CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Juri Lebih Tahu Apa Yang Diinginkan," -Naim Daniel Langsung Tak Kecewa

16-12-2020 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6958| Komen: 35

Description: Penyanyi popular, Naim Daniel akur dengan keputusan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) apabila lagu ciptaan dan nyanyiannya, Sembah yang disebut-sebut bakal ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35 ...
Penyanyi popular, Naim Daniel akur dengan keputusan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) apabila lagu ciptaan dan nyanyiannya, Sembah yang disebut-sebut bakal ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) gagal tersenarai ke peringkat akhir program itu.


Naim berkata, juri yang terbabit lebih tahu apa mereka lakukan dan inginkan dalam sesebuah lagu seterusnya layak ke AJL35.


"Saya akur dengan keputusan juri SFMM35 semalam. Sebab mereka lebih tahu apa dilakukan dan diinginkan dalam komposisi sesebuah lagu. Saya tidak ada sebarang bantahan.

"Saya hanya mendoakan yang terbaik dan insya Allah akan hasilkan lebih banyak karya terbaharu khas untuk industri muzik Malaysia," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Naim menafikan kecewa dengan keputusan dibuat berdasarkan hantaran dimuat naik di Instagram yang memaparkan dia mengelap trofi kemenangan pada AJL34 lalu.


Foto: IG

"Kecewa, langsung tidak. Ia hanya 'content' dan simbolik sebagai menutup tirai edisi ke 35 kali ini. Keterangan pada hanaran yang dimuat naik pun saya mendoakan kepada semua finalis untuk buat yang terbaik dan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.

Pun begitu, kekecewaan tetap dirasai peminat dan penyokong bekas pemenang Juara Lagu pada AJL34 menerusi lagu Sumpah itu berdasarkan ciapan dan komen di laman sosial.

"Saya berharap supaya penyokong dan peminat kekal tenang dan terima keputusan dengan hati terbuka seperti mana saya menerima keputusan ini dengan baik. Saya percaya ini bukanlah pengakhiran segalanya untuk kerjaya muzik saya.


"Insya Allah, saya akan terus cuba sedaya upaya untuk menghasilkan karya bermutu untuk anda semua. Bukan hanya sekadar pertandingan, tapi untuk warna warni dalam industri muzik.

"Insya Allah, saya juga akan muncul dengan karya terbaru dan teruskan dengar lagu terbaharu saya, Purnama. Kalau ada rezeki kita bawa lagu ini ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya.


Terdahulu, ketua juri SFMM35, Azmeer menjelaskan terdapat beberapa kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir itu.

Azmeer berkata, walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 16-12-2020 02:54 PM
bagussss xyah nk mggelabah telowqqqq sbb x layak... try lah usha dayana ajak buat lagu baru.. mna tahu leh repeat kejayaan sumpah di ajl
Quote Kurex 16-12-2020 03:18 PM
Bottom @Themilo ni
Quote matchstick 16-12-2020 03:26 PM
Biasa je lagu tu. Yg special sikit pun sbb gitar man keedal.
Kasi can la kt org lain pulak nk menyerlah kt ajl. Cth mcm amir mesdi tu mgkn after ajl kali ni org nmpk sikit bakat dia.
Quote lasagna 16-12-2020 03:31 PM
xpe laa heols dah merasa juara AJL yg lepas kan.. ok lah tu.
wat lek wat pis jer dik non.
Quote YomiuriLandMae 16-12-2020 03:35 PM
slalu artis yg penah menang AJL akan ada lagu follow up yg akan lolos utk next AJL.. tapi tidak bagi naim.. cuba lagi deknon..
Quote MadameOnion 16-12-2020 03:39 PM
takpa dik naimah...teruskan usaha..akak suka org2 muda yg berbakat dan rajin cam dik naimah..teruskan produce lagu2 yg berkualiti..akak rasa lebih bagus org kata lagu dik naimah sepatutnya layak ke ajl berbanding org hencap lagu tak layak tapi dapat masuk final..
Quote lotionmilo 16-12-2020 03:41 PM
Gittewww

