CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yonnyboii Ajak Peminat Kenali Dirinya Melalui Album

21-12-2020 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5268| Komen: 25

Description: Penyanyi Yonnyboii yang semakin bersinar dalam bidang muzik mengajak peminat untuk terus menggali dirinya dengan memperkenalkan album E.P terbaharu berjudul Yonny.
Penyanyi Yonnyboii yang semakin bersinar dalam bidang muzik mengajak peminat untuk terus menggali dirinya dengan memperkenalkan album E.P terbaharu berjudul Yonny.

Menurut Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, album itu sarat dengan pengisian muzik tulus untuk pendengar memahami gelojak rasa yang harus diteroka dan dihayati dalam setiap bait lagu yang dihasilkan.

Foto: IG

"Menerusi album E.P ini saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

"Apa saya boleh nyatakan, album ini sarat merencanakan warna-warni seni Yonny, bak pelangi.


“Harapan saya tidaklah terlalu tinggi, saya cuma minta pendengar menghayati sendiri setiap karya terhasil untuk mengenali siapa Yonnyboii," katanya.


Pembikinan album E.P ini melibatkan enam penerbit iaitu Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfie.

Sebanyak sembilan buah lagu diselitkan dalam album tersebut iaitu Salahku, Salahku 3.0, Pelikk, Bayang, Hidup Giler, Sheenta, Sheenta With Shee, Boleh Bla dan Aku Itu Aku.


"Bagi saya tak susah nak hasilkan album E.P apabila dapat bekerja secara profesional dengan orang yang kita percaya. Terus-terang saya nyatakan kalau boleh saya nak buat semuanya sendiri, susah sebenarnya sebelum ini kerja-kerja seni saya dapat sentuhan orang lain.

"Namun selepas pengalaman kejayaan lalu serta kualiti yang ada pada produser-produser ini menepati kehendak saya, saya rasa tidak salah untuk membina keyakinan dan mencipta semula kejayaan seperti sebelumnya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 21-12-2020 04:21 PM
Iols suka sheenta n salahku..
Quote husna_amal 21-12-2020 04:46 PM
Muka dia ni macam budak yang selalu kena buli kat sekolah.
Quote AshKetchum 21-12-2020 05:19 PM
husna_amal replied at 21-12-2020 04:46 PM
Muka dia ni macam budak yang selalu kena buli kat sekolah.

eh bukan muka dia jenis set2 selalu membuli orang ke gituh? typical rempit kepam pprt busuk kelas belakang acah cool nak kaler rambut bagai?
Quote musclemuseum 21-12-2020 05:29 PM
AshKetchum replied at 21-12-2020 09:19 AM
eh bukan muka dia jenis set2 selalu membuli orang ke gituh? typical rempit kepam pprt busuk kelas  ...

bawak mengucap sis

Quote EvieWanKenobi 21-12-2020 06:31 PM
lagu pun tak best..
Quote SiMontel 21-12-2020 06:41 PM
AshKetchum replied at 21-12-2020 05:19 PM
eh bukan muka dia jenis set2 selalu membuli orang ke gituh? typical rempit kepam pprt busuk kelas  ...

hahahahahhaha ayat ko ni...mmg membunuh terus hahahhahaa tapi mcm agak betul pun ada gak hahahahahaha
Quote lattehazelnut 21-12-2020 06:43 PM
EvieWanKenobi replied at 21-12-2020 06:31 PM
lagu pun tak best..

Uols minat lagu mcm mana?
Quote SiMontel 21-12-2020 06:45 PM
aku taktau kenapa ..sejak pertama kali aku tgk dia nyanyi...mesti aku komen..kenapa la kaler rambut separuh camtu...kalau tak color maybe nampek elok sikit kot...and terus focus aku hilang hahaha

oh yaa satu lagi org kata lagu dia berkualiti and pasal depression...tapi jujurnya aku takboleh nak layan lagu dia ni ..maybe aku takleh focus kot...so tahniah pada yg dpt menjiwai yonnyboi ni dan satu psangan duet dia apa nama zinnakal...

adeyyyy aper laa nama glemer dorang ni pelik...maybe zaman sekarang kot semua kena letak nama yg cenggitu
Quote hyie 21-12-2020 07:54 PM
iols suka heshe sebab heshe berbakat dalam bidang seni. Ada identiti sendiri. Tau hala tuju muzik heshe. Wajahnya idoklah kepam mana, namun masih ada aura desa lah. Disebabkan bakatnya yang lebih menyerlah, maka wajah desa tidaklah mendominasi mana. Jadinya, ok je...whyyyy botherrrrr sis!
Quote Odaida 21-12-2020 08:09 PM
husna_amal replied at 21-12-2020 04:46 PM
Muka dia ni macam budak yang selalu kena buli kat sekolah.

Mmg pun sis. Ada dia cite kat lagu dia tajuk Pelik
Quote tai_digidestany 21-12-2020 09:48 PM
Dia mendapat respek aku sejak dia nyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana and he renderred it beautifully; hingga M. Nasir pun terpana dan suruh Yonniiboyy rakam lagu versi yang dia olah kat Luncai Emas esok hari terus.
Quote YomiuriLandMae 21-12-2020 09:55 PM
wlpon iols x penah pun layan lagu2 si yonny ni tp he earned my respect.. at least he compose all of his songs and produce his own album.. susah nak carik artis yg genius and ada talent mcm ni.. sementelah artis2 mcm hael tu mampu kuar single jah wlpon lagu2 dia dikatakan unik..
Quote mamajawie 22-12-2020 12:37 AM
Dia ni kalu repair gigi, gemokkn skit badan n rambut tu kasi hitamkn msti rmai cikki2 moslemah dambakan heollss ni..btw ak suka je lagu2 dia..ok la sdap gak didengari
Quote ashcroft86 22-12-2020 01:00 AM
Respek weols kat cni. Jelas dengan visi. He knows what he wants. Identity tersendiri. Gaya heols bawak seswai la dgn lagu2 heols yach. Klu org ensem bawak x kene. Fashion pon berani, and he can carry it! Setiap ada EP dengan 9 lagu! Terus maju yachh. Pedulikan pendengar2 yg stuck dengan ballad 90an ittewww!
Quote Perawankota 22-12-2020 03:32 AM
All the best adik
Quote ToungeSoup 22-12-2020 08:20 AM
masih tergiang giang kesedapan dia adjust lagu keroncong Untuk Ana masa Immortal Song M Nasir
Quote fadz84 22-12-2020 08:27 AM
ashcroft86 replied at 22-12-2020 01:00 AM
Respek weols kat cni. Jelas dengan visi. He knows what he wants. Identity tersendiri. Gaya heols baw ...

Ye setuju.. yonniboi ni bawa fresh air untuk industri muzik tempatan..
Quote hayrin86 22-12-2020 09:14 AM

Betul.. Lagu ini lagi best.. Sesuai diperdengarkan masa Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas selain Hari Merdeka dan Hari Malaysia..

[youtube]f7_pMl4rO-4[/youtube]

Quote tipah89 22-12-2020 10:32 AM
dia ada identiti sendiri, tu yg paling penting. Dengar muzik,lirik tau dah lagu dia. Lagu2 dia xsemua i oll boleh masuk, tapi tak dinafikan ada beberapa yg sgt fresh deep n sedap pada halwa telinga i oll.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065605 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top