CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Keropok, Badan Lesu Kalau Sehari Tak Makan Mata Pisau Cukur

31-12-2020 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3146| Komen: 19

Description: Wanita dari Jawa Barat mempunyai tabiat makan pelik apabila menjadikan mata pisau cukur sebagai hidangan makanannya selama 25 tahun.
Wanita dari Jawa Barat mempunyai tabiat makan pelik apabila menjadikan mata pisau cukur sebagai hidangan makanannya selama 25 tahun.

Tribunnews melaporkan, wanita dikenali sebagai Nenti, 50, dari Kampung Dadap, Indramayu itu menjadikan mata pisau cukur sebagai makanan ringan wajib, setiap hari.



Kredit foto: YouTube

"Rasanya seperti makan keropok," katanya.

Menceritakan hal itu Nenti berkata, dia menjadikan mata pisau cukur makanan sejak 25 tahun lalu.

Akuinya, ribuan mata pisau cukur sudah dimakan dan dalam sehari kira-kira empat mata pisau cukur wajib dimakannya. Jika tidak, tubuhnya lesu dan tidak mampu bekerja. Malah, kepalanya akan pening secara mendadak.

Dia bersyukur dengan perangai pelik yang dimilikinya itu. Di usianya yang sudah setengah abad membuatnya masih kuat bekerja sebagai pemungut barangan lama supaya boleh bertahan.


Nenti turut mengakui masih kuat berjalan mengelilingi kampung seharian mencari sampah untuk dijual.

"Ada polis pernah tanya, tidak sakit ke? Dan saya memberitahunya langsung tidak sakit," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 31-12-2020 09:42 AM
Wanita dari Jawa Barat mempunyai tabiat makan pelik apabila menjadikan mata pisau cukur sebagai hidangan makanannya selama 25 tahun.


Tribunnews melaporkan, wanita dikenali sebagai Nenti, 50, dari Kampung Dadap, Indramayu itu menjadikan mata pisau cukur sebagai makanan ringan wajib, setiap hari.




Kredit foto: YouTube



"Rasanya seperti makan keropok," katanya.


Menceritakan hal itu Nenti berkata, dia menjadikan mata pisau cukur makanan sejak 25 tahun lalu.


Akuinya, ribuan mata pisau cukur sudah dimakan dan dalam sehari kira-kira empat mata pisau cukur wajib dimakannya. Jika tidak, tubuhnya lesu dan tidak mampu bekerja. Malah, kepalanya akan pening secara mendadak.


Dia bersyukur dengan perangai pelik yang dimilikinya itu. Di usianya yang sudah setengah abad membuatnya masih kuat bekerja sebagai pemungut barangan lama supaya boleh bertahan.


Nenti turut mengakui masih kuat berjalan mengelilingi kampung seharian mencari sampah untuk dijual.

"Ada polis pernah tanya, tidak sakit ke? Dan saya memberitahunya langsung tidak sakit," katanya.




Sumber: Harian Metro
Quote Mooverine 31-12-2020 09:45 AM
Teringat dulu-dulu, yang ada laki tu makan kaca..
Quote any42 31-12-2020 09:54 AM
xcdera ke usus. xbkarat ke bnda alah tu dlm perut ?
teringat dlu2 tgk channel ape tah tnjuk org yg suka mkn sabun la mkn tanah pasir la. bwk bucket p lereng bukit cedok tanah utk bwk balik mkn kt rumah. mkn tanah rasa mcm coklat katanyehhh
Quote c===8 31-12-2020 10:01 AM
berita dari indon kalau 10 limabelas takleh caya
Quote TomyamPuteh 31-12-2020 10:11 AM
Blh je mkn tp variasikan skit la. Buat mata pisau cukur celup tepung ke, mata pisau cukur 3 rasa ke, mata pisau cukur sambal petai ke. Xde la bosan Sgt.
Quote Kurex 31-12-2020 10:31 AM
Kau sbrnya amalkan ilmu santet kan!!!!!
Quote SayaSayangMama 31-12-2020 10:45 AM
Ada penyakit PICa ni kurang zat besi
Quote makneng 31-12-2020 11:04 AM
ada elmu kebal ke mbak nih?  byk la loh mcm mkn keropok
Quote salimrock 31-12-2020 11:07 AM
tu la mbah, bela apa la agaknya tu,
Quote djzara81 31-12-2020 01:49 PM
Umur 50 tp muka mcm 70. Kesan mkn pisau cukur kot
Quote AshKetchum 31-12-2020 03:34 PM
krupp krapp krupp krapp heshe makan macam keropok yachh

[youtube]CO8QdiRbses[/youtube]
Quote lavendernovella 31-12-2020 03:47 PM
Campuran jin kot dia ni...
Quote NekNgah 31-12-2020 04:43 PM
Umur 50 tahun tapi rupa macam nenek yang berusia 80 tahun.
Quote borrow 31-12-2020 05:53 PM
[youtube]-DuZwsyLKd0[/youtube]

Betul ke ni or tipu? Boleh plak makan pisau cukur camtu. Tak luka ke perut. Heran. Dulu ada news makan kaca.


Quote Belibis 31-12-2020 07:01 PM
Kita makan kacang parang pun jenuh terselit kat gigi.
Quote rosmahisham 31-12-2020 07:28 PM
Ngeri weh..tak luka ye lidah dia..aku penah tercucuk bullet stapler tu gigih gigit sos dlm plastik kecik sos kopok leko beli kt pasar mlm tu masa muda2 dulu..sakit wooo
Quote rosmahisham 31-12-2020 07:30 PM
Tp npk x enjoy pon dia mkn..mcm berhati2 je
Quote ikanmasin 31-12-2020 09:30 PM
dia makan pun mcm berhemah ..pelan2 kunyah..hehehe
Quote Jitu 31-12-2020 10:41 PM
dia yg mkn ke pendamping dia yg mkn

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056615 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top