CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ridhzuan (R2) Akui Sukar 'Cari Makan' Jadi Pelawak

31-10-2013 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13076| Komen: 50

Description: Malah Dia Akan Menerima Sebarang Kerja Lakonan Sekiranya Ada Pihak Penerbit Yang Berminat Untuk Bekerjasama Dengannya. "Saya Mengambil Sikap Positif Dengan Memikirkan Saya Masih Muda Dan Banyak Perk ...
Ridhzuan (R2) Akui Sukar 'Cari Makan' Jadi Pelawak         
                     


Ridhzuan (kiri) dan Rahim

PETALING JAYA: Pelawak Ridhzuan Mat Ali yang pernah menjadi anggota kumpulan R2 dalam program Raja Lawak 5 terbitan Astro terpaksa mencari pekerjaan lain berikutan lawaknya sukar mendapat perhatian. Ridhzuan berkata, keadaan tersebut membuatkan dia mengambil keputusan untuk bekerja secara tetap di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Klang, dekat sini.

"Apa yang dapat dilihat bakat pelawak yang ada jauh lebih hebat berbanding bakat saya dan ia agak sukar untuk saya menyaingi mereka pada masa ini. "Dan selepas beberapa bulan melihat tawaran kerja seni semakin kurang, saya perlu membuat keputusan untuk mencari kerja lain bagi menampung hidup.

"Tak bolehlah nak biarkan masa berlalu tanpa kerja dan kerana itu saya membuat keputusan untuk bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Klang," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Dalam kumpulan R2, Ridhzuan bergandingan dengan abangnya iaitu Rahim. Bagaimanapun tambah Ridhzuan, keluar daripada dunia hiburan tidak bermakna dia akan melupakan terus cita-cita untuk bergelar seorang pelawak berjaya.

Malah dia akan menerima sebarang kerja lakonan sekiranya ada pihak penerbit yang berminat untuk bekerjasama dengannya. "Saya mengambil sikap positif dengan memikirkan saya masih muda dan banyak perkara yang perlu belajar sebelum ingin bersaing dengan pelawak-pelawak yang tersedia ada.

"Walaupun tidak terlibat dengan industri hiburan, ia tidak bermakna saya mengalah. Cuma bakat saya belum kuat lagi. Nak melawak bukannya kerja senang. Apabila tiba masanya nanti, saya akan kembali," tuturnya. Dalam pada itu, Ridhzuan berkata, dia tetap menyokong Rahim yang masih aktif dalam  dunia seni termasuklah dilamar menganggotai Shuib dan Jepp menerusi kumpulan Sepahtu dalam  pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan berlangsung bermula 15 November depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 31-10-2013 12:24 AM
akhirnya jumpa cirimin sundri
Quote asha 31-10-2013 12:25 AM
Rahim msuk sepahtu ke? mcm x best je..
Quote edoraixora 31-10-2013 12:36 AM
bagus lah....keje tetap lbih tjamin
Quote wafeenaulia 31-10-2013 12:44 AM
Senduuuu ko jahh
Quote batman_2007 31-10-2013 12:48 AM
Rahim ni berlawak ok tp mcm eksen je time melawak dgn otai2 yg dh lama.
Quote adeluq 31-10-2013 01:07 AM
baguslah, kerja tetap yang lebih halal berbanding duit dari bidang seni ni...
Quote Kassim_Patalon 31-10-2013 02:45 AM
macam tak best jerwwwww.... macam tak best jerwwwww.... macam tak best jerwwwww....  hmmmm......
Quote yayah8989 31-10-2013 09:00 AM
mmg dia x lawak. ok latu keje com logistik
Quote sekel 31-10-2013 09:14 AM
Logistik pun masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkk...............kena pandai cari lubang baikkkkkkkkkk yg halal
Quote aulya 31-10-2013 09:17 AM
rahim join sepahtu? mcm best jgk ni
Quote jonlabu 31-10-2013 10:05 AM
melawak ni bukan boleh dibuat2..mengaku jer la ko mmg tak lawak langsung.
Quote siputsedut 31-10-2013 10:18 AM
rahim tu mcm okay gak kekadang...ridhuan ni mmg sendu sangat..okay la tu..dah jadik supervisor kat syarikat logistik...lebih terjamin masa depan
Quote nurfariezza 31-10-2013 10:20 AM
dia ni lawak ckit dr fida..
fida, silalah cepat sedar dri mcm laki ni....
Quote misskitty 31-10-2013 10:21 AM
tak berapa nak suka rahim masuk sepahtu. adoiiii ..

tapi kalau adik dia skali masuk pon aku tetap tak suka..

Quote CikE 31-10-2013 10:27 AM
asha posted on 31-10-2013 12:25 AM
Rahim msuk sepahtu ke? mcm x best je..

diorg bergabung utk bertanding dlm Maharajalawak 2013 nanti...baru meriah...
rasanya rahim tu ok lgi...sbb sblum ni diorg penah kerjasama...
Quote tomet05 31-10-2013 10:32 AM
semoga berjaya lah walaupun bukan pelawak
Quote elamor 31-10-2013 10:36 AM
abg dia ok lagi lawak la jgk kdg2..si ridhuan ni mmg xlawak lgsg
Quote kenarikelabu 31-10-2013 10:36 AM
bagus la...pandai carik kerja lain. tak mcm Wan Norazlin tuh...siap ckp apa lg kerja lain yg saya boleh buat selain berlakon?? pirahhhhh. jual nasik lemak pon boleh. lagi la org bli sbb ko artis
Quote disneyprincess 31-10-2013 10:42 AM
tak minat pun dia ni. next. haahaha.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.252906 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top