CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Jimat Duit, Jana Duit -Nah, 5 Kelebihan YES Kasi Up, Serendah RM15 Sebulan

14-1-2021 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46400| Komen: 18

Description: Covid-19 yang melanda seantero dunia telah memberi kesan yang cukup mendalam ke atas setiap lapisan masyarakat. Banyak syarikat mengisytiharkan penutupan dan tak kurang juga yang mengambil tindakan me ...


Covid-19 yang melanda seantero dunia telah memberi kesan yang cukup mendalam ke atas setiap lapisan masyarakat. Banyak syarikat mengisytiharkan penutupan dan tak kurang juga yang mengambil tindakan memberhentikan sebahagian besar pekerjanya.

Norma baru yang menjadi amalan masyarakat sekarang menjadikan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah, membeli-belah hanya di atas talian, memesan makan melalui telefon bimbit, mengikuti kelas online dan sebagainya. Segala-galanya pastinya memerlukan internet. Jadi, apakah pakej data internet yang menawarkan harga yang berpatutan dan berbaloi di Malaysia? Ya! YES Kasi Up jawapannya.


Pakej YES Kasi Up, bermula RM15 sebulan

YES Kasi Up adalah pakej pascabayar dan prabayar baharu yang dilancarkan oleh  YTL Communication YES. Di sebalik namanya, ia sebenarnya membawa makna besar iaitu untuk membantu, menyokong dan memberikan dorongan kepada yang memerlukan. Selain menawarkan pakej yang berpatutan untuk Internet, ada juga pelbagai 'bonus' tambahan lain yang selama ini tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi.



Tujuan utama YES Kasi Up adalah untuk mewujudkan kitaran penggunaan yang baik, agar setiap ringgit yang dibelanjakan oleh orang ramai dapat memberikan lebih banyak pulangan. Misinya adalah untuk membantu rakyat menerima ekonomi digital, menjadikan data mampu milik dan membuatkan pengguna berada dalam talian serta pendemokrasian e-dagang.

5 Kelebihan YES Kasi Up

Zaman sekarang memang banyak yang menawarkan pakej rangkaian data tapi kalau nak tahu YES Kasi Up memang sangat berbeza. Selain murah, pengguna juga akan menikmati pelbagai tawaran yang sangat istimewa.


Program YES Kasi Up Rujuk & Jana (Refer & Earn).


Konsepnya bukan sahaja membolehkan pengguna menjimatkan wang, tetapi juga membantu menjana duit! Ia tidak memerlukan kemahiran istimewa, tiada latihan, dan tiada modal diperlukan. 

Jika anda sudah melanggan YES Kasi Up, ini bermaksud anda berpeluang untuk buat duit dengan merujuk rakan atau ahli keluarga untuk sama-sama melanggan pelan YES Kasi Up.

Bagi setiap rujukan, anda dan rakan atau ahli keluarga, kedua-duanya akan menerima ganjaran wang tunai sehingga RM50.


Data rangkaian percuma dengan YES DATABACK


Berita baik buat mereka yang selalu membeli-belah di Shopee! YES akan memberikan data internet percuma kepada pengguna yang membeli barang keperluan harian, aksesori fesyen, aksesori rumah, produk kesihatan dan kecantikan di Shopee.

Ini adalah kerjasama eksklusif antara YES Kasi Up dan Shopee.

Pengguna prabayar dan pascabayar YES boleh mendapatkan data percuma 5GB bagi setiap perbelanjaan RM50 di Shopee dan dapat memperoleh sehingga 100GB secara percuma setiap bulan!

Kalau anda dah berbelanja lebih dari RM50 di Shopee Disember lepas, sila tuntut data percuma anda sekarang juga!

Dalam tempoh promosi, pelanggan yang membeli kad sim YES buat kali pertama juga berpeluang membeli pakej "YES Kasi Up Prabayar 15" yang harga asalnya RM15 dengan hanya RM1 di Shopee. Pengguna akan menerima 10GB data yang tempohnya sah selama 30 hari. Menariknya kad sim tersebut akan dihantar terus ke rumah secara percuma. Hebat bukan?



Tanpa caj selama enam bulan pertama

Sebagai tambahan, jika anda memilih pakej pascabayar "YES Kasi Up Postpaid 49", pengguna akan mendapat 100GB data dengan harga RM49 sebulan dan tak payah bayar selama enam bulan pertama. Syaratnya hanya perlu mengikat kontrak selama dua tahun.

Kelajuan rangkaian 4G bertambah baik

Walaupun harga diturunkan, selain 2300MHz and 2600MHz 4G yang sedia ada sekarang ini, YES diperuntukkan 800MHz spektrum oleh kerajaan yang akan digunakan untuk memperluas liputan rangkaian 4G dan memastikan ia mempunyai kapasiti dan spektrum yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat.

Buat pengetahuan, YES adalah satu-satunya yang mempunyai rangkaian 4G 100% di Malaysia dan akan terus berkembang di bawah pelaksanaan inisiatif JENDELA oleh kerajaan.

