CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Swafoto, Pegang Tangan -Pemuda Kesepian Tawar Pakej Istimewa Untuk Wanita Di Malam Tahun Baharu

29-12-2020 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3162| Komen: 16

Description: Makan malam, pegang tangan, berswafoto, bermain bunga api bersama-sama sebelum dihantar pulang ke rumah.
Makan malam, pegang tangan, berswafoto, bermain bunga api bersama-sama sebelum dihantar pulang ke rumah.

Itu pakej istimewa diiklankan seorang pemuda kesepian untuk mengisi malam tahun baharu dengan gadis bertuah.


Lelaki dikenali sebagai Khoirul Anam dari Kaliangkrik, Magelang, Jawa Tengah itu mengaku membuat gegantung memaparkan iklan berkenaan pada 20 Disember lalu.

Ia dipasang di tiang elektrik dan pokok.

Foto: IG

Lelaki berusia 28 tahun itu mengaku membuat gegantung berkenaan dengan menawarkan khidmat itu semata-mata untuk hiburan saja.

"Tujuan utamanya bukan untuk tular. Kandungannya boleh menghiburkan ramai orang tanpa merugikan orang lain.


"Ya, siapa tahu selepas tular... (saya) mendapat jodoh," katanya seperti dipetik portal Tribunnews.



Lelaki yang lebih dikenali sebagai Anam dalam temu bual itu berkata, idea asal untuk membuat iklan itu muncul selepas rakannya tidak memiliki pasangan untuk menyambut tahun baharu.

"Tahun baharu, orang single tidak ada pasangan. Jadi saya fikir buat papan iklan, kebetulan saya juga single dan siapa tahu mungkin ada yang mahu menemani saya," katanya.

Anam berkata, selepas iklan itu menjadi tular, dia menerima 2,000 pesanan masuk ke WhatsAppnya.

"Maklum balas diterima semuanya lucu, tapi saya tidak sempat balas kerana begitu banyak kiriman WhatsApp," katanya.

Sebelum tular iklan itu, lelaki itu sememangnya terkenal dengan pelbagai idea kreatif lain.

Antaranya, dia pernah mengiklankan jual beli kelemumur, perlumbaan menatap gambar bekas kekasih paling lama dan menjual nasi goreng tanpa nasi.


Semuanya dimuat naik di Instagram peribadinya, @anam_chenel yang kini mempunyai 18,500 pengikut.

Bagi Anam sendiri, meskipun dirinya tinggal di kampung, ia bukan penghalang untuk dirinya menjadi lebih kreatif.


"Tetap berkarya walaupun dari pedalaman kampung dan tetap patuhi protokol kesihatan," katanya.

Berdasarkan iklan itu, Anam turut menyatakan bahawa 'khidmat' ditawarkan adalah untuk perkara positif sahaja dan tidak melayan isteri orang. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 29-12-2020 05:48 PM
Blh masuk MLM 2021
Quote Belibis 29-12-2020 07:16 PM
Nasi goreng tanpa nasi..ketahian apakah?
Quote lattehazelnut 29-12-2020 07:55 PM
90k kira rm25.. boleh dpt bunga api, grab, makanan, jurufoto dsb ok la haha..

Eh yang nasi goreng tanpa nasi..
Teringat kat lyn, ada sorg ni no carb kononnya, order ckt xnak kuey teow..
Quote lattehazelnut 29-12-2020 07:56 PM
Muka dia mcm amran
Quote kaedahnya 29-12-2020 10:10 PM
ekspresi wajah dia memang macam nak nangis ke
Quote Tinot7 29-12-2020 10:15 PM
Nasi goreng tanpa nasi sbb hang nak jual sayur tumis dgn telur je, kan?
Quote makneng 30-12-2020 07:25 AM
Nasi goreng tanpa nasi?

Replace dgn quinoa ke? Mcm2 hal loh.
Quote Supersirap 30-12-2020 08:46 AM
Keanehan sungguh adik ini, mungkin ini dinamakan pemikiran kreatif?
Quote insulin 30-12-2020 09:31 AM
Sedihnya wajah dia.
Quote husna_amal 30-12-2020 10:11 AM
Marketing je ni. Bagi nama naik. Lepas ni dapat lah offer macam2 job.
Quote mamajawie 30-12-2020 11:35 AM
bodo ape nk pegang tgan stranger tme covid ni??kebabian apekah ko ni ummah yindon benak?
Quote Zirara99 30-12-2020 01:47 PM
Cara halus sebarkan virus.
Quote HuoJingJue 30-12-2020 03:23 PM
kalau keberanian cuma dalam media sosial..memang forever alone la
Quote nanies 5-1-2021 10:22 AM
cer kemas kan muka sikit, br semenggah
Quote Artemesiaa 5-1-2021 01:47 PM
Nak cari duit cara mudah sambil tambah kenalan
Quote gelas_pelastik 5-1-2021 03:06 PM
kreatif yang bukan-bukan ye ko dekk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.403627 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top