CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DO Letakkan Nama Sendiri Di Stadium Mini Bakal Dikenakan Tindakan

17-12-2020 01:18 PM| Diterbitkan: fadzlyhanaffi| Dilihat: 7045| Komen: 49|Original author: Oleh: fadzlyhanaffi

Description: Kerana tindakan beliau menamakan stadium tanpa kelulusan, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor bakal dikenakan tindakan sewajarnya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah.
DO Letakkan Nama Sendiri Di Stadium Mini Bakal Dikenakan Tindakan


Kerana menamakan stadium tanpa kelulusan, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor bakal dikenakan tindakan sewajarnya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, lapor Harian Metro. 

Mengulas mengenai kejadian yang menjadi buah mulut netizen di media sosial, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses menamakan jalan, bangunan atau stadium seharusnya dibawa ke peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum diluluskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negari (EXCO). 

Beliau turut menyatakan bahawa Stadium Mini Ffira Mikah hanya dibincangkan di peringkat Majlis Daerah Padang Terap (MDPT). 

"Sepatutnya PBT berkenaan mengangkat nama itu untuk dibincangkan pada mesyuarat Exco terlebih dulu, itu prosedur kita biasa lakukan untuk menamakan apa saja nama jalan, taman perumahan atau stadium di negeri ini."


"Saya sendiri tidak bersetuju dengan nama itu, jadi saya serah kepada SUK untuk ambil tindakan sewajarnya kepada pegawai daerah terbabit sesuai dengan urusan pentadbiran."


Stadium Mini Ffira Mikah dirasmikan Pegawai Daerah Hakim Ariff Mohd Noor 7 Disember lalu dengan menyatakan bahawa Ffira Mikah itu membawa maksud 'malaikat' dan 'hebat'. 


Namun, tindakan beliau menamakan stadium tersebut dengan meletakkan namanya dalam urutan terbalik mendapat kecaman warga netizen di Malaysia. 


Kredit foto: The Independent


Lebih memalukan apabila ia turut mendapat perhatian media antarabangsa apabila The Independent yang berpengkalan di UK turut menerbitkan berita berkenaan di portal rasmi mereka. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 16-12-2020 08:26 PM
Berseiap sedia la kena buang jaga daerah yg less dari padang terap..
Quote mbhcsf 16-12-2020 08:29 PM
buatlah paper work  jikalau hendak menamakan premis awam yg menggunakan dana kerajaan negeri. Kalau ikut procedures, maka tak ada timbul spanish - arabic issues ni.
Quote AbukRokok 16-12-2020 08:41 PM
bodo punya hakim ariff mira flizah
kau memandang tersangat rendah kpda daya inteligen org kebanyakan
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2020 08:50 PM
Hakim pulak yang kena tindakan, tu yang tak menahan tu
Quote n3ar 16-12-2020 08:56 PM
ala,sembang jer ni nak kasi netizen hilang marah...

tengok2 kat belakang kawtim pastu kes senyap
Quote manehnya 16-12-2020 08:57 PM
Baru jd DO dh buat keputusan sndiri...eiii malunya rasa buh nama sndiri, mcm la duit dia yg kuat

Ini membuktikan yg hal sebesar mcm ni pun boleh lepas yea... Mcm mna la hal yg kurang besar, sapu bawah carpet je leee
Quote helicornia 16-12-2020 09:03 PM
padan muka
Quote helicornia 16-12-2020 09:04 PM
ingat jd peg daerah besar sgt ke
lom jd menteri besar lagi
Quote ChildrenOfBodom 16-12-2020 09:20 PM
ada band Melodeath Metal German nama SuidAkrA terbalik dari ARKADIUS, nama seorang Roman Emperor. - flavius arcadius... Cmni baru betul  nama Greek, shaiton.. ..kalau flava flav pulak nama  hypeman kumpulan rap public enemy...
Quote saviour_09 17-12-2020 09:08 AM
arobic sangaatttttt
Quote dodolgemok 17-12-2020 09:29 AM
Kahkahkah cash sgat kau ingat ni zaman tok kadok kau dulu nak tipu rakyat camtu jah?!!
Quote Boomibulat 17-12-2020 09:56 AM
ChildrenOfBodom replied at 16-12-2020 09:20 PM
ada band Melodeath Metal German nama SuidAkrA terbalik dari ARKADIUS, nama seorang Roman Emperor. -  ...

