CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19: Kerajaan Pantau Gerakan Antivaksin

16-12-2020 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2837| Komen: 19

Description: Kerajaan memantau rapi gerakan kumpulan tertentu yang menyebarkan proganda negatif berkenaan vaksin Covid-19 menerusi media sosial untuk mengelakkan mereka mempengaruhi fikiran rakyat.
Kerajaan memantau rapi gerakan kumpulan tertentu yang menyebarkan proganda negatif berkenaan vaksin Covid-19 menerusi media sosial untuk mengelakkan mereka mempengaruhi fikiran rakyat.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim berkata kementerian dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan undang-undang tertentu bagi membendung perkara itu.

"Kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan menerusinya sebuah Jawatankuasa Kecil Komunikasi dibentuk bagi merangka pelan komunikasi strategik untuk menyampaikan fakta dan maklumat tepat tentang vaksin Covid-19 kepada rakyat.

"Jawatankuasa ini juga mengenal pasti beberapa kategori tahap kepercayaan rakyat terhadap vaksin Covid-19, termasuk kumpulan minoriti antivaksin dan kumpulan ini sukar untuk diubah pendirian mereka," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Foto: AFP

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Senator Muhammad Zahid Md Arip tentang tindakan kerajaan untuk menangani propaganda antivaksin dan langkah mendidik masyarakat berkenaan kepentingan mengambil vaksin Covid-19.

Kategori kedua pula, katanya, adalah kumpulan masyarakat yang yakin tentang pentingnya vaksin dan tidak mudah terjejas dengan propaganda antivaksin, yang merupakan kumpulan terbesar dalam negara ini.

Sementara kategori ketiga adalah kumpulan yang berada di tengah-tengah iaitu kumpulan 'vaccine hesitancy group' yang mempunyai keraguan terhadap vaksin terutamanya vaksin Covid-19, tetapi tidak menolak vaksin secara langsung.

Ahmad Amzad berkata kumpulan berkenaan lebih mudah terpengaruh apabila terdedah kepada mesej-mesej dan propaganda daripada golongan antivaksin.

"Justeru, strategi komunikasi proaktif, melalui penggunaan pelbagai platform dan medium komunikasi sedang giat dilaksanakan kerajaan bagi memberi penerangan jelas kepada rakyat berkaitan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 yang dijangka diperoleh negara pada suku pertama tahun hadapan.

"Bagi memastikan penyampaian maklumat ini dibuat secara menyeluruh, pelan komunikasi yang dirangka ini turut melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agamawan, ketua komuniti serta pihak swasta," katanya.

Beliau berkata ia termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memberi penerangan berkaitan vaksin dari sudut pandangan hukum hakam syarak termasuk isu halal yang menjadi perhatian utama orang Islam di negara ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 16-12-2020 03:57 PM
habislah sedara kaka dia akan menggelupur dengan berita ni
Quote husna_amal 16-12-2020 04:45 PM
Agak2 makin ramai ke golongan anti vaksin ni? Kalau soal kempen kesedaran dah banyak dah.
Quote kemaruk 16-12-2020 05:16 PM
Di indonesia, jokowi kata dia akan jadi orang pertama disuntik vaksin

Di sini ada tak mana2 menteri nak offer benda sama?

In general, bangkem bukan anti vaccine.. tapi vaccine covid nih bangkem sangsi sikit sebab skip banyak sangat prosedur..
Quote Voyagers 16-12-2020 05:21 PM
kemaruk replied at 16-12-2020 05:16 PM
Di indonesia, jokowi kata dia akan jadi orang pertama disuntik vaksin

Di sini ada tak mana2 mente ...

bung dah offer untuk jadi guinea pig bagi vaksin china
Quote kemaruk 16-12-2020 05:32 PM
Voyagers replied at 16-12-2020 05:21 PM
bung dah offer untuk jadi guinea pig bagi vaksin china

menteri (PPBM) ada yang offer tak?

asyik umno jerrrr
Quote sarah82 16-12-2020 07:44 PM
kemaruk replied at 16-12-2020 05:16 PM
Di indonesia, jokowi kata dia akan jadi orang pertama disuntik vaksin

Di sini ada tak mana2 mente ...

ada la...Bung...dia sahut cabaran dari DAP utk jadi org pertama ambik vaksin Covid-19
Quote Gintoki08 16-12-2020 08:54 PM
kemaruk: Di indonesia, jokowi kata dia akan jadi orang pertama disuntik vaksinDi sini ada tak mana2 menteri nak offer benda sama?In general, bangkem bukan anti ...

