CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kami Tak Bercinta - Mikail Andre & Atikah Suhaime

4-11-2013 09:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17250| Komen: 54

Description: Selama Ini Dia Tidak Percaya Kewujudan Dunia Mistik, Namun Persepsinya Berubah Apabila Berdepan Pengalaman Menakutkan Sepanjang Enam Hari Penggambaran. Paling Tidak Dapat Dilupakan, Dia Berjaya Meraka ...
Kami tak bercinta

Belum selesai isu pertikaian kontrak MIG Talent yang dikatakan tidak relevan apabila tidak membenarkan artisnya bercinta, timbul pula cerita dua artisnya, Mikail Andre dan Atikah Suhaime terbabit cinta lokasi hingga dinasihatkan memberi tumpuan kepada kerja, bukan cinta.

Dua bintang utama filem Highland Tower ini menafikan mereka bercinta ketika bertandang ke Balai Berita, Rabu lalu. Tegas mereka, hubungan yang terjalin tidak lebih daripada kenalan rapat, malah mereka belum terdesak mengejar cinta memandangkan masing-masing baru berusia 21 dan 22 tahun.


Mikail berkata, layanannya terhadap Atikah sama seperti pelakon wanita lain yang bernaung di bawah MIG. Rapat tidak bermakna ada rasa kasih dalam hati dan perkara itu wajar diperjelaskan bagi mengelak timbul cerita bukan-bukan. “Saya tidak pernah letak dia sebagai kekasih. Macam mana saya berkawan dengan Shima Anuar, Wawa Zainal dan beberapa pelakon wanita lain, begitulah layanan saya kepada Atikah.


“Mungkin cerita ini timbul apabila nampak kami mesra di lokasi penggambaran drama Rawan, filem Lagenda Budak Hostel, Muka Surat Cinta dan Highland Tower. “Dalam Highland Tower misalnya, sebagai tulang belakang projek ini, saya kena jaga keselamatan mereka yang terbabit. Atikah kena rasuk dan sebab itu saya kena jaga dia.


“Begitu juga dengan Shima. Saya rasa bersalah apabila mereka terpaksa berdepan saat sukar itu semata-mata mahu jayakan projek ini. “Saya baru berumur 21 tahun, terlalu muda rasanya untuk kejar cinta. Banyak perkara lagi yang perlu saya utamakan,” katanya.

Atikah pula berkata, tujuannya berhijrah ke Malaysia untuk cipta nama sebagai pelakon berjaya, bukan memburu cinta. Setakat ini niat itu masih berjaya dipertahankan, malah hatinya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki. Katanya, satu pembaziran pula andai peluang diberikan MIG dipersiakan begitu saja. Justeru, dalam tempoh beberapa tahun ini gadis Singapura itu perlu mengosongkan hatinya, sebaliknya fokuskan sepenuh perhatian terhadap karier terlebih dulu.

“Saya selesa berkawan dengan Mikail kerana orangnya tidak kedekut ilmu dan sangat menghormati orang. Sebagai pendatang baru, saya perlukan bimbingan rakan lebih berpengalaman. Apatah lagi saya tidak ada asas lakonan, dialah yang beri tunjuk ajar.

“Dia kawan yang baik dan hubungan kami tidak lebih dari itu. Kalau nak bercinta, biarlah berjaya dulu. Buat masa ini saya belum bersedia kerana bagi saya, bercinta hanya akan mengganggu emosi dan fokus saya. Tujuan saya datang ke sini adalah bina nama dan bukannya mencari cinta. Kalau nak bercinta, di negara sendiri pun boleh, tak perlu merantau. Saya pun tak pernah terfikir mahu berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai ibu ketika usia muda. Sebelum ini mak ayah kongkong saya dan apabila dapat hidup berdikari, kenapa pula saya perlu beri peluang kepada orang lain untuk kawal pergerakan saya."

“Waktu belajar dulu saya pernah bercinta tetapi rimas apabila bekas kekasih asyik mahu tahu mana saya pergi. Saya tidak mahu perkara sebegitu berulang. “Rasanya umur paling sesuai untuk saya bercinta dan berkahwin adalah 28 tahun ke atas. Perjalanan saya masih jauh, biar saya raih kejayaan sebanyak mungkin dulu,” katanya yang menafikan wujudnya istilah cinta lokasi antaranya dan Mikail.

MIKAIL dan Atikah hanya kenalan rapat.

Mengenai larangan daripada pengurusan MIG, Mikail menafikan hubungan mereka dihalang tetapi dinasihatkan supaya memberi keutamaan kepada kerja. Katanya, jika nama sudah terkenal dan ada kewangan kukuh, mereka tiada alasan untuk berkahwin.

“Setakat ini pengurusan, terutama David Teo, tidak menghalang jika dua perkara itu ada pada artis yang mahu menjalin hubungan secara serius. David juga tidak menghalang artisnya berkahwin. “Malah, sebelum ini pun selalu berpesan kalau jujur mahu bercinta dan berkahwin, terus-terang saja. Sebagai bapa yang sayang anak, dia akan sokong jika kita serius tapi kena pastikan dulu ekonomi kukuh dan ada nama. “Hakikatnya, kewangan saya belum stabil, jadi kenapa perlu tergesa-gesa bercinta. Apa yang David cakap ada betulnya.

“Sebagai lelaki, kita kena pastikan diri benar-benar berkemampuan sebelum ambil keputusan untuk bercinta atau berkahwin. Ini kerana tanggungjawab jawab kita besar,” katanya. Berkongsi pengalaman menjayakan Highland Tower, niat mahu belajar kerja belakang tabir dan melihat sejauh mana kebenaran cerita seram yang diperkatakan ramai mengenai bangunan ‘berhantu’ itu meninggalkan kesan besar dalam hidup Atikah.

