CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kahwin Bukan Lagi Keutamaan

4-11-2013 09:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7031| Komen: 49

Description: Memang Mudah Kalau Sekadar Nak Berkawan Dengan Mana-Mana Lelaki. Tapi Kalau Masuk Bab Hati, Tak Semua Orang Boleh Terima Kita. Sebab Soal Hati Susah Hendak Dijangka.


"ZAMAN untuk berkahwin sudah lepas. Kalau dulu sebelum umur 40 tahun, ada juga terfikir. Tapi sekarang tidak lagi," kata penyanyi Adibah Noor berhubung soal jodoh.

Bahkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengakui keinginan untuk hidup berumah tangga bukan menjadi keutamaan. Sementelah hasrat tersebut semakin pudar apabila usia semakin meningkat.

Bukan memandang remeh soal jodoh tetapi Adibah reda. Dia nekad tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh sehingga menjadi satu beban dalam hidup.

“Saya pernah bercinta dan berasa sakitnya putus cinta. Perasaan itu juga lumrah dirasai oleh mana-mana wanita yang pernah bercinta.


“Apabila jodoh pasangan hidup tidak ada.... saya akur jika itu kehendak-Nya. Mungkin bab itu bukan bahagian saya atau saya akan ketemu juga cinta sejati satu hari nanti, mana tahu.

“pada masa yang sama saya juga percaya bahawa jodoh itu berkaitan dengan kekerapan pertemuan dengan mana-mana individu dalam hidup. Macam kita selalu terserempak atau berjumpa dengan kawan, itu pun namanya jodoh.

“Sebab itu buat masa sekarang ini saya tak berharap untuk bercinta lagi," katanya yang ditemui di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengusik sama ada pernah ada cubaan untuk menjodohkan Adibah dengan mana-mana lelaki, kata penyanyi itu:

“Memang mudah kalau sekadar nak berkawan dengan mana-mana lelaki. Tapi kalau masuk bab hati, tak semua orang boleh terima kita. Sebab soal hati susah hendak dijangka.
“Kalau sekadar nak menjaga hati kawan yang cuba menjodohkan kita itu, baik tak payah. Sebab selalunya hubungan yang diatur macam itu tak ke mana. Susah kalau diteruskan jika tiada keikhlasan antara dua pihak," katanya penuh makna.

Kuasa wanita

Tidak mahu mengambil pusing soal pasangan hidup, Adibah kini menggunakan sepenuh potensi diri dalam bidang seni untuk masa depan.
Apa sahaja peluang yang ada di depan mata akan digunakan sepenuhnya. Penyampai radio Suria FM ini juga mahu membuktikan bahawa wanita bujang juga boleh berdikari dan tidak bergantung dengan mana-mana pihak.

Adibah juga tidak sesekali menggunakan status bujang sebagai alasan untuk tidak bersaing dengan wanita yang memiliki profesion hebat di luar sana.
“Saya tidak pernah memandang status wanita itu bila kita kaitkan dalam soal mencari rezeki. Pada zaman milenium ini, sesiapa saja yang rajin membanting tulang, pasti akan mendapat faedah.

“Kita kena rajin merebut peluang. Orang wanita hari ini bukan lagi fokus pada kerja-kerja menjahit, memasak dan mengemas. Mereka juga berpotensi untuk bersaing dan maju ke hadapan.

“Dan saya juga menyokong semua usaha untuk menjadikan seseorang wanita menjadi perkasa. Tidak bergantung kepada mana-mana pihak dan punya pendapatan sendiri untuk hidup," katanya lagi.

Adibah juga akan menjayakan Malam Amal Sejuta NurQilan anjuran NurQilan Qaseh, Viva Palestina Malaysia dan Kelab Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPFC) pada 13 November ini.

Majlis yang bakal dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bertujuan untuk menjayakan program amal bagi mengisi tabung pembiayaan mikro kredit wanita Palestin.

Selain Adibah, Malam Amal Sejuta NurQilan itu turut disertai penyanyi Hattan dan Afdlin Shauki dan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya 24, Persiaran Perdana Presint 3 Putrajaya.

Dana yang diperoleh menerusi penjualan meja akan disalurkan kepada wanita-wanita Palestin yang berkelayakan untuk membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan kecil-kecilan.


