CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayda Jebat, Nabil Mahir Nak 13 Orang Anak

30-12-2020 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9222| Komen: 69

Description: Pengacara Nabil Mahir berhasrat memiliki 13 cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang dijadual berlangsung Jumaat ini.
Pengacara Nabil Mahir berhasrat memiliki 13 cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata, angka terbabit adalah nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai.

Foto: IG

"Kalau boleh nak timang 13 orang anak, sebab kami sukakan budak. Kalau dapat memang rezeki dan seolah-olah mimpi jadi kenyataan.

"Tapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 orang pun," katanya ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Parah Parah di Publika, hari ini. 




Sementara itu, Ayda pula berkata, dia tidak menolak rezeki sekiranya mendapat zuriat dalam masa terdekat.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk menimang cahaya mata cepat atau lambat. 

"Kalau sudah rezeki, saya bersedia untuk bergelar ibu. Saya pun bukan makin lama makin muda. Nabil pun macam itu," katanya. 




Menurut Ayda, majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Januari ini akan diadakan secara sederhana di sebuah masjid di ibu negara.

"Kami enggan mengambil sebarang risiko. Saya tak terkilan pun tiada majlis besar, malah lebih baik diadakan secara sederhana sahaja. 




"Apa yang penting adalah perkara wajib, majlis akad nikah kami dapat disempurnakan dengan baik. Kami hanya buat pernikahan di masjid yang hanya  dibhadiri kurang 50 tetamu," katanya.

Terdahulu pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 29-12-2020 09:12 PM
Lantaklaaa nk 20dozen pn..igt senang ke nk didik anak
Quote lattehazelnut 29-12-2020 09:24 PM
Time drama uqasha proposal, pakaikan kasut
Time drama neelofa, nak anak pulak
Suka menyelit
Quote MissYouSayang 29-12-2020 09:50 PM
Habis la koyak rabak nanti lau tetiap taun asik beranak jah ...
Quote lotionmilo 29-12-2020 09:53 PM
Nabil ni keje apa?

Quote Kurex 29-12-2020 09:57 PM
Butoooo kau! Pasal anak pun nak kena bagitau seantero Malaysia
Quote Fafaaisa 29-12-2020 09:59 PM
Bosan bosan bosan
Quote gekkou 29-12-2020 10:04 PM
tunggu ada anak sorang  tengok larat tak larat nk beranak
nak jaga sampai 13 orang anak

sembanggggg
ni jenis jantan
hari ni bini bersalin
esok buat statement nk tambah anak
Quote kiah_mai_pulak 29-12-2020 10:08 PM
ingtkan @Cari-Azza yg buka cerita tahik mcm ni,,,
Quote Nunie 29-12-2020 10:13 PM
Ni lg 1 gediks couple..ko cuba dulu dpt sorg..ntah2 sorg pon ko tak mampu..jgn nk over sgt kecoh ..diam2  je nk planing ape pon..puihhhh
Quote Nunie 29-12-2020 10:13 PM
lotionmilo replied at 29-12-2020 09:53 PM
Nabil ni keje apa?

Keje nye buat review or buat bodoh dlm socmed..huhuhhuuu
Quote nordin84 29-12-2020 10:15 PM
harap kemut adk brdik segerakan la perkahwinan ayda mat aris ngan nabil ni jemput 50org je.. yg korg beria nak tangguh buat ape.. nak kawen 2030 ke
Quote doubleA 29-12-2020 10:38 PM
Adoi belum kawen lagi dah sebut nak anak banyak
Quote oggy 29-12-2020 10:57 PM
Kot ye pun tunggu la dah selamat nikah dulu..
Quote pooh~key 29-12-2020 11:05 PM
Selalunya yang gay coverina jah dek yang beriya pong pang nak anak ramai konon tunjuk jantan dekkkkk!
Quote gideoncross 29-12-2020 11:15 PM
Msa Gigi Hadid nak branak pun sma, mcm nak anak bnyk2 dgn Zayn M pastu ummah Kokesen pun mnyindir kat DailyMail, ada yg ckp "I'll let u have one, then u'll know how tiring it is" & ada yg ckp "I alr have 3 & it's enough".
Quote Carcosa 29-12-2020 11:17 PM
Dasar chauvinist. Kau ingat bini kau tu mesin tebu ke apa? Bodohnya kau ni. Dahla biadap, muka beshe2 je, lagi nak anak ramai. Anak ni, quality over quantity. Faham?? By the way, sperm kau tu baka elok ke? Keluarkan anak ramai2, kang populate the earth, buat semak je kalau anak aku ter cross path. Choi.
Quote honeystar_11 29-12-2020 11:19 PM
Tajuk tak boleh blah. Haha. Kalah syeikh muzaffar baru 7 anak. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Good luck alam rumahtangga
Quote makneng 30-12-2020 12:01 AM
Apsal 13 je.. Kenapa tak nak cukupkan 20. Kalau boleh beat la record couple angmoh yg ada 22 org anak tu.
Quote awanearisu 30-12-2020 12:16 AM
Sediakan sahajalah apa yang patut. 13 anak memerlukan penjagaan mental dan fizikal yang terbaik buat si ibu dan komitmen yang secukupnya dari bapanya juga.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.067262 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top