CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

MyMy Sokong Penggiat Seni Terkesan Covid-19 Dengan Kempen #MyMalaysia

15-9-2021 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2398| Komen: 0|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Industri seni Malaysia antara yang paling terjejas akibat pandemik Covid-19. Tiada lagi persembahan muzik secara langsung, manakala pelbagai hiburan seni dan galeri ditutup, mengakibatkan ramai anak s ...

Industri seni Malaysia antara yang paling terjejas akibat pandemik Covid-19. Tiada lagi persembahan muzik secara langsung, manakala pelbagai hiburan seni dan galeri ditutup, mengakibatkan ramai anak seni berdepan masalah kewangan.


Oleh itu, MyMy – singkatan daripada “My Malaysia” tampil memperkenalkan kempen #MyMalaysia bagi membantu artis yang terkesan supaya dapat meneruskan aktiviti kesenian. 

Melalui #MyMalaysia, MyMy mendorong golongan artis dan anak seni berkongsi tentang Malaysia dari sudut pandang mereka (dalam hal ini, melalui lensa) dan ganjaran wang akan diberikan kepada entri terbaik.



Malah, ia akan dipamerkan di laman Instagram MyMy di mana pengguna boleh melihat sendiri karya terbaik yang dihantar melalui @mymy, atau menggunakan #MyMalaysia di Instagram.

Ditubuhkan pada tahun 2018, MyMy adalah e-dompet (“e-wallet”) yang diasaskan di Malaysia yang bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia ke arah celik digital dan kewangan sambil memacu Malaysia ke arah ekonomi digital yang kreatif. 




"MyMy melihat industri seni tempatan sebagai simbol kemajuan negara kita. Berbekalkan semangat #KitaJagaKita, kami ingin memainkan peranan dalam membantu anak seni tempatan untuk terus bertahan dan berkembang sambil berkongsi karya mereka untuk mengingatkan rakyat Malaysia betapa indahnya negara kita dengan keunikan budaya tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyMy, Kishore Samuel.

Sementara itu, Pengasas Bersama MyMy, Joe McGuire berkata, MyMy ingin memperkasakan semua rakyat Malaysia untuk melihat negara ini dari lensa dan perspektif yang baru selain menjadi sebahagian daripada kemajuan negara. 




"Itulah sebabnya kami sedang mengusahakn satu produk untuk semua rakyat Malaysia. Sesuatu yang intuitif, mudah diakses dan mempunyai nadi Malaysia sebagai terasnya,” katanya.

MyMy ingin menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia melihat keindahan negara dan mengalu-alukan sebarang penyertaan daripada mereka yang ingin berkongsi karya seni dengan mempamerkan keindahan Malaysia. 



Ikuti dan jangan lupa tag @MyMy di Instagram dan hashtag #MyMalaysia. Penyertaan terpilih akan diberi ganjaran.

Anda juga boleh membuat pra-pendaftaran untuk mendapat akses awal ke MyMy dan menjadi salah seorang penguji Beta di www.my-my.com/#RegisterNow. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041022 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top