Kat M'sia pun ada dulu..AISUNAM terbalik dr manusia..
Quote ChildrenOfBodom 17-12-2020 10:09 AM
Boomibulat replied at 17-12-2020 09:56 AM
Kat M'sia pun ada dulu..AISUNAM terbalik dr manusia..

ada related kot dgn band Nrocinu - Unicorn
Quote me12345 17-12-2020 10:22 AM
Syok sendiri ......
Quote Scintilla 17-12-2020 12:12 PM
DO fmira filzah ni ponteng kursus naik pangkat kah? even nak gantung banner jual nasi lemak tepi jalan pun pbt akan check ejaan dan makna  dgn DBP dah lulus baru bayar lesen banner pastu gantung sendiri.

gegeh plk nak pertahan nama stadium xde kena mengena nama sendiri, pastu sibuk mengoogle makna nama  sepanyol+arab yg mmg  xde makna tu
Quote fadzlyhanaffi 17-12-2020 12:58 PM
DO Letakkan Nama Sendiri Di Stadium Mini Bakal Dikenakan Tindakan



Kerana menamakan stadium tanpa kelulusan, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor bakal dikenakan tindakan sewajarnya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, lapor Harian Metro.



Mengulas mengenai kejadian yang menjadi buah mulut netizen di media sosial, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses menamakan jalan, bangunan atau stadium seharusnya dibawa ke peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum diluluskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negari (EXCO).



Beliau turut menyatakan bahawa Stadium Mini Ffira Mikah hanya dibincangkan di peringkat Majlis Daerah Padang Terap (MDPT).



"Sepatutnya PBT berkenaan mengangkat nama itu untuk dibincangkan pada mesyuarat Exco terlebih dulu, itu prosedur kita biasa lakukan untuk menamakan apa saja nama jalan, taman perumahan atau stadium di negeri ini."

"Saya sendiri tidak bersetuju dengan nama itu, jadi saya serah kepada SUK untuk ambil tindakan sewajarnya kepada pegawai daerah terbabit sesuai dengan urusan pentadbiran."

Stadium Mini Ffira Mikah dirasmikan Pegawai Daerah Hakim Ariff Mohd Noor 7 Disember lalu dengan menyatakan bahawa Ffira Mikah itu membawa maksud 'malaikat' dan 'hebat'.


Namun, tindakan beliau menamakan stadium tersebut dengan meletakkan namanya dalam urutan terbalik mendapat kecaman warga netizen di Malaysia.



Kredit foto: The Independent




Lebih memalukan apabila ia turut mendapat perhatian media antarabangsa apabila The Independent yang berpengkalan di UK turut menerbitkan berita berkenaan di portal rasmi mereka. - CARI
Quote Steelheart 17-12-2020 01:17 PM
spelling nama sebijik sama dengan nama terbalik pastu claimed coincident jadahnya.....letak nama stadium elfeira loi mirah filzah sedap sikit  bunyinya
Quote rogayahtop 17-12-2020 01:24 PM
takde ke staffs yg tergelak besar masa pilih nama tu?
nasibla nama kalau terbalik bunyi greek n spanish. kalau bunyi hebrew agaknya dah terbako dah stadium.
Quote RatuDunia94 17-12-2020 01:26 PM
Org arab spanish greek pun gelakkan je bahasa tu x wujud dlm kamus deols.. jadah betul..
Baik lah heols letaka nama "Stadium Mini Intelligent Judge"

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061396 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top