CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Ubati Asma Katanya, Wanita Rebus Dan Makan Kucing

3-2-2021 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1809| Komen: 18

Description: JAKARTA - Seorang wanita ditangkap penduduk setelah memukul kucing bahkan merancang untuk merebus haiwan itu di Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia.
JAKARTA - Seorang wanita ditangkap penduduk setelah memukul kucing bahkan merancang untuk merebus haiwan itu di Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia.

Berdasarkan laporan CNN Indonesia, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kalideres, AKP Anggoro, mengatakan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu sebelum rakaman video kejadian tersebut tular di laman sosial.

Kredit foto: CNN Indonesia
 
Berhubung kejadian itu, Anggoro menjelaskan pihak polis telah mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada wanita berkenaan.

"Difahamkan, wanita itu melakukan sedemikian kerana mempercayai kucing dapat mengubati penyakitnya.

"Wanita itu merebus dan makan kucing untuk ubati penyakit asma," katanya yang memaklumkan bahawa kucing itu milik seorang penduduk.


Anggoro bagaimanapun berkata, insiden itu diselesaikan secara muafakat dan dipersetujui oleh pemilik kucing.

"Pemilik bersetuju kes ini diselesaikan secara baik dan tidak membawanya kemuka pengadilan," katanya.
 
Dalam rakaman video tular menunjukkan beberapa ekor kucing sudah tidak bernyawa selepas perbuatan kejam wanita berkenaan. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cenderakirana9 3-2-2021 02:04 PM
What? Siapalah bagitau dia yang kucing dapat ubati penyakit asma?
Quote Artemesiaa 3-2-2021 02:10 PM
Cakap siapalah sampai dia percaya.  Kucing orang pulak tu yang nak direbusnya memang cari pasal namanya.
Quote bakingsoda 3-2-2021 02:13 PM
teringat dulu kawan akak aku, maknya beli daging buaya katanya ubat asma. taktau la kalau hasanah versi kanak2 kawan akak aku tu
Quote Kurex 3-2-2021 02:16 PM
Baru semalam cerita orang indon jual daging kucing....
Quote Supersirap 3-2-2021 02:45 PM
Pertama kali denga makan kucing dapat mengubati penyakit asma, mungkin wanita ini ada masalah mental
Quote dudaberhias 3-2-2021 02:46 PM
ya ampunnn.. benda yang tak terbukti pun dia ikut yachhh...
baik dia pergi makan kapur barus terus... confirm hilang asma dia tu dan berangin je hidung dan tekak...
Quote matchstick 3-2-2021 03:00 PM
Baik ko makan tikus..tapi sebelum tu ko bunuh dulu tikus tu dgn bagi makan racun.
Quote any42 3-2-2021 03:07 PM
org ade asma biasa alergik dgn bulu kucing. ni kna bnuh kucing nk ubat asma pulak. pcaya ajaran dokterrr or dukun mane ni
Quote hatikudus 3-2-2021 03:54 PM
Semoga terus mampus lepas mentekedarah kucing
Quote KBW2 3-2-2021 05:14 PM
https://www.youtube.com/watch?v=IUM-3qN16oM

Ni haa video dia
Quote SecretLuv 3-2-2021 05:20 PM
Ada lagi satu kisah tengah viral kan. Pasal kucing nama tayo kena bunuh. Comel gila weh kucing tu
Quote MontanaHannah 3-2-2021 05:32 PM
Dajjei nakharomnya perangai

tu sakit jiwa

Gila tu

Quote AyaqMeloSuam 3-2-2021 06:19 PM
Makan lipas kering la.. beli kt sensei.. depa tumbuk2 boh dlm kapsul {:freak
Quote Ain_h 5-2-2021 01:38 AM
What.? Mana dia kaji benda ni
Quote drivethru 5-2-2021 01:44 AM
Lipan bara ubat asma. Bakar lepas tu makan. Adik beradik aku semua pernah minum kopi lipan bara. Petua mengarut orang mendeleng dulu2. Tapi macam terbukti berkesan. Dah tua2 ni asma datang balik. Tapi xde lah makan nak buat petua bodoh tu lagi.
Quote swateng1 5-2-2021 03:58 PM
aku pernah dengaq org bagitau mkn ank tikuih yg baru beranak pink2 lg tu, telan hidup2 utk ubat asma. pastu mkn ank burung merpati. yg telan ank tikuih tu aku xleh nk brain sampai la ni........
Quote notM 5-2-2021 04:03 PM
Longgar betul undang-undang kat sana
Quote star_karat 5-2-2021 04:13 PM
Kat indon tu kan memang ada orang jual satay kucing.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.099573 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top