CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Remaja Baling Kucing Mesti Dicari, Wajib Kenakan Tindakan Berat" - Fazura

18-1-2021 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2793| Komen: 10

Description: Hanya kerana dahagakan perhatian dalam media sosial, sekumpulan remaja sanggup bertindak tidak berperikemanusian dengan melempar seekor kucing tanpa rasa belas kasihan.
Hanya kerana dahagakan perhatian dalam media sosial, sekumpulan remaja sanggup bertindak tidak berperikemanusian dengan melempar seekor kucing tanpa rasa belas kasihan.

Perkara tersebut menarik perhatian pelakon Nur Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 37, yang menggesa agar pelakunya dicari dan dikenakan tindakan berat.



Kredit foto: IG Fazura

“Remaja baling kucing mesti dicari dan tindakan berat wajib dikenakan,” ciap pelakon filem Gol & Gincu itu.


Kredit foto: IG Fazura

Kelmarin, tular sebuah video seorang remaja melempar seekor kucing dari sebuah lokasi tinggi yang tidak diketahui sambil dirakam dan diperhatikan beberapa rakannya.


Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Malaysia memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung tindakan tidak bermoral itu seperti yang tular dalam laman sosial sejak Sabtu.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kejadian dipercayai berlaku di negara ini kerana rakaman tersebut ada memaparkan kereta Perodua MyVi di lokasi kejadian.

“Kejadian disyaki berlaku di sebuah ladang di Sarawak. Orang ramai yang mengecam wajah pelaku diharap dapat tampil membuat aduan kepada polis.

“Boleh juga salurkan maklumat ke talian whatsapp MyAct Hotline 011-20901097 atau di laman web animalmalaysia.com,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Katanya lagi, tindakan remaja itu adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan kematian haiwan berkenaan dan menyalahi Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Masyarakat juga diingatkan supaya tidak menjadikan haiwan seperti kucing sebagai bahan pembikinan video hiburan untuk dimuat naik dalam media sosial seperti TikTok kerana itu perbuatan yang zalim,” katanya.


Loading FB Post...

Sebelum ini, sekitar Disember tahun lalu, seorang remaja lelaki yang memuat naik rakaman video melempar seekor kucing demi meraih perhatian di aplikasi TikTok diberkas polis. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ArnabAtasBulan 18-1-2021 06:53 PM
tak boleh view video. tapi saya tak sanggup tengok pon.
mohon cari budak tu sampai dapat.
Quote pakwetizzaqyah 18-1-2021 06:55 PM
kucing dan yang membaling tu gosip hangat ye
hahahhahahaha
Quote hyie 18-1-2021 06:57 PM
kat akhirat nanti binatang tu plak tibai orang tu balik
Quote sarah82 18-1-2021 07:10 PM
Aku ni sedih sebab kucing stray aku dok bagi makan kat arwah tok.. Tak tau sapa yg dok bagi makan..hamjadah2 yg baling kucing senang2 ja buat kerja haramjadah..
Quote harkktuih 18-1-2021 07:18 PM
Mentalnya lah manusia2 ni yg dok zalim kat binatang..
Quote Yunbin 18-1-2021 07:54 PM
Tak suka pon tak perlu kot nak baling..nak jadi pscyhopath ke ape bebudak ni..
Quote jerukkedondong 18-1-2021 08:15 PM
Nak melempar sangat gi masuk acara lempar cakera ..gi lempar kucing buat apa tongong
Quote one_aiman 18-1-2021 08:52 PM
demi sebuah content tiktok/youtube..punah hancur lebur budak2 zaman skrg
Quote Hoola 18-1-2021 09:52 PM
Gila org sekrg..dari hal buh kucing dlm mesin basuh,bla bla nvr ending
Depa yg binatang srbnrnya!!!{:yameteh
Quote Perawankota 19-1-2021 12:23 AM
Citer ni bkn dh lama ke

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.366382 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top