Kinabatangan dah offer bang kem. Tau takpe bang kem, Aku pon hesitant jugak ni sebab kelam kabut sangat. Lagi2 bila baca normal procedure amik 6 tahun untuk approve vaksin. Yang covid ni special sikit setahun dah boleh approve. Risau jugak negative effect dia
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2020 09:00 PM




Sars yang tahun 2003 tu pun tak ada vaksin, ada saintis try sekali buat vaksin tahun 2006 untuk Sars, masa first time cucuk jadi, ni dekat lab rat, tapi lepas lab rat exposed kepada virus sars yang sama buat kali kedua, body over react dengan immune system sampaikan sel-sel diri sundri pun dibunuhnya, terus saintis tak berani buat vaksin Sars, melarat sampai unta ereb fadang fasir Mers--Cov pun tak ada vaksin (tahun 2015), ni tetiba Sars generasi ketiga yakni Sars-Cov-2 (covid19) helok jah cina tongkang yehudi timur buat vaksin


Sudirman yang mati sebab HIV/ AIDS (penyakit ditemui tahun 80an) sampai ke sudah tak jumpa vaksin, walaupun dah 40 tahun saintis kaji virus HIV
Quote vee_zara 16-12-2020 10:52 PM
kakikuDibibirmu: Sars yang tahun 2003 tu pun tak ada vaksin, ada saintis try sekali buat vaksin tahun 2006 untuk Sars, masa first time cucuk jadi, ni dekat lab rat, ta ...


I tertarik dengan Sudirman yang mati sebab Aids/ Hiv. Betul ke??
Quote JohnDeSouza 16-12-2020 11:41 PM
Betull? Isk!!
Quote Itzy 17-12-2020 01:33 AM
Cakap pasal antivaksin, sebelah rumah adik aku ada orang anti vaksin. Nampak normal, kerja pun ok tapi kesian antivaksin. Lepas tu suka bawa anak keluar hirup udara segar kononnya. Tapi aku tengok anak dia cam tak berapa sihat je yang kecik tu. Sedihnya zaman dah moden ada mak bapa gini. Engkau hidup sihat dengan vaksin tapi anak2 kau tak bagi vaksin konon tak nak ada dna babi dalam badan. Benda tu dah berubah sifat melalui proses bahan kimia. Ustaz mufti pun kata benda ni harus dan wajib untuk mengelak kemudaratan nyawa. Antivaksin ni memang bodoh!
Quote Itzy 17-12-2020 01:38 AM
kakikuDibibirmu: Sars yang tahun 2003 tu pun tak ada vaksin, ada saintis try sekali buat vaksin tahun 2006 untuk Sars, masa first time cucuk jadi, ni dekat lab rat, ta ...


Sudirman mati bukan sebab aids/hiv la bangang oii. Dia meninggal dunia sebab disihir atau penyakit pneumonia. Kawan dia wartawan nama saodah cerita. Aku pernah baca majalah dulu2 yang URTV tu(mak cik aku suka simpan) sudirman ada buat luahan marah ada pihak sengaja tabur pasir dalam periuk nasi dia. Jadi tak mustahil orang sama yang buat kerja sihir tu. Sudirman ada tulis surat kat kawan dia saodah bagitau ada keluar hirisan tengkorak kat kulit dia-orang hantar sihir kat dia. Pandai2 kau je buat fitnah!!
Quote Itzy 17-12-2020 01:39 AM
vee_zara: I tertarik dengan Sudirman yang mati sebab Aids/ Hiv. Betul ke??


Dia ni buat fitnah, berdosa besar suka2 je fitnah kata sudirman kena aids hiv. Padahal meninggal sebab kena sihir/pneumonia.
Quote Dwdrum 17-12-2020 01:59 AM
kemaruk replied at 16-12-2020 01:16 AM
Di indonesia, jokowi kata dia akan jadi orang pertama disuntik vaksin

Di sini ada tak mana2 mente ...

Skip procedure apa bengkem?
Quote MadameOnion 17-12-2020 08:49 AM
bukan susah nak pantau antivax ni..ada kat kelantan sorang..sohaimi saad namanya...selain daripada tak vaksin..anak2 dia pun tak sekolah
Quote dodolgemok 17-12-2020 09:27 AM
Boleh start cari dalam porem ni dulu
Quote tripleid 17-12-2020 09:28 AM
Rupanya masih  ramai yg x tau pneumonia tu penyebabnya adalah virus HIV..
Quote copy_paste 14-12-2021 08:56 AM
Itzy replied at 17-12-2020 01:33 AM
Cakap pasal antivaksin, sebelah rumah adik aku ada orang anti vaksin. Nampak normal, kerja pun ok ta ...

kawan aku sampai 3 org antivac,
persamaan antara mereka./.... mereka pelik
Quote Belibis 14-12-2021 09:04 AM
kemaruk replied at 16-12-2020 05:16 PM
Di indonesia, jokowi kata dia akan jadi orang pertama disuntik vaksin

Di sini ada tak mana2 menteri ...

Bangkem termasuk dalam golongan ketiga..
Skrip yang selalu berubah dan sop yang duble standard tu memang musykil..bila prog kerajaan,kobid sangat mesra rakyat,tiada jangkitan,tiada jarak sosial...sooooo sial..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052764 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top