CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Azam Pitt Kini Bergelar Tunangan Orang

6-11-2013 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23910| Komen: 64

Description: Tahniah Diucapkan Buat Pelakon, Azam Pitt, 27, Apabila Telah Selamat Mengikat Tali Pertunangan Bersama Kekasihnya, Dayang Noorshila, 24, Pada 3 November Lalu.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Azam Pitt, 27, apabila telah selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Dayang Noorshila, 24, pada 3 November lalu.


Majlis yang berlangsung di kediaman pihak perempuan bertempat di Kuching, Sarawak itu menyaksikan Azam menyerahkan 25 dulang hantaran dan dibalas dengan 27 dulang daripada pihak perempuan.

Majlis bahagia kedua pasangan itu turut dikongsi Azam menerusi akaun Instagramnya dengan status berbunyi;

"Alhamdulillah, selesai semuanya. Tq Sayang for being you."

Ditanyakan tentang majlis pernikahan mereka kelak, kata Azam kepada Media Hiburan Online;

"Insyaallah majlis pernikahan akan diadakan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. Doakan agar semuanya berjalan lancar."





Azam Pit Bakal Bertunang, Tepis Dakwaan Dirinya Gay

Selepas menjalin hubungan cinta selama tujuh tahun dengan teman wanitanya, pelakon Azam Pitt mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 3 November depan.

Memetik kenyataan di mStar online, pelakon berusia 7 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana sudah bersedia untuk berumah tangga selain yakin wanita berkenaan adalah pilihannya yang tepat.

"Kami sudah bercinta selama tujuh tahun dan sudah tiba masanya hubungan kami melangkah ke tahap seterusnya. 

"Dia juga sangat memahami saya dan sentiasa menyokong saya semasa susah dan senang. Dia adalah pelengkap hidup saya," katanya yang turut memaklumkan majlisnya nanati akan diadakan di kediaman keluarga wanita berusia 24 tahun itu di Kota Samarahan, Sarawak.

Dalam pada itu, Azam menolak tanggapan dia ingin bertunang kerana mahu menutup gosip yang mengatakan dirinya seorang gay.

Jelas Azam, dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain kerana apa yang lebih penting bakal tunang dan keluarga kedua-dua belah pihak tahu niat baik mereka.


4

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 6-11-2013 10:06 AM

Quote tapibukanaku 6-11-2013 10:07 AM

Quote hzln 6-11-2013 10:08 AM
pompuan ni 24 ka 34? ka 44? janda anak 4?
Quote solstice 6-11-2013 10:09 AM
Adik Brad Pitt ka ni?

Dia ni aku ingat muka sbb blakun ilem chu kang ke apa ntah
Pilem gay bodoh
Jd tukang urut
Roslan shah jd mak hayam
Quote tapibukanaku 6-11-2013 10:09 AM



Quote tapibukanaku 6-11-2013 10:13 AM
Azam Pit Bakal Bertunang, Tepis Dakwaan Dirinya Gay
Selepas menjalin hubungan cinta selama tujuh tahun dengan teman wanitanya, pelakon Azam Pitt mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 3 November depan.

Memetik kenyataan di mStar online, pelakon berusia 7 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana sudah bersedia untuk berumah tangga selain yakin wanita berkenaan adalah pilihannya yang tepat.

"Kami sudah bercinta selama tujuh tahun dan sudah tiba masanya hubungan kami melangkah ke tahap seterusnya.

"Dia juga sangat memahami saya dan sentiasa menyokong saya semasa susah dan senang. Dia adalah pelengkap hidup saya," katanya yang turut memaklumkan majlisnya nanati akan diadakan di kediaman keluarga wanita berusia 24 tahun itu di Kota Samarahan, Sarawak.

Dalam pada itu, Azam menolak tanggapan dia ingin bertunang kerana mahu menutup gosip yang mengatakan dirinya seorang gay.

Jelas Azam, dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain kerana apa yang lebih penting bakal tunang dan keluarga kedua-dua belah pihak tahu niat baik mereka.

