CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Legend Is Back! Belum Dengar Terus Aku Bagi Like.." Senario Tampil Dengan Lagu Baru

22-12-2020 01:22 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4785| Komen: 12

Description: Kumpulan pelawak Senario pasti tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia dan juga negara-negara jiran. Mereka merupakan barisan pelakon dan penyanyi yang lahir daripada program realiti Sinaran Paspo ...



Kumpulan pelawak Senario pasti tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia dan juga negara-negara jiran. Mereka merupakan barisan pelakon dan penyanyi yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan dan bersilih ganti keahliannya sejak ditubuhkan pada 1996.

Senario telah menjadi penghibur di kaca televisyen melalui sitkom, filem mahupun nyanyian dan kumpulan ini pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu bermula era 90-an dan masih kekal relevan hingga ke hari ini.  


Melalui halaman Instagram Senario Reunion dapat dilihat status terkini mereka ada berkongsi mengenai lagu terbaru kumpulan tersebut berjudul Musim Kenduri Kawin. Terdahulu, Senario Union tampil dengan lagu raya mereka berjudul Di Hari Yang Mulia pada awal bulan May lalu namun kurang mendapat sambutan mungkin kerana ketika itu dunia dikejutkan dengan kehadiran pandemik Covid-19.
 
Namun dengan kehadiran lagu terbaru ini pasti berita baik buat semua peminat mereka kerana dapat mengubati rindu dan mengembalikan nostalgia setelah sekian lama menantikan kumpulan tersebut membuat "comeback" dengan lagu baru.


Video berdurasi empat minit 18 saat itu menampilkan Apek, Azlee, Yassin, Wahid, Hamdan dan Ilya mendendangkan lagu berentak ghazal dengan penuh meriah dan seperti lagu-lagu mereka yang lain, lagu terbaru ini juga penuh dengan mesej nasihat. Tapi tidak nampak pula kelibat Lan Pet Pet didalam klip video tersebut?

Rata-rata penonton meluahkan rasa gembira dan memuji lagu terbaru kumpulan Senario itu yang disifatkan sebagai sebuah lagu yang penuh bersemangat, meriah dan sudah pasti setiap lagu yang pernah dihasilkan oleh kumpulan Senario tidak pernah mengecewakan peminat mereka. 



Semoga kumpulan Senario sentiasa maju jaya dan terus berkarya menghiburkan peminat. - CARI






1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote depresio 22-12-2020 01:42 AM
Edited by depresio at 22-12-2020 01:43 AM

Harap Azli dgn wahid
Tolong kontrol skit hyper tu sbb nmpk try hard
Yasin tu hyper natural
Quote izat123 22-12-2020 02:28 AM
Wahid dah tahun 2020 pun masih hyper dan beria. Hahaha teringgat dulu dia dengan fafau pengacara melodi. Kombo beria dua dua berebut nak bercakap
Quote wnwa05 22-12-2020 03:03 AM

ok tetibak aku terus search lagu lama senario. memang nostalgia lah.sekejap sangat masa berlalu..rasa nak kembali zaman tu balik je. tak ada covid.. hidup penuh bahagia ke sana ke sini


[youtube]UeXn9HbQhUw[/youtube]



Quote Perawankota 22-12-2020 03:21 AM
Dulu siap beli kaset n hafal semua lagu..
Quote imransulaiman 22-12-2020 07:04 AM
Adoii! Aku tak boleh lah Yasin tu! Hahahaha lawak!
Quote Redmyvi 22-12-2020 07:27 AM
Aku suka pak ya sebab dia mcm relax je.. Lawak style abah2 gituu..

Lan tak join kaa?
Quote EvieWanKenobi 22-12-2020 07:55 AM
teruknya rupa Yassin..
Quote doubleA 22-12-2020 08:04 AM
Haha best2, memang typical style lagu senario. Iols suka pakya dengan hamdan macam rilek2 gitu
Quote She-Ra 22-12-2020 08:13 AM
Senario berada di kelasnya yg tersendiri
Lagu best
Lawak pn fresh & best..

Lagu dorang byk yg best2
Quote husna_amal 22-12-2020 10:30 AM
Cuma mazlan je takde. Mungkin tak nak join projek senarion reunion ni kot.
Quote iza.moha 22-12-2020 10:45 AM
Mazlan mmg slalu xde ye. Rasa ada 2 kali jgk senario wat konsert di astro dan rtm. Mazlan xde
Quote iza.moha 22-12-2020 10:47 AM
Comel plak pakcik2 ni..dulu bdk2 suka tul senario ni..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.294899 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top