Tapi lagu dia mmg sedap didengar ponn
Quote Orix 16-12-2020 03:47 PM
tapi melodi lagu Sembah tu best... mcm dark n mysterious.... kata2 dan mimpi, semua angan dan janji, tak usah kau peduli.... gituh naim
Quote exclusive_vvip 16-12-2020 03:53 PM
MadameOnion replied at 16-12-2020 03:39 PM
takpa dik naimah...teruskan usaha..akak suka org2 muda yg berbakat dan rajin cam dik naimah..teruska ...

setuju..dia ni sejenis rajin..tgk dia perform lagu Sembah walaupun baru separuh akhir, nampak la dia jenis bersungguh buat keje..tgk video2 klip dia pun nampak dia jenis bersungguh..I suka lagu Sembah tu..sayang la pulak x dpt gi final..sebab dok tertunggu jugak nak tgk showmanship dia..
Quote enot_sibudak 16-12-2020 03:58 PM
Masih tercari2 apa lebih nya lagu hati dari haelll
Quote husna_amal 16-12-2020 04:46 PM
Ayat sedapkan hati je ni, tipu lah kalau tak kecewa.
Quote mamajawie 16-12-2020 05:25 PM
kalu nk dibandingkan lagu sembah ngan Hutan n Hatuihh, lagu sembah lagi berkilometer ada makna la weyh..

#bukankaratnaim
Quote sukacactus 16-12-2020 05:28 PM
enot_sibudak replied at 16-12-2020 03:58 PM
Masih tercari2 apa lebih nya lagu hati dari haelll

Lagu hati, eh, hutang, dgn lagu siti tu pada aku kureng
Tp dah gitu kata juri....
Quote salmon-suki 16-12-2020 05:53 PM
enot_sibudak: Masih tercari2 apa lebih nya lagu hati dari haelll

Terlebih gay sis..benci ai. Dah laa nyanyi lagu peluang kedua mcm nyamuk jah,xdgr jelas sebutan..mcm cibai c haelina nih masuk ajl.
Quote Kepot 16-12-2020 07:27 PM
Lagu sembah best!
Sayang tak pegi final.
Quote Acikgomen 16-12-2020 07:36 PM
MadameOnion replied at 16-12-2020 03:39 PM
takpa dik naimah...teruskan usaha..akak suka org2 muda yg berbakat dan rajin cam dik naimah..teruska ...

Ko carut haelina khennnnz
Quote ashilalat 16-12-2020 07:41 PM
Alah..dah menang tahun lepas. Bg can la tahun ni kat org lain. Tahun depan cuba lagi. Asalkan kau x terlebih kelempuk, oklah.
Quote enot_sibudak 16-12-2020 08:28 PM
salmon-suki replied at 16-12-2020 05:53 PM
Terlebih gay sis..benci ai. Dah laa nyanyi lagu peluang kedua mcm nyamuk jah,xdgr jelas sebutan..m ...

Hahahaha.. Uols shut gituhhh iols ada terbaca kt komen fb, ada yg kta mcm lagu ditujukan khas utk gayyyy... Hahahaha..
Quote salmon-suki 16-12-2020 08:43 PM
enot_sibudak replied at 16-12-2020 08:28 PM
Hahahaha.. Uols shut gituhhh iols ada terbaca kt komen fb, ada yg kta mcm lagu ditujukan khas utk  ...

Mmg pun .tgk lagu gaysamsmith ngn gayhaelina ni .mmg sama..lagu gay..lirik lagu taik gitu boleh menang lagu terbaik mingguan?lagu lain y lagi jauh berkualiti drpd hatigay nih xdpt masuk final .ntah juri dpt gay service ke apa..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067968 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top