Quote kak_jiebam 6-11-2013 10:13 AM
Awat nampak cam mak budak je?

Pepun tahniah la azam....
Quote Kassim_Patalon 6-11-2013 10:14 AM
lelaki tu macam tasty jah
Quote tapibukanaku 6-11-2013 10:15 AM
Salahkah kami berpeluk? - Syed Ali
LAMA ‘melarikan diri’ selepas isu gay dengan Azam tersebar. Apa yang berlaku dan betulkah takut dikutuk?
Bukan melarikan diri. Tetapi saya dinasihatkan supaya tidak membuka mulut mengenai cerita ini dan biarkan ia menjadi sejuk. Bukan apa, kalau saya beri komen semasa cerita ini tengah hangat, nampak macam saya nak besar-besarkan isu. Di sini tak timbul isu takut kena kutuk atau sebagainya.
Lari bermakna Syed bersalah. Semakin Syed lari, semakin teruk keadaan. Apa komen Syed?
Saya bukan macam yang mereka tuduh. Baik saya mahupun Azam, kami bukan gay. Malah, kami mempunyai teman wanita dan itu membuktikan yang kami ni lelaki normal.


Kenapa berpeluk-pelukan di depan orang ramai yang seolah-olah mahu memberitahu mereka anda berdua menyukai kaum sejenis?
Saya mengaku kami sengaja berpelukan, salahkah begitu? Tetapi itu tidak bermakna kami gay. Saya dan Azam ada sebab buat macam tu.


Apa sebab buat begitu?
Kami buat begitu cuma untuk berseronok. Waktu itu, saya dan Azam menjalani penggambaran sebuah drama muzikal. Faham-faham sajalah kalau dari pagi sampai malam kami sibuk di set, baik pelakon mahupun krew, semua dah tak ada mood. Jadi saya dan Azam cuba nak hidupkan suasana ceria dan menghiburkan kawan-kawan lain. Jadi itulah cara kami.


Tidak adakah cara lain ke untuk buat orang ceria?
Faham tak maksud bergurau? Saya dan Azam cuma bergurau dan tidak lebih daripada itu. Orang di set semua tahu yang kami bergurau. Saya pun pelik, siapa pula yang besarkan isu ini sampai kata kami gay? Bukan saya dan Azam saja yang berpeluk. Ada artis lain di set yang buat benda sama. Semua untuk suka-suka. Kenapa saya dan Azam sahaja yang dikutuk?



Jawapan anda seolah-olah mahu menyalahkan orang lain sahaja, kenapa?
Saya akui, salah saya sebab bergurau begitu. Tetapi niat saya cuma untuk berseronok. Tak tahu pula akan jadi begini. Saya minta maaf kalau ada pihak yang tak selesa dengan gurauan kami itu.


Apakah selepas isu itu heboh diperkatakan Syed dan Azam putus persahabatan?
Saya dah lama berkawan dengan Azam sejak kami bertemu di Bintang RTM lagi. Dia antara kawan yang paling rapat dengan saya, masakan saya nak putuskan persahabatan atas sebab yang tak munasabah. Saya mengaku, gosip itu menjejaskan hubungan kami. Sejak itu kami jarang keluar bersama seperti dulu kerana nak elak pandangan serong masyarakat.


Apa komen Syed tentang isu berpelukan dalam lif di kediaman anda berdua?
Untuk pengetahuan, pangsapuri lima tingkat yang saya sewa di Puchong tu tak ada lif. Jadi macam mana boleh timbul cerita kami berpelukan dalam lif? Azam pula tak duduk dengan saya. Setakat ni, saya dengan jiran-jiran tak ada masalah langsung, semua baik. Alhamdulillah. Jadi janganlah cepat buat tuduhan. Siasat dulu sebelum menghukum orang.



