CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aidilia Hilda Akui Muzik Video Dapat Tontonan Tinggi Kerana Aniq Suhair

30-12-2020 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13739| Komen: 68

Description: Penyanyi baharu Aidilia Hilda mengakui dia sendiri yang menghantar mesej secara peribadi di laman Instagram Aniq Suhair untuk 'melamar' pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu untuk terlibat dalam v ...
Penyanyi baharu Aidilia Hilda mengakui dia sendiri yang menghantar mesej secara peribadi di laman Instagram Aniq Suhair untuk 'melamar' pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu untuk terlibat dalam video muzik Tak Mau Mau.


Menurut Aidilia, 26, dia memilih Aniq kerana meminati aktor itu selepas menonton program realiti Hero Remaja 2020.

Biarpun pada mulanya 'lamaran' itu ditolak gara-gara jadual padat namun Aidilia berasa gembira apabila Aniq menghubunginya semula dan bersetuju untuk bekerjasama.

Foto: IG

"Saya memang nak lelaki yang pandai berlakon supaya memudahkan kerja. Saya memang tonton Hero Remaja dan Aniq salah seorang peserta kegemaran saya. Saya rasa, Aniq ini ada aura tersendiri.

"Sebenarnya saya ada beberapa pelakon lain yang saya terfikir juga dalam masa sama saya DM Aniq di Instagram dan tak kenal pun dia secara peribadi, hanya tengok di program tersebut saja.

"Saya dengan secara kekok... terus DM dia 'boleh tak, awak berlakon dalam MV saya'. Tak pernah saya buat macam itu sebab saya pun tak tahu nak hubungi dia macam mana.

"Pada mulanya, dia balas DM saya mengatakan dia tak free waktu itu tapi selepas itu tiba-tiba dia hubungi saya semula kata boleh pula," katanya kepada mStar.




Video muzik lagu Tak Mau Mau kini sudah mencecah lebih 1 juta tontonan selepas dimuat naik di saluran YouTube sejak 16 November lalu.

Dalam pada itu, Aidilia turut memuji Aniq yang memiliki bakat semula jadi dalam bidang lakonan biarpun pada mulanya pelakon baharu tersebut bukan pilihan pertamanya.


Malah, Aidilia juga meluahkan rasa gembira apabila video muzik tersebut mendapat tontonan yang tinggi disebabkan peminat Aniq.

"Sebenarnya Aniq adalah pilihan kedua saya dan pilihan pertama saya seorang pelakon baharu tapi alang-alang Aniq dah setuju, saya terus pilih dia.



"Alhamdullillah... bekerja dengan Aniq sangat senang sebab dia pun memang semula jadi berbakat dalam bidang lakonan. Pada saya, personaliti Aniq ini sangat kuat untuk menarik orang.

"Apa yang menggembirakan saya adalah peminat dia yang kuat. Sebenarnya, peminat dia juga yang tonton MV lagu saya itu sebab nak tengok dia," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 30-12-2020 10:21 AM
errkkk that is not how yt viewing counts works diknon
Quote Kurex 30-12-2020 10:27 AM
Akan dtg, mesti ada cerita lagi pasal pompuan ni. Sampaiiii ke sudah tahap gampang
Quote JalaEmas 30-12-2020 10:30 AM
penyanyi baru ke ni?.. first time dgr name.. ke mmg aku yg ketinggalan..
Quote Tukul.Besi 30-12-2020 10:34 AM
Umur 36? Patutlah rupa.mak-mak.
Quote sarah82 30-12-2020 10:43 AM
Tukul.Besi replied at 30-12-2020 10:34 AM
Umur 36? Patutlah rupa.mak-mak.

Kejammmmmmm.. Dia acah muda tu.
Quote sarah82 30-12-2020 10:45 AM
Lagu tu bagi aku annoying.. Baik aku layan so cute
Quote Acikgomen 30-12-2020 10:47 AM
Tukul.Besi replied at 30-12-2020 10:34 AM
Umur 36? Patutlah rupa.mak-mak.

Typo tuh minah ni in 20s
Tapi mmg dah kawin ada anak dah punnn
Mak dia bagi menikah awai sbb garit semenjak remaja
Acik kenai makbapak heshe
Quote sukacactus 30-12-2020 10:47 AM
Sapa ni, xkenal
Tp nak tanya, kening tu bersambung skali dgn rambut ke cemana
Quote bakingsoda 30-12-2020 11:03 AM
umur 36 ajet2 bbnu ko buang tebiat ke kak
Quote iznanaziz 30-12-2020 11:03 AM
Tukul.Besi replied at 30-12-2020 10:34 AM
Umur 36? Patutlah rupa.mak-mak.

tu la, aku pun terkejut tengok umur dia 36.
dah kawin ke belum ni?
dia acah2 muda lagi

lagu dia bukan best pun
copy cat muzik dari penyanyi lain
tapi aku dgr masa rancangan apatah
dia kata mmg dia tiru muzik najwa latif...lagi sapa tah
mmg itu yg dia inginkan


Quote iznanaziz 30-12-2020 11:03 AM
bakingsoda replied at 30-12-2020 11:03 AM
umur 36 ajet2 bbnu ko buang tebiat ke kak


nak glamor.
Quote iznanaziz 30-12-2020 11:04 AM
Acikgomen replied at 30-12-2020 10:47 AM
Typo tuh minah ni in 20s
Tapi mmg dah kawin ada anak dah punnn
Mak dia bagi menikah awai sbb gar ...

20an ke?
anak ada berapa org?
tengok pun..dah tau gedik.

Quote iznanaziz 30-12-2020 11:06 AM
sarah82 replied at 30-12-2020 10:45 AM
Lagu tu bagi aku annoying.. Baik aku layan so cute

tau tak pe.

aku harap lepas ni, tak ada la..cukup la satu tu je lagu dia
Quote sarah82 30-12-2020 11:08 AM
iznanaziz replied at 30-12-2020 11:06 AM
tau tak pe.

aku harap lepas ni, tak ada la..cukup la satu tu je lagu dia

Aku buka la nak tengok.. X sampai 1 minit.. Terus aku rasa nak lempang utube.. Hahahaha
Quote September14 30-12-2020 11:10 AM
Comel nya aniq tu...
Quote dua_chzy 30-12-2020 11:16 AM
sarah82: Lagu tu bagi aku annoying.. Baik aku layan so cute


Setuju. Aiol lagik rela layan video Didi and Friends 24 jam.
Quote dua_chzy 30-12-2020 11:17 AM
Aiol baru perasan muka Aniq ni ada sikit macam bf adik aiol (versi debab).
Quote mieymiey 30-12-2020 11:20 AM
Serious la 36? Ker typo? Asal ajet-ajet BBNU sangat
Quote AshKetchum 30-12-2020 11:20 AM
whoareyouss? umor 36 lagu nyanyian hauk kalo masuk gv ni ko bakalan tersingkir minggu kedua yachh

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056244 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top