CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alami Selsema Dan Batuk, Gorila Di Zoo Dijangkiti Covid-19

13-1-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1997| Komen: 8

Description: Beberapa gorila di Taman Safari Zoo San Diego di California, Amerika Syarikat (AS), positif Covid-19, mungkin kejadian pertama membabitkan penularan terhadap spesies beruk besar, lapor Agensi Berita X ...
Beberapa gorila di Taman Safari Zoo San Diego di California, Amerika Syarikat (AS), positif Covid-19, mungkin kejadian pertama membabitkan penularan terhadap spesies beruk besar, lapor Agensi Berita Xinhua menurut pegawai zoo pada Isnin.


Pegawai pengendali Zoo dan Taman Safari Zoo San Diego, dalam satu kenyataan berkata, mereka menguji sampel najis gorila melalui Sistem Makmal Kesihatan Haiwan dan Keselamatan Makanan California selepas dua gorila mengalami batuk pada 6 Januari.

Makmal Perkhidmatan Veterinar Nasional Jabatan Pertanian AS pada Isnin mengesahkan keputusan positif. Hasil ujian mendapati kewujudan SARS-CoV-2, virus penyebab Covid-19, pada beberapa gorila dan tidak menolak kemungkinan kehadiran virus pada gorila lain dalam kumpulan haiwan itu, menurut kenyataan itu.

Foto: EPA


"Selain mengalami selesema dan batuk, gorila itu dalam keadaan baik," kata Pengarah Eksekutif Taman Safari Zoo San Diego Lisa Peterson, sambil menambah gorila trbabit tetap dikuarantin bersama.

Menurut beliau, haiwan itu disyaki dijangkiti daripada petugas yang tidak mempunyai gejala, sungguhpun semua langkah berjaga-jaga dengan mematuhi protokol keselamatan Covid-19 kesihatan awam telah diambil.

"Kajian penyelidikan mengesahkan beberapa primat bukan manusia terdedah kepada jangkitan SARS-CoV-2, tetapi ini adalah contoh pertama penularan semula jadi kepada beruk besar dan tidak diketahui sama ada ia akan mengalami tindak balas serius," kata pegawai.

Taman Safari Zoo San Diego, tarikan utama pelancong di daerah ini, ditutup kepada umum sejak 6 Disember 2020.

Terdapat laporan mengenai haiwan yang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) di laman web rasminya menyatakan terdapat risiko manusia menyebarkan virus Covid-19 kepada haiwan dan kes pertama haiwan disahkan positif di AS membabitkan seekor harimau di sebuah zoo di New York. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 13-1-2021 09:33 AM
get well soon.. slamat berkuarantin
Quote Knowlee 13-1-2021 09:39 AM
Sian gorila... {:freak
Quote Megikari 13-1-2021 11:13 AM
Mesti petugas sana tak berani nak jolok swab test dlm lobang hidung gorila tu
Quote Belibis 13-1-2021 11:17 AM
Gorila tak pakai mask ke masa terima pengunjung?
Quote putericahaya999 13-1-2021 11:33 AM
Get well soon dear
Quote Artemesiaa 13-1-2021 03:45 PM
Megikari replied at 13-1-2021 11:13 AM
Mesti petugas sana tak berani nak jolok swab test dlm lobang hidung gorila tu

Mana berani mereka nak buat time sedar mesti diberi ubat pelali dulu sebelum buat swab test
Quote nanies 13-1-2021 04:05 PM
moga cepat sembuh. dan selamat berkuarantin
Quote hatikudus 13-1-2021 04:18 PM
aloo sian cik/incik gorilla...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.296725 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top