CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu 'Hutang' Dipertikai, Ayie Floor 88 Janji Akan Tutup Mulut Netizen

17-12-2020 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8124| Komen: 58

Description: Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie berazam untuk memberikan persembahan terbaik bagi menutup mulut netizen yang mempertikaikan keputusan juri melayakkan lagu Hutang sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke ...
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie berazam untuk memberikan persembahan terbaik bagi menutup mulut netizen yang mempertikaikan keputusan juri melayakkan lagu Hutang sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35).


Menurut Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 23, setiap pihak perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh juri yang mempunyai pengalaman dalam mengadili pertandingan berprestij itu.


"Kami sebenarnya langsung tidak menyangka lagu Hutang akan berjaya mara ke pentas AJL. Bagi kami sendiri, ini semua rezeki yang diberikan Allah SWT dan Floor 88 sangat bersyukur apabila diumumkan sebagai finalis AJL ke-35.

"Secara peribadi, saya dan ahli kumpulan yang lain pun target lagu Naim Daniel akan masuk AJL 35, tapi mungkin juri ada penilaian dan pendapat mereka masing-masing.

"Bagi membuktikan kepada pihak di luar sana yang mempertikaikan kemaraan lagu Hutang ke pentas akhir, Floor 88 akan memberikan persembahan terbaik bagi menutup mulut mereka," katanya kepada mStar.


Foto: IG

Selain itu, Ayie menambah, jika diamati lagu Hutang turut mempunyai nilai seni tersendiri yang tidak boleh dipandang ringan, sama seperti lagu-lagu lain yang bertanding.

"Kalau kaji bait-bait lirik Hutang, ia sebenarnya membawa maksud yang cukup mendalam berlandaskan metafora dan gaya bahasa sarkastik yang kami tonjolkan.

"Cumanya, kami sampaikan dalam nada bersahaja sambil bertujuan untuk memberikan hiburan agar ia seimbang dan mesra telinga," katanya.


Selain Hutang, 11 lagu yang turut berjaya melangkah ke pentas AJL 35 ialah Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Aishah, Semalam (Aina Abdul), Kau Sakiti (Amir Masdi), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Eh (Zizi Kirana) dan Gundah (Ernie Zakri).

Turut layak, Gila (Kaka Azraff, Loca B, Noki), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita), Hati (Hael Husaini) dan Peluang Kedua (Hael Husaini).

Pengumuman itu dilakukan pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) yang bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam, malam Selasa.

Juri profesional yang mengadili separuh akhir kali ini ialah Fauzi Marzuki, Edrie Hashim, AG Coco, Ajai, Helen Yap, Datuk Mokhzani Ismail dan Azmeer selaku ketua juri.

AJL 35 bakal berlangsung pada 7 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-12-2020 11:25 AM
Bukan ritu kata dia tak boleh nyanyi dah sebab kotak suara rosak ke apa... Btw macam besar
Quote asmara_me 17-12-2020 11:26 AM
Kurex replied at 17-12-2020 11:25 AM
Bukan ritu kata dia tak boleh nyanyi dah sebab kotak suara rosak ke apa... Btw macam besar

besar ape kurexxxxxxxxxxxxxxxxxxx haha
Quote Orix 17-12-2020 11:27 AM
iols ok jah dgan lagu Hutang. Lirik kreatif... lagu ada penceritaan... yg iols x puas hati lagu Hati Hael tu... baca lirik pun pening chuolsss
Quote Kurex 17-12-2020 11:28 AM
asmara_me replied at 17-12-2020 11:26 AM
besar ape kurexxxxxxxxxxxxxxxxxxx haha

Yg bawah pusat tu......
Quote anony-mous 17-12-2020 11:29 AM
asmara_me replied at 17-12-2020 11:26 AM
besar ape kurexxxxxxxxxxxxxxxxxxx haha

Hidung heols kot jelaskan plis @Kurex
Quote ashilalat 17-12-2020 11:31 AM
Siapa x puas hati? Aku rasa sedap je lagu hutang ni. Meriah. Takkan nak smua lagu leleh leleh je mcm Aku BDSM? Bagi la wakil lagu rancak jugak.
Quote mamajawie 17-12-2020 11:31 AM
dah memang lagu ko bukan competition material habis ko nk buat cm nek enjut bawak segerombolan penari tiang naik pentas kehh????

kalu idea tu soooo yesterdecades okay
Quote ashilalat 17-12-2020 11:31 AM
Kurex replied at 17-12-2020 11:25 AM
Bukan ritu kata dia tak boleh nyanyi dah sebab kotak suara rosak ke apa... Btw macam besar

Tengok kat mana? Ada bideo leak? Hahaha
Quote ashilalat 17-12-2020 11:31 AM
Kurex replied at 17-12-2020 11:25 AM
Bukan ritu kata dia tak boleh nyanyi dah sebab kotak suara rosak ke apa... Btw macam besar

Tengok kat mana? Ada bideo leak? Hahaha
Quote kechikchomel 17-12-2020 11:32 AM
budak mak iolss jaga tu suka nauuu lagu ni. dalam mv tu ayie hentak2 kaki, dia pun ikut
Quote husna_amal 17-12-2020 11:33 AM
Anugerah yang dah hilang prestij ni tak usahla layan lagi.
Quote MadameOnion 17-12-2020 11:40 AM
aku rasa tengah panas camni tak payah balas komen netijen nanti ko yg kemurungan..dendiam je
Quote depresio 17-12-2020 11:41 AM
Pada aku ok ja lagu ni
Lirik dia pon kreatif
Quote Nnasda53 17-12-2020 11:48 AM
Lagu hutang ni ok je..lirik pun bagus.

Cuma penyanyi dia ni sblm ni cakap kotak suara dia rosak.Siap nak kena cari penyanyi back up.
Tak silap lepas kes dia pengsan masa persembahan.
Quote September14 17-12-2020 11:55 AM
Iol ok je semua lagu yg masuk ajl ni cuma bila ada lagu yg bagus tercicir yonnyboi dgn naim tu yg ramai kecam...
Quote Suchi 17-12-2020 12:13 PM
Dah sembuh ke ayie? Lama gak dia berehat kan?
Quote Kurex 17-12-2020 12:27 PM
ashilalat replied at 17-12-2020 11:31 AM
Tengok kat mana? Ada bideo leak? Hahaha

Tgk dari fizikal je.. kalau leak, iols simpan sendiri2 je. No kongsi2
Quote Kurex 17-12-2020 12:28 PM
anony-mous replied at 17-12-2020 11:29 AM
Hidung heols kot  jelaskan plis @Kurex

Bukan hidung. Yg besar tu tersembunyi..
Quote slyfynx 17-12-2020 12:32 PM
BTW, orang pertikai sbb lagu, bukan persembahan.
Sbb nama pun Juara LAGU.
Lain la kalau ko masuk GV.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top