CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Pertikai Kemenangan Siti Nordiana

21-12-2020 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20705| Komen: 138

Description: Kemenangan penyanyi Siti Nordiana meraih dua trofi utama Anugerah MeleTOP Era (AME2020) iaitu Top Top Meletop Era Wanita dan Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan menjadi pertikaian dalam kalangan netizen y ...
Kemenangan penyanyi Siti Nordiana meraih dua trofi utama Anugerah MeleTOP Era (AME2020) iaitu Top Top Meletop Era Wanita dan Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan menjadi pertikaian dalam kalangan netizen yang mempersoalkan perkara tersebut.


Selain dua anugerah utama itu, Siti Nordiana turut berjaya membawa pulang dua kategori lain iaitu Artis Versatil MeleTOP Era dan Grup/Duo MeleTOP Era bersama Khai Bahar.

Mengulas mengenai perkara itu, pemilik nama sebenar, Siti Nordiana Alias, 36, berkata, kemenangan yang diraih merupakan hasil titik peluh peminat yang tidak berbelah bahagi memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya.



"Saya sebenarnya tak sangka masih lagi diberikan kesempatan oleh peminat untuk menerima anugerah ini. Terima kasih kerana masih sayang saya, sebenarnya anugerah ini menjadi penanda aras untuk saya jadi lebih baik lagi. Orang dah undi kita, mesti peminat mengharapkan yang terbaik.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan kenapa asyik saya sahaja yang menang tapi apa yang boleh saya cakap ini semua adalah rezeki dan juga hasil undian peminat.

"Saya pun tak pasti apa yang membuatkan mereka undi saya sebab sekarang saya bersaing dengan ramai selebriti BBNU yang menjadi dambaan peminat buat masa kini.

Foto: IG

"Terselit nama saya dalam kalangan mereka itu pun buat saya tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka (peminat) sayang pada saya.

"Mungkin sebab saya sentiasa menjadi diri sendiri dan jaga hubungan dengan peminat membuatkan mereka masih kekal sayang saya sehingga kini," katanya kepada mStar.

Siti Nordiana juga menganggap dirinya cukup bertuah apabila mempunyai dua peminat dari dua generasi berbeza yang membuatkan namanya kekal relevan.



Kemunculan semulanya dalam program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) turut menjadi titik tolak kepada percambahan bilangan peminat yang mengikuti perkembangan Siti Nordiana sehingga kini.

"Peminat saya datang daripada dua generasi berbeza iaitu zaman di awal kemunculan saya dalam industri dan selepas saya menyertai GV2.

"Mereka ini yang selalu ada untuk saya selain saya sendiri rajin berhubung dengan peminat, malah kami selalu pergi bercuti sama-sama sebelum ini.

"Sekarang ini untuk terus kekal relevan dalam industri ia merupakan tugas saya dengan sentiasa menampilkan lagu-lagu baharu dan berlakon drama.

"Saya sendiri akui ia sangat susah nak kekal relevan dalam karier seperti kami. Ia semuanya bergantung kepada usaha selebriti itu sendiri selain sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat," katanya.


Terdahulu, kemenangan penyanyi lagu Angkara ini merangkul empat anugerah di pentas AME2020 dipertikaikan netizen yang menganggap ramai artis lain lebih layak.

Netizen mendakwa pelakon Dia Semanis Honey ini tidak sesuai memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan dalam anugerah berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 21-12-2020 03:22 PM
Nampak sangat  pemenat hauos je yang gigih nak bagi retis dia menang Award sampah
Quote manehnya 21-12-2020 03:24 PM
Msti dh tau diabmenang

Sbb baju dia pun meletop kebabom
Quote salmon-suki 21-12-2020 03:25 PM
Aiolzs xtaw pun psl ame nih..kekekeke~

Ni pn 100% undian netz ke?kalau ye,mmg tak telus laa{:smile{:teatime
Quote kiah_mai_pulak 21-12-2020 03:27 PM
dh tu korang nak sapa je menang? cik b? sajat? alif sokri? fara mendoza? shuib macau? sarah macau? addy kana?
Quote kaseh80 21-12-2020 03:34 PM
Jadi menang sebab undian

Bukan bakat dan personality
Quote Themilo 21-12-2020 03:36 PM
suruh undi malas, tapi tetap nak merempan lepas result keluar.. meols tak layan la anugerah undi-undi ni
Quote shernazz 21-12-2020 03:36 PM
kiah_mai_pulak replied at 21-12-2020 03:27 PM
dh tu korang nak sapa je menang? cik b? sajat? alif sokri? fara mendoza? shuib macau? sarah macau? a ...

Siti nurhaliza
Quote Kurex 21-12-2020 03:44 PM
Semalam iols main game je.. koserrr nak tengok
Quote LadyCarefree 21-12-2020 03:45 PM
Normabaru replied at 21-12-2020 02:22 PM
Nampak sangat  pemenat hauos je yang gigih nak bagi retis dia menang Award sampah

Kaka mengata tinmilokaratz kettewwww
Quote Skuau 21-12-2020 03:46 PM
Sian....sapa yg jadi artis zaman ni...asyik kena cerca jer ngn netizen... dh berapa thread kat sini... aku nengok yg cerca artis......huntung sapa jadi artis di zaman 70-an,80-an,90-an............
Quote mdmy 21-12-2020 03:55 PM
Haa, nanti AJL pun kalau ikut netizen nak ikut format undian konon ikut taste terkini , so mcm ni jugaklah hasilnya nanti
Quote jijilaaa 21-12-2020 04:01 PM
artis kertu yang nak berlawan dgn bbu. contoh terbaik nana sendayan.

memalukhennnnn org sendayan
Quote September14 21-12-2020 04:02 PM
Dia blakon, menyanyi, mengacara ala kadar je sbbtu kena kecam... mcm x layak lah ko dpt award tu tp dah rezeki dia lantaklah kome.. award undian kan.
Quote lattehazelnut 21-12-2020 04:06 PM
Kalau buat concert seat fullhouse x?
Quote kiah_mai_pulak 21-12-2020 04:10 PM
lattehazelnut replied at 21-12-2020 04:06 PM
Kalau buat concert seat fullhouse x?

helloooooo walaupun kakiah neutral je dgn nana leman ni, GV2 aritu mencipta fenomena pun salah satu sbb tu sbb Siti Nordiana n her fans chuollzzahhh wehhh.
Quote AshkieLa 21-12-2020 04:14 PM
ok laa dia ni menang drpd mira basic...
Quote lasagna 21-12-2020 04:20 PM
mebi sheol tak gedik kot, tu yg ramai undi sheol? sheol pun xde kontobersi sgt pun. mebi lahh.. dah rezki dia kan. terima lah. sok lusa netizen undi org lain plak laa. sheol dlu tak merasa anugerah award piala ni semua bgai. apa lg mendonia lah sheol lps GV.
Quote lattehazelnut 21-12-2020 04:23 PM
kiah_mai_pulak replied at 21-12-2020 04:10 PM
helloooooo walaupun kakiah neutral je dgn nana leman ni, GV2 aritu mencipta fenomena pun salah sat ...

Iols pun neutral je.. xrasa sedih or gembira dia mng..
Quote Normabaru 21-12-2020 04:24 PM
LadyCarefree replied at 21-12-2020 03:45 PM
Kaka mengata tinmilokaratz kettewwww

Tinmilokarat sape lady

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.449758 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top