Bagus
3

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 4-11-2013 10:17 AM
mohon ditarbiyyah oleh @ifanonline
Quote annehuda 4-11-2013 10:24 AM
Kassim_Patalon posted on 4-11-2013 10:17 AM
mohon ditarbiyyah oleh @ifanonline

sbb ade lelaki mcm @ifanonline la pompuan mcm adibah noor taknak kawen

Quote cikatilia 4-11-2013 10:27 AM
xnak kawin ka.. kawin tak penting ka.. bukan priority ka.. diam2 sudeeh
xyah la jaja2 cik kak oiii


Quote mitnick 4-11-2013 10:55 AM
err, kaka bila mau kuo single baru?
Quote nurfariezza 4-11-2013 10:56 AM
cikatilia posted on 4-11-2013 10:27 AM
xnak kawin ka.. kawin tak penting ka.. bukan priority ka.. diam2 sudeeh
xyah la jaja2 cik kak oiii
...

dlm erti kata lain, dia nk habaq kt sume org "aku xlapaq laki ok"...
Quote prettymanja 4-11-2013 10:56 AM
Nabi xngaku Umat, sesape yg xnak kawin nie ahkak Adibah oii.. huhu
Quote cikatilia 4-11-2013 10:58 AM
nurfariezza posted on 4-11-2013 10:56 AM
dlm erti kata lain, dia nk habaq kt sume org "aku xlapaq laki ok"...

hahaha aku pon setuju ayat tak habaq lelaki tu..
lapaq nasik/ mee saja kan?
hahahaha

serious sebagai seorg bujang.. aku rasa malu dgn golongan yg mcm ni..
screaming bujang kekdahnya..
AKU BUJANG!!!! itu yg aku nampak..
no need to be proud of it no need to ashamed of it.. just diam2 sudah menjaga maru-ah

ye dop?
Quote nurfariezza 4-11-2013 11:09 AM
cikatilia posted on 4-11-2013 10:58 AM
hahaha aku pon setuju ayat tak habaq lelaki tu..
lapaq nasik/ mee saja kan?
hahahaha

btol 2...
nnt jd sorg pelakon 2, mula2 habaq xlapaq laki..
ps2 mula m'gedik nk b'laki plak...
kn da malukan dri sndri..

klu btol pn da xlapaq laki, smpan sndri da r...
bkn p kecoh2 kt fan dorg...
Quote September14 4-11-2013 11:12 AM
adibab nor poyooo
Quote ashraf5587 4-11-2013 11:56 AM
Tak baik.Ada jodoh jgn ditolak.
Quote annehuda 4-11-2013 12:07 PM
“Saya tidak pernah memandang status wanita itu bila kita kaitkan dalam soal mencari rezeki. Pada zaman milenium ini, sesiapa saja yang rajin membanting tulang, pasti akan mendapat faedah.

“Kita kena rajin merebut peluang. Orang wanita hari ini bukan lagi fokus pada kerja-kerja menjahit, memasak dan mengemas. Mereka juga berpotensi untuk bersaing dan maju ke hadapan.

“Dan saya juga menyokong semua usaha untuk menjadikan seseorang wanita menjadi perkasa. Tidak bergantung kepada mana-mana pihak dan punya pendapatan sendiri untuk hidup," katanya lagi.


well said kak adibah noor

bab women empowerment kt malaysia ni mmg kureng...
Quote ogata 4-11-2013 12:15 PM
annehuda posted on 4-11-2013 12:07 PM
well said kak adibah noor  

bab women empowerment kt malaysia ni mmg kureng...

sejak bila dlantik jadi premod ni??
Quote annehuda 4-11-2013 12:25 PM
ogata posted on 4-11-2013 12:15 PM
sejak bila dlantik jadi premod ni??

sejak dr bulan lepas lg tp bukan mod board gossip la. board wayang je
Quote akuMNdia 4-11-2013 12:26 PM
adibah ni bukan takmo kawin..tp dia dah pasrah..
ada jodoh... Alhamdulillah...
kalau takder jodoh kat dunia ni ... dia terima..
salah ke statement dia tu ?


Quote cantleyi 4-11-2013 12:30 PM
takpe la kak...ada jodoh kawen la juga..

belum sampai masa kita diam2 kan saja...

ada hikmah setiap kejadian

kita merancang Dia menentukan, nescaya perancangannya adalah lebih baik
Quote sekel 4-11-2013 12:33 PM
sampai jodoh mana bole tolak..................statement tu masa ditanya pada masa itu oleh wartawan...........wartawan pun x citer nk kuar kat paper
Quote awanindah 4-11-2013 12:57 PM
jodoh mu pasti akan datang jua, deeb...

akan ku doakan ... aminnn...
Quote harisbee 4-11-2013 01:41 PM
lor...harus soalan tu yg ditanya oleh wartawan kan??

so mcm tu la adibah menjawab....bukan dia nak shout satu dunia yg dia BUJANG??? apa2 la
Quote azzira 5-11-2013 01:00 PM
dia cuma menjawab soklan wartawan...tak salah pun apa yg dia ckp tu....aku pun pompuan bujang....aku tak malu pun apa yg dia bgtau.....betul apa....

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060217 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top