CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Arak Dalam Masakan

30-10-2013 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10668| Komen: 69

Description: Kuantan - Seorang Tukang Masak Sebuah Hotel Terkenal Di Jerantut Yang Cuba Menipu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Akhirnya Mengaku Menggunakan Arak Selepas Disoal Siasat.

Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.

KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 30-10-2013 08:53 AM
kalau pengurusan hotel wat kerja cam nie ambo tak pelik langsung......
Quote yanasan21 30-10-2013 09:53 AM
org bukan islam memang biasa letak arak dalam masakan...lebih ummpphh katanya.....
Quote adelea 30-10-2013 09:58 AM
Apa la yg nak pelik sgt kat mesia ... bukan senang jugak nak cr makanan halal
.. especially kat hotel ... tawakal ajer la
...
Quote oshinmoshin 30-10-2013 10:03 AM
that's why walaupun kat chinese restaurant yg tulis no pork, no lard x semestinya no arak n x semestinya halal... tp ramai jugak muslim yg amik remeh pasal benda sebegini... nauzubillah...

penah pegi ke restoran seorg kawan cina di taman molek, johor... dia kata restoran dia halal sbbnya xde pork @ lard n tukang masaknya muslim indonesian.... dok kat dapur dia perhati tkg masak dia buat keja... then masa masak mee sup dia letak sesuatu... tanya dia tu apa then akak tu bgtau yg org cina suka arak masakan tu tuk panaskan badan. dia kata org islam x boleh, haram... tp yg peliknya, dia faham x konsep halal haram ni... menggunakan kuali yg sama utk semua order... hmmm pelik betul pemahaman dia..

since then, kalau dia tapaukn makanan mmg x penah makan... bg kat non muslim yg dok jalan tepi...
Quote prettyuglybabe 30-10-2013 10:19 AM
yang ingat restoran cina vegetarian tu confirm halal pun ada
Quote aurora273 30-10-2013 10:22 AM
kat hotel 5,6,7 bintang lagi tak heran...
Quote cikatilia 30-10-2013 11:03 AM
prettyuglybabe posted on 30-10-2013 10:19 AM
yang ingat restoran cina vegetarian tu confirm halal pun ada

ye.. konsep yakin kekdahnya..
ada je.. katanya sayur2 minyak sayur semua sayur.. pfft


Quote tapibukanaku 30-10-2013 12:27 PM
aurora273 posted on 30-10-2013 10:22 AM
kat hotel 5,6,7 bintang lagi tak heran...

tau tak pe. menyedapkan makanan.
Quote Acong 30-10-2013 12:31 PM
tapai pun ada alkohol.......

@Muntz  
Quote gujiwa 30-10-2013 12:34 PM
Nak masal daging mmg pakai alkohol banyak2x hotel.. awat tak bgtau name htel.. bnyak hotel yg besar2x kat malaysia ni mmg tak berminat nk ada sijil halal.. pinggan dorng pakai tuh pun bkle jadi dari tulang bintang..
Quote JohnDeSouza 30-10-2013 12:34 PM
Acong posted on 30-10-2013 12:31 PM
tapai pun ada alkohol.......

@Muntz

manakan sama dgn arak
Quote Acong 30-10-2013 12:37 PM
gujiwa posted on 30-10-2013 12:34 PM
Nak masal daging mmg pakai alkohol banyak2x hotel.. awat tak bgtau name htel.. bnyak hotel yg besar2 ...

customer makan pinggan sekali kaa?
Quote che-cikL 30-10-2013 12:44 PM
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

Disclaimer - saya menulis menggunakan common sense, tanpa berbekal sijil lulusan agama.

Sbg pembaca berita ini, saya hairan dengan penjelasan pegawai penguatkuasa ini.  Isu arak dalam makanan adalah isu berbeza dengan penggunaan peralatan yang sama.  Hukum pengharaman arak berbeza dengan pengharaman najis mughallazah.

Kalu ada yang sudi, saya pohon dibincangkan perkara ini.

Wallahu 'alam.... Last edited by che-cikL on 30-10-2013 02:46 PM

Quote sueism 30-10-2013 12:51 PM
cooking wine untuk menambah kesedapan dan perisa masakan
Quote bit 30-10-2013 01:01 PM
Perlu ke berita ni keluar?

Tauke restoran tu sah-sah dah kata tak minat pun nak apply sijil halal, jual arak segala, yg JAIP pergi menyibuk sampai masuk-masuk paper tu kenapa?

Pergi cek gerai-gerai tepi jalan yg kononnya milik umat Islam tu, bersih ke tidak

Kalau orang Islam masuk kedai tu yg memang tak tertera pun logo halal, tanggung sendiri la...

Tak tahu le pulak botol cuka arak pun najis mughallazah..
Quote neofim 30-10-2013 01:06 PM
TGI Friday hala tak agak2nya.. macam ada botol wine je bersusun kat display bar
Quote prettyuglybabe 30-10-2013 01:08 PM
gujiwa posted on 30-10-2013 12:34 PM
Nak masal daging mmg pakai alkohol banyak2x hotel.. awat tak bgtau name htel.. bnyak hotel yg besar2 ...

kalau dah hotel pun jual arak, boleh ke dapat sijil halal?
Quote mofisa 30-10-2013 01:09 PM
org malaysia mana ada kisah sgt halal ke tak. tgk ramai org melayu makan kira ok la tu..
Quote snipersnake 30-10-2013 01:11 PM
neofim posted on 30-10-2013 01:06 PM
TGI Friday hala tak agak2nya.. macam ada botol wine je bersusun kat display bar

TGI tak halal. steak depa ada wine.

pernah bersembang ngan budak2 course halal UTM pasal nih. dan establishment depa pon ada jual arak, mana buleh ada dapat sijil halal.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.124790 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top