejuk ,  memang sah lah kena humban dlm tong sampah kat mak aku
Quote husie91 6-2-2021 12:55 PM
Siapalah yg bemringgu tk basuh tu.. kita baru pkai shari dah basuh.. gatal ooo pkai sliar tk basuh
Quote Ain_h 7-2-2021 12:50 AM
Jeans pun oleh mengembang eh. Bru tahu
Quote farhani87 9-2-2021 09:15 PM
Entah apa2 tips ni. Baik cuci jer lah. Buruk beli baru.
Quote hazzium 15-3-2021 11:17 PM
Oo lain eh cara sidai jeans.tak macam seluar lain

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.166074 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top