Selama ini dia tidak percaya kewujudan dunia mistik, namun persepsinya berubah apabila berdepan pengalaman menakutkan sepanjang enam hari penggambaran. Paling tidak dapat dilupakan, dia berjaya merakam gambar entiti berwajah monyet menerusi telefon bimbitnya dan dirasuk ketika penggambaran.

“Sebelum ini saya pernah terbabit dengan projek memburu entiti di Singapura tetapi hampa apabila projek itu tidak berjaya. Apabila saya ditawarkan terbabit dalam filem ini, saya terus bersetuju. “Kami dapat rakamkan gambar satu entiti dan itu buat saya sangat teruja untuk cari lagi. Bagaimanapun, apabila Shima dirasuk pada hari ketiga, saya panik dan gagal kawal perasaan takut. “Itu kali pertama saya tengok orang dirasuk. Ketika itu saya lari tetapi tiba-tiba rasa seperti terbang di awan biru dan kemudian pengsan.

“Apabila sedar, saya tengok balik rakaman dan dapat lihat keadaan sebenar saya ketika itu. Saya lari sana sini dan menjerit, walhal ketika itu saya sangka saya pengsan. “Itulah padahnya bila terlalu seronok dan tak jaga mulut. Mikail banyak kali tegur saya jangan suka sangat dan jangan ambil barang, tetapi saya tak dengar cakap. Saya nampak kalendar tahun 1993 dan pegang, bila kena marah saya letak balik. “Saya kemudian baca mantera yang diconteng di satu dinding bangunan itu. Insiden itu jadi pengajaran besar buat saya,” katanya yang berpuas hati dengan filem yang mengetengahkan konsep rakaman sebenar itu. Selaku pencetus idea, Mikail berharap Highland Tower arahan Pierre Andre dapat diterima ramai. Projek yang bermula dengan hobi dan kemudian diterima MIG untuk diangkat ke layar perak, cukup bermakna buatnya dan menjadi pemangkin semangat untuk terus menghasilkan karya segar dan bermutu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 3-11-2013 10:37 AM
paging @telracs , @miawpink @suterabiru123 @nenekdiva @KarinaKapur atau siapa2. tolong tepek muka depa http://instagram.com/atikahsuhaime   http://instagram.com/mikail_andre

http://instagram.com/p/gIcZm7xKOv/

http://instagram.com/p/fj_1gwRKO4/

http://instagram.com/p/gH---4Fxc-/   <-- Kena katakan kekasih & Mika bg statement kwn sajorkkk

http://instagram.com/p/gOIX4XlxS4/

http://instagram.com/p/fqHvTDFxS_/  <-- Babydee komen, nak try kewww? Last edited by rosasa on 3-11-2013 11:59 AM

Quote md_nana 3-11-2013 10:37 AM
Tak kenal nye........
Quote melia_adamz 3-11-2013 10:41 AM
Semua cete depa x tgk lagi,,dah ade gosip ker? Huhuhu
Quote skymania 3-11-2013 11:09 AM
sapa derang neh?????????
Quote pudgeown 3-11-2013 11:14 AM
*bla bla bla...scroll bwh nk tgk gmbr*

alahai retis sendu
retis ke??
Quote rosasa 3-11-2013 11:20 AM
skymania posted on 3-11-2013 11:09 AM
sapa derang neh?????????

Mikail ni adiknya Piere , Atikah ni retis baru kesayangan MIG

dorang blakon sama2 jah dalam Highland Towers tuh
Quote evlinne 3-11-2013 11:32 AM
Gila sendu mangkuk dua orang ni hahaha
Quote nuryakmal 3-11-2013 11:38 AM
Tuanya muka!!!! Apsal la ketara sangat actors muda ni gigih nak tua kan diri???? Apsal ?? Apsal?? Apsal???

Yang jantan tu nampak macam pedophile bersiri??!!!
Quote mitnick 3-11-2013 11:51 AM
laa umo br 21 n 22 ke?
Quote punchup 3-11-2013 12:00 PM
rosasa posted on 3-11-2013 11:20 AM
Mikail ni adiknya Piere , Atikah ni retis baru kesayangan MIG

dorang blakon sama2 jah dalam Hi ...

muka mmg ada piere......brp org beradik piere ni?
Quote rosasa 3-11-2013 12:00 PM
fefeling johnny depp

Quote rosasa 3-11-2013 12:05 PM
punchup posted on 3-11-2013 12:00 PM
muka mmg ada piere......brp org beradik piere ni?

2 saja , tgk artikel ni : http://www.hmetro.com.my/articles/Hubungananak-beranakakrab/Article?hm

Last edited by rosasa on 3-11-2013 12:08 PM

Quote rosasa 3-11-2013 12:06 PM


muka maknyaaaa
Quote mixed 3-11-2013 12:08 PM
Who cares senduuuuuuu senjuk beku bak everest
Quote EmmaDarl 3-11-2013 12:52 PM
alah.publisiti murahan jer ni :lol
Quote zaipen 3-11-2013 01:23 PM
bajet retis hot la tew
Quote Kassim_Patalon 3-11-2013 01:26 PM
tak hensem tak cantik tak tahu apa sumbangan dalam ekonomi nugara turcinta
Quote lilacomot 3-11-2013 01:57 PM
yg pompuan lgsung xkenal...yg lelaki tu kenal gk laaa...dlm iklan  maxis ke pe dulu
Quote rina0602 3-11-2013 02:02 PM
Piere lagi ensem dari adik die yg ni..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.064044 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top