Tiada had kelajuan dan halangan masa untuk penggunaan data 

Biasanya yang selalu kita hadapi adalah kelajuan internet akan menjadi perlahan sekiranya menggunakan data internet yang melebihi kuota yang ditetapkan. Namun dengan YES Kasi Up semua adalah tidak terhad.

Sebagai tambahan, pakej prabayar Kasi Up bermula dari RM15 sebulan, pengguna akan mendapat data Internet 10GB yang mempunyai tempoh sah selama 30 hari. Nak lebih data tambahan? Tiada masalah, anda boleh menambah dan membelinya sendiri di MyYes app anda dengan harga bermula RM1 untuk setiap 1GB.


Bagi pengguna yang memerlukan data yang lebih banyak, pakej pascabayar Kasi Up menawarkan 100GB dengan hanya RM49 sebulan!

Bagaimana, adakah ianya belum cukup menarik untuk memiliki pakej data rangkaian terbaik ini? Apa tunggu lagi, ayuh daftarlah segera!

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi MyYES di Google Playstore dan Apple Store sekarang juga.

Maklumat lebih lanjut, sila layari laman web www.yes.my. -CARI

394

Bagus
360

Marah
332

Terkejut
356

Sedih
384

Lawak
377

Bosan

Friends Rank (2203 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 14-1-2021 02:31 PM
pengalaman iols pkai YES sebelum TM tambah port baru dekat kampung, line mcm hanat.... jenuh tggu 24 bulan utk terminate sbb terikat kontrak....
Quote vespa_oren 14-1-2021 02:41 PM
patut aku dapat 80gb yes free, jap lgi nk masuk sim yes free 2gb bulan2 org rumah aku buat hotspot
Quote baghal_bortuqal 14-1-2021 03:36 PM
Yes! Gi mampos!
Quote CiliPadiSedap 14-1-2021 03:45 PM
Orix replied at 14-1-2021 02:31 PM
pengalaman iols pkai YES sebelum TM tambah port baru dekat kampung, line mcm hanat.... jenuh tggu 24 ...

haah line cam haram yes, masa mula2 keluar laju tapi tak de unlimited. sejak kes sekolah yes tu line macam tenuk betul. slow amat. tak payahlah guna 49 ni sebab kontrak 2 tahun.  guna umobile tanpa kontrak lagi selamat or maxis.
Quote CiliPadiSedap 14-1-2021 03:47 PM

yes ni mcm p1 wimax dulu, dia orang buat kontrak. sekarang telco lain dah boleh 4G jadi marketing yes ni bakalan berkubur feedback pun banyak tak bagus sebab speed slow tak macam dulu2.

kalau yes nak kekal bersaing hapuskan kontrak buat mcm yoodo, tapi yoodo ni lagi teruk dari yes mnp celcom data murah line slow2 siput sedut pun lagi laju. kiranya kekal juara maxis, umobile, digi yang boleh pilih data berbaloi
Quote zuuu 14-1-2021 04:44 PM
Aq almost nk beli simcard yes ni kat shopee tapi banyak gila negative review,cakap hanya boleh guna untuk sehari je lepas tu xleh pakai,activation x sah...terus xjadi nk beli
Quote Artemesiaa 14-1-2021 06:18 PM
Tq jer lah tak berminat buat masa ni
Quote Miss.H 14-1-2021 06:20 PM
Dapat 100gb free dari shopee. Tapi sayang coverage tak ada
Quote Themilo 14-1-2021 08:20 PM
Iols baru jaa dapat simkad rm1 dari shopee semalam & dapat 10gb. Then shopee bagi lagi 10gb. Total 20gb. So far ok la speed kat jb ni.
Quote Ain_h 26-1-2021 02:41 AM
Tq Yes!!!!!!!!
Quote CikYaYaYa 26-1-2021 03:43 PM
laju me idok line nya..? Sakit jiwa betoii dgn line tenet kt area iols ni.. Pdhl bukan kwsn pndalaman pon
Quote Plain-tif 17-3-2021 10:24 AM
Line hauk sehauknya even kat urban area
Quote hasniey 17-3-2021 05:45 PM
Bru redeem kt shoppe singgit.hauk jah line nye.rumah ai ni digi je yg ok.line lain harammm
Quote hasniey 17-3-2021 05:46 PM
zuuu replied at 14-1-2021 04:44 PM
Aq almost nk beli simcard yes ni kat shopee tapi banyak gila negative review,cakap hanya boleh guna  ...

Eh xla..ai pkai dh nk sebulan dh
Quote intanblur 20-3-2021 01:25 AM
Nak nak nak nak
Quote dexter1013 4-5-2021 05:08 PM
this one i have buy it from shopee each only RM1
Quote Plain-tif 19-7-2021 02:43 AM
Yes or no?
Quote reynold00 28-7-2021 12:43 AM
Okla simcard die ,laju pun laju

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063213 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top