Quote cammie1711 6-11-2013 10:43 AM
Untung la perempuan itteww...ingatkan pompuan cantik kurus je yg boleh pikat hati lelaki ni
Quote bluecrystal 6-11-2013 10:44 AM
bagus naa..setia pada cinta
Quote azman888 6-11-2013 10:45 AM
sapo lah ni....
Quote elamor 6-11-2013 10:50 AM
serious xkenal mamat nih
Quote caplimau 6-11-2013 10:56 AM
tak kenal pun..
Quote miawpink 6-11-2013 10:57 AM
tak kenal pun laki ni
baru tau dia ni artis
Quote budakmanentah 6-11-2013 11:00 AM
owh xsangkanya taste dia gitu...tp bagus la...dia xmemilih. sgt salute!
Quote edoraixora 6-11-2013 11:00 AM
mak aiii....banyaknye dulang hantaran
25 balas 27...ape benda lah yg nak dibagi tuh
Quote kelip2_07 6-11-2013 11:03 AM
hzln posted on 6-11-2013 10:08 AM
pompuan ni 24 ka 34? ka 44? janda anak 4?

hahaha...sume di atas
Quote tapibukanaku 6-11-2013 11:14 AM
Azam Pitt : Setia cinta jarak jauh
[size=0.9em]Syawal kali ini pastinya lebih bermakna buat pelakon Azam Pitt kerana selain menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuching, Sarawak, dia juga sibuk menguruskan pertunangannya yang bakal berlangsung Oktober ini depan.
[size=0.9em]Walaupun Aidilfitri bakal menjengah minggu depan, tumpuan jejaka berusia 27 tahun itu lebih kepada persiapan pertunangannya dengan Dayang Norshila Awang Idris, 24, yang juga berasal dari Kuching.
“Majlis pertunangan itu akan dilangsungkan pada Oktober depan, tetapi tarikhnya belum diputuskan. Saya akan berbincang dengan keluarga apabila pulang bercuti pada Aidilfitri nanti,” katanya.

Azam yang segak mengenakan jubah hitam ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran pengarah Suhaimi Lua Abdullah, baru-baru ini berkata, bukan mudah menjalinkan percintaan jarak jauh kerana ada saja dugaan yang datang termasuklah godaan daripada peminat.



[size=0.9em]“Tipulah kalau saya kata tiada yang datang menggoda, tetapi saya tidak pernah mengambilnya sebagai satu perkara yang serius. Ia adalah perkara biasa antara artis dengan peminat, tetapi ia bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita melayan pasti menjadi, jadi usah diambil kisah dengan semua itu, sebaliknya fokus kepada kerja dan kekasih di kampung.
[size=0.9em]
“Kami pernah bergaduh besar hingga dia minta putus tetapi kalau sudah jodoh pasti Allah SWT menyediakan jalan penyelesaiannya. Hubungan keluarga saya dan Shila rapat dan ia juga antara faktor yang mengukuhkan lagi percintaan kami. Shila mengusahakan perniagaan restoran milik keluarganya dan jika ada kelapangan dia akan datang ke Kuala Lumpur," katanya.

Azam berkata, selepas melalui pelbagai perkara dan suka duka bersama, ia menguatkan tekadnya untuk memperisterikan Shila.

Katanya, selepas berkahwin dia akan menetap di Kuala Lumpur manakala Shila mungkin terus menetap di Kuching. Namun, ia belum muktamad lagi kerana segala perancangan boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan.


Muncul dalam Ilaika Yusof

Dalam pada itu, drama terbaru lakonan Azam iaitu drama 26 episod berjudul Ilaika Yusof kini sedang ditayangkan di TVi mulai Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Turut berlakon ialah Jue Aziz, Aida Khalida, Hamidah Wahab, Roslan Salleh dan Ramasundram.

Drama mengangkat kisah cinta Umaira (Jue) dan Yusuf (Azam) yang begitu mencintai antara satu sama lain dalam hubungan cinta yang berlandaskan agama Islam.

Kisahnya bermula apabila Umaira, Intan, Aisyah, Steven dan Bob menaiki sebuah van menikmati keindahan panorama kampung dan persekitarannya. Ketika van menghampiri kampung terdekat, kedengaran suara merdu Yusuf sedang mengalunkan azan. Ketika solat Maghrib berjemaah di masjid, Yusuf dan Umaira bertentangan mata.


Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.205750 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top