CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Ditahan Tawar Khidmat 'Sugar Daddy, Mommy' Guna Gambar Kerabat

9-1-2021 06:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6599| Komen: 44

Description: Dua lelaki warga Nigeria disyaki terbabit dengan sindiket menawarkan perkhidmatan seks tidak wujud ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jenjarom, Selangor, Selasa lalu.
Dua lelaki warga Nigeria disyaki terbabit dengan sindiket menawarkan perkhidmatan seks tidak wujud ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jenjarom, Selangor, Selasa lalu.

Suspek berusia 25 dan 31 tahun itu menyamar sebagai pelajar bidang pentadbiran perniagaan di kolej di ibu negara ditahan selepas polis menerima laporan penyalahgunaan gambar seorang kerabat diraja dalam satu akaun Instagram pada 10 Julai lalu.



Kredit foto: Bernama

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, hasil siasatan awal polis mendapati akaun Instagram milik suspek dengan nama 'vivi.an6939' menawarkan perkhidmatan seks tidak wujud termasuk perkhidmatan sugar daddy dan sugar mommy.

Sindiket ini dipercayai menggunakan laman sesawang Asia Dating Hookup dan Alliance Dating Hookup bagi menawarkan perkhidmatan itu dan mendakwa tawaran perkhidmatan berkenaan berdaftar di Malaysia, Singapura dan Dubai, katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini hari ini.


Katanya, berkata sindiket ini mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM8,000 semalam bagi ahli yang berdaftar bagi mendapatkan perkhidmatan seks daripada ‘Sugar Baby’ atau anak ikan.

“Bagi Sugar Baby yang ingin bekerja, mereka perlu membuat bayaran pendaftaran sebagai ahli serendah RM400,” katanya.

Beliau berkata suspek direman mulai Rabu lepas sehingga esok bagi membantu siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Dalam perkembangan lain,  seramai 24 individu termasuk seorang lelaki tempatan bergelar ‘Datuk’ ditahan kerana disyaki terbabit sindiket penipuan pelaburan forex melibatkan kerugian lebih RM30 juta, Selasa lepas.

Mohd Kamarudin berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan enam wanita warga tempatan, satu lelaki warga Thailand dan satu wanita warga Indonesia berumur lingkungan 25 hingga 57 tahun serta  direman empat hari bermula Rabu lepas sehingga esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001," katanya.

Sumber: BERNAMA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 9-1-2021 06:52 AM
padan muka... inilah muka sebenar dalam scam sugar mommy daddy yg berlambak kat michat wechat fb..siap ada testimoni video dari jantan2 dan tino2 huduh.  
Quote akusukaq 9-1-2021 07:01 AM
Serah kat Zoo Negara je...kenyang jgk harimau dan buaya kat situ
Quote buragazz 9-1-2021 07:07 AM
Klu set2 ni muka memang takde yang semenggah ekk.. mesti pecah rumah punya...
Quote ultra78 9-1-2021 07:55 AM
Ingat Nigeria,ingat scam.
Quote dua_chzy 9-1-2021 07:59 AM
Edited by dua_chzy at 9-1-2021 08:03 AM
buragazz replied at 9-1-2021 07:07 AM
Klu set2 ni muka memang takde yang semenggah ekk.. mesti pecah rumah punya...


Trevor Noah ensem. Tapi dia bukan Nigerian.
Quote kechikchomel 9-1-2021 08:07 AM
Iolss lagi minat nak tau gambar kerabat mana yg diguna tu
Quote Supersirap 9-1-2021 08:52 AM
Baguslah sudah ditangkap, semoga mendapat hukuman yang sepatutnya
Quote singajantan 9-1-2021 08:53 AM
Trevor noah south african kan
Quote Belibis 9-1-2021 08:59 AM
Kesian yang dah kena scam.nak repot mesti malu.
Quote eLiaD 9-1-2021 09:00 AM
always confused ngan Nigerians ni cz muka dorg sama je..RiP
Quote EvieWanKenobi 9-1-2021 09:12 AM
siap ada yuran pendaftaran nak bekerja..
sah2 la menipu..
Quote Decaffeinated 9-1-2021 09:13 AM
Kalau dah macam tu punya rate customer mesti orang berduit lah...
Quote Ninjanunu 9-1-2021 09:14 AM
Mcm-mcm scam menunggu
Quote Ninjanunu 9-1-2021 09:15 AM
Ramai org mudah tertipu
Quote Scheherazade 9-1-2021 09:17 AM
Dtg negara org buat jenayah camni. Deport je balik & ban for life from entering this country again
Quote Tinot7 9-1-2021 09:20 AM
Lelaki dgn pompan, bawak2 la bertobat cepat mcm adik ni.

[youtube]CcDmJrWt9o0[/youtube]
Quote Tinot7 9-1-2021 09:38 AM
[youtube]6SGXwRR0EkE[/youtube]
Quote ifanonline 9-1-2021 09:46 AM
nigger di mana sahaja di muka bumi memang menjadi sampah masyarakat...

sebab tu di benua afrika tak henti2 perang, musibah, etc...once you go black, you'll be in a wheelchair
Quote sukacactus 9-1-2021 10:10 AM
Perangai dan rupa seiring

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053604 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top