CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

'Johan As'Ari Bawa Aura Positif',- Shila Hamzah

31-10-2013 05:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 38914| Komen: 272

Description: Tambah Penyanyi Yang Popular Dengan Lagu Patah Seribu Itu, Johan Muncul Dalam Hidupnya Sebelum Dia Mengerjakan Umrah Pada Mac Lalu Dan Kehadiran Lelaki Itu Seperti Memberikan Aura Positif Padanya Sert ...
'Johan As'ari Bawa Aura Positif', Terima Jika Jodoh - Shila Amzah



PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah sedia menerima pelakon Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya mereka ada jodoh.

Shila berkata, setakat ini Johan antara sahabatnya yang paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti pasangan bercinta.

"Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta.

"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti," katanya.




Shila ditemui pada majlis pengisytiharannya sebagai artis naungan Warner Music Malaysia di Hotel Royale Bintang, Damansara di sini pada Rabu.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu, Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya serta keluarga.


"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.

"Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya.

"Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Shila yang kini menetap di China bersyukur dapat bernaung di bawah Warner Music kerana ia lebih memudahkannya dalam menguruskan kerjaya seninya di Malaysia.


"Sekarang ini saya muncul dengan album baru berjudul Shila Amzah. Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di China, saya memerlukan sesebuah pengurusan yang boleh mempromosikan album saya di negara ini.

"Selepas pihak Warner menawarkan saya berada di bawah naungan mereka, saya rasa ini adalah peluangnya di mana kontrak diikat mengikut bilangan album yang dikeluarkan," tuturnya.


Turut hadir pada majlis itu, bapa Shila iaitu N.D Lala serta Ketua Pegawai Eksekutif Warner Music, Darren Choy.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 31-10-2013 10:25 AM

Quote tomet05 31-10-2013 10:29 AM
semoga berjaya lah dik non
Quote aderaderker 31-10-2013 10:33 AM
Posing tonggek kalah cik ta ko.....
Quote Mizlyn 31-10-2013 10:35 AM
tonggek ko
Quote nurfariezza 31-10-2013 10:35 AM
aderaderker posted on 31-10-2013 10:33 AM
Posing tonggek kalah cik ta ko.....

hahha...che ta tetap menang...
sbb aset che ta mantop kebabom!!!
Quote eija2013 31-10-2013 10:38 AM
hari tu baca kat mana ntah...Johan kata tengah berkawan dengan artis...tapi x bgtau sapa....maybe betul la dengan Shila ni..
Quote disneyprincess 31-10-2013 10:39 AM
kalau dah jodoh. kahwin je la.hehe. semoga bahagia.
Quote rosasa 31-10-2013 10:42 AM
amboi ,,,,,,
Quote sapp73 31-10-2013 10:46 AM
TBA...kenapa banyak thread ada edisi ni...shila, semoga ambik pengajaaran dari kisah cinta yang lalu ye
Quote p.timur3831 31-10-2013 10:46 AM
shilalat....
Quote hanezzafirah 31-10-2013 10:47 AM
aku rasa die ni dah gatal nak berlaki...ayahnye ND kawenkan la cepat...dah berair dah anakmu tu
Quote dahliateck 31-10-2013 10:49 AM
time suka puji melambung

tu je la keje ko shila, jantan x abis2
Quote peah311 31-10-2013 10:56 AM




ngaku jela bercintaaaa
Quote Bedah279 31-10-2013 10:59 AM
poyo je nangis,lari dari rumah,siap buat lagu mcm x nak brcinta dah x smpai bbrp bulan dah dpt pengganti
Quote rolypoly 31-10-2013 11:00 AM
k-POP sangat abam johan




Quote misskitty 31-10-2013 11:00 AM
suka dengan shila nye dress up.. wat masa ni dia terbaik la.. pada mata aku..

tapi dia dgn johan, ok ! cuma ambil pengajaran dari kisah lalu..

belom ada hubungan sah... jgn buat public meluat..
Quote cikatilia 31-10-2013 11:04 AM
tapibukanaku posted on 31-10-2013 10:25 AM

persis tak selesa gitu berdiri

selama hari ni takde ke manusia sekitar sheols bagi aura positif?


Quote edoraixora 31-10-2013 11:04 AM
Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya serta keluarga.



mase tu bukan ke tgh kecoh pasal cinta sharnaaz tak dapat restu ND lala...dok berbalas2 kenyataan
Quote mitnick 31-10-2013 11:06 AM
dulu2 mmg ade gossip shila ngn johan

pastu gossip johan berkenalan ngn seseorg tp xnk dedahkan identiti

skrg gossip blk duorg nie

Lihat semua komen(272)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053514 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top