CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Artis Muda Sombong - Dj Dave

4-11-2013 10:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8824| Komen: 27

Description: Selain Itu, Seramai 10 Orang Artis Popular Yang Antaranya Ialah Datuk M. Nasir, Datuk David Arumugam, Fredo (Flybaits), Fauziah Latif, Marsha, Hafiz, Jimmy Palikat, Soo Wincci, Lockup Dan Najwa Latif.

                Datuk DJ Dave.


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk DJ Dave meluahkan rasa kesal terhadap golongan artis muda yang kurang berminat melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

DJ Dave yang merupakan pengerusi YA1M berkata, sepatutnya artis-artis muda perlu peka mengenai sesebuah pertubuhan yang melibatkan industri kerana ia sedikit sebanyak akan membantu mereka apabila susah nanti.

"Saya menasihatkan kepada golongan artis muda supaya jangan sombong.

"Setiap kali pihak kami menjemput mereka ke majlis YA1M ada saja alasan yang diberi. Mereka perlu ingat satu hari nanti mereka akan memerlukan bantuan ketika susah," katanya.

DJ Dave ditemui pada Konsert Amal YA1M 2013 'Satu Suara Satu Malaysia' yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Ahad.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut hadir pada konsert tersebut.

Tambah DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah, dia berharap keluhan ini dapat membuka mata artis-artis muda supaya lebih prihatin pada masa akan datang.

Sementara itu, pada konsert YA1M, enam orang seniman tempatan iaitu Datuk Rahim Razali, Hamid Gurkha, Kumpulan Orkes Nirwana, Ooi Yew Jin, Accapan dan Yap Chin Fong menerima penghargaan dan sumbangan daripada pihak YA1M.

Menurut DJ Dave, dia turut bersyukur apabila yayasan yang diusahakannya itu berjaya mengumpul sebanyak RM180,000 hasil daripada pembelian tiket konsert YA1M.

"Bukan setakat itu saja, pihak kementerian Komunikasi dan Multimedia turut menyumbangkan sebanyak RM50,000.

"Dan secara keseluruhannya kami berjaya mengumpul RM230,000 dan ia memudahkan lagi bagi kami membanti artis-artis yang memerlukan," ujarnya.

Konsert tersebut diadakan untuk mengumpul dana bagi membantu artis memerlukan dan memastikan golongan artis veteran terus menerima bantuan.

Selain itu, seramai 10 orang artis popular yang antaranya ialah Datuk M. Nasir, Datuk David Arumugam, Fredo (Flybaits), Fauziah Latif, Marsha, Hafiz, Jimmy Palikat, Soo Wincci, Lockup dan Najwa Latif.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah barisan ahli jawatankuasa YA1M yang terdiri daripada Datuk M Nasir, Datuk A.Rahman Hassan dan Nancie Foo.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 4-11-2013 02:01 AM
Artis tua pun masa muda sombong jgk
Quote achik2009 4-11-2013 02:03 AM
batman_2007 posted on 4-11-2013 02:01 AM
Artis tua pun masa muda sombong jgk

hehe....dia lupa kot?...
Quote lotionmilo 4-11-2013 03:24 AM
artis tua pon ada yang sombong jugak
Quote famri7 4-11-2013 07:00 AM
Kertu mudah tersentap nih
.maklumlah market dah suram.
Quote mitnick 4-11-2013 07:02 AM
oo.. artis muda xjoin ya1m... adekah sbb artis muda berbeza haluan politik?
Quote tomet05 4-11-2013 07:48 AM
yang tua dihormati yang muda dikasihi
Quote lavendernovella 4-11-2013 08:23 AM
Kata mr arrogant , dejave aku x tau, dj dave aku tau.....hehehehe mornkng jokes....
Quote cikatilia 4-11-2013 08:32 AM
dah nama artis sombong2 belaka kebanyakannya
nak nak tgh ngetop

tunggu la xde job baru la sopan santun mula budi pekerthi
Quote awanindah 4-11-2013 08:40 AM
batman_2007 posted on 4-11-2013 02:01 AM
Artis tua pun masa muda sombong jgk

WIN!!
Quote anis01 4-11-2013 08:58 AM
betol lah 2
kat ofis anis pun, yang muda x minat terlibat dalam aktiviti sukarelawan
sebab dorang banyak komitment lain
mana nak dating lagi, nak enjoy ngan kawan2
jadi yang berumur ni kena faham sebab kita pun pernah berada di tempat mereka ok
Quote tupaiterbang 4-11-2013 02:50 PM

dah camana artis muda nak join....
depa dok sibuk update twitter, instagram, keek depa.....
itu tak masuk sibuk perang ngn haters lagi.....
Quote shernazz 4-11-2013 03:04 PM
ade pakcik kat opis lama aku cakap
dolu, jefrydin mane ade org minat..sebab sumbung
org lebih layan ahmmad jais....sebab ahmad jais best...x sumbung
skang neh je jefrydin tu biase2 sket
so, aku x heran lah dj dave cakap begini
Quote siti_kus 4-11-2013 03:07 PM
what goes around comes around la pakcik
Quote September14 4-11-2013 03:29 PM
tgk muka pun dah tau dia masa muda glamour sombong.. so layaklah..
Quote sekel 4-11-2013 03:37 PM
artis dulu mmg byk yg sombong...................yg sombong kita tepi kan...........yg betul2 artis x ramai sebenarnya.....artis on-off, kontoversi, propa mmg ramai..............relax lh Datuk, time tua nnt br dia org ingat msk persatuan kot............lg pun artis muda skg byk yg berharta utk simpanan masa dpn
Quote cm_matjawasp 4-11-2013 04:23 PM
Ada sesapa pernah d.j dave kat masjid tak?
Quote cantleyi 4-11-2013 04:24 PM
lavendernovella posted on 4-11-2013 08:23 AM
Kata mr arrogant , dejave aku x tau, dj dave aku tau.....hehehehe mornkng jokes....

dejavuu sayamm!!

Quote ogata 4-11-2013 05:11 PM
owh ye ker???

DJ dave tak nak datang sarawak ker????
Quote ninokostra 5-11-2013 01:36 AM
Kesian plak baca post terawal tu.. nmpk sgt xreti hormat org tua. Kalo nak kire gitu mampos la